Rasa panas yang lazim dialami oleh mana-mana ibu hamil ini biasanya bermula dari enam minggu pertama kehamilan. Ia berkemungkinan menjadi semakin serius apabila usia kandungan menjangkau 32 minggu.

Kepanasan serius yang dialami boleh menyebabkan anda mengalami rasa dahaga yang luar biasa, pitam mahupun pengsan. Keadaan sebegini berpunca daripada peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan saluran kecil darah yang berhampiran dengan permukaan kulit terbuka lalu menyebabkan anda mudah berasa panas dan berpeluh. Ia juga mungkin disebabkan oleh peningkatan metabolisma tubuh dan pertambahan peredaran darah.

Walau bagaimanapun, anda perlu peka dengan perubahan yang berlaku kepada diri terutamanya apabila suhu badan meningkat lebih daripada biasa secara tiba-tiba. Hal itu betrlaku berkemungkinan bukan disebabkan oleh punca-punca yang dinyatakan tetapi disebabkan oleh jangkitan kuman.

Dalam usaha anda membantu diri untuk kekal selesa, terdapat beberapa cara yang boleh digunapakai untuk mengawal rasa panas dan masalah kerap berpeluh yang dialami

Sejukkan badan

Cara paling mudah yang boleh anda lakukan ialah dengan berada di tempat berhawa dingin atau berkipas. Langkah mandi dengan kerap juga dapat membantu anda mengurangkan rasa panas badan.

IKLAN

Pakai pakaian yang sesuai

Anda digalakkan untuk memakai pakaian yang menyerap peluh, menggunakan fabrik yang lebih ringan, longgar dan tidak terlalu tebal seperti cotton. Kebanyakan jenis fabrik yang lain boleh menyebabkan anda berasa panas dan kurang selesa.

Panas Dan Kerap Berpeluh Ganggu Keselesaan Ibu Hamil. 5 Cara Mudah Ini Boleh Segerakan Sejukkan BadanHindari aktiviti berpanas

Sekiranya anda seorang yang aktif, dalam tempoh kehamilan ini, elakkan diri daripada melakukan aktiviti luar bangunan. Sebaik-baiknya terhadkan kepada aktiviti di tempat yang teduh atau di dalam bangunan. Dalam pada itu, berenang adalah salah satu aktiviti yang sangat sesuai untuk anda mengawal suhu badan.

IKLAN

 

Elak tempat yang panas

Tempat yang panas yang dimaksudkan ini tidak hanya terhad kepada kawasan yang berada di bawah sinaran matahari. Antara tempat lain yang anda perlu elakkan ialah kawasan yang sempit dan memerlukan anda berasak-asak. Tempat seperti ini sudah pasti kurang kawalan pengudaraan yang baik dan berupaya membuatkan anda mudah berasa pitam apabila terperangkap di kawasan sebegini.

IKLAN

Banyak minum air kosong

Apabila badan kekurangan air, ia mudah menyebabkan anda menjadi lemah, lesu dan letih. Selain daripada mengelakkan masalah dehidrasi, amalan minum air kosong dalam amaun yang mencukupi dapat membantu diri anda mengekalkan kelembapan kulit. Minumlah sekurang-kurangnya dua liter air kosong ataupun lebih jika anda banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Panas Dan Kerap Berpeluh Ganggu Keselesaan Ibu Hamil. 5 Cara Mudah Ini Boleh Segerakan Sejukkan Badan

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI