Panggilan keramat seorang mak membuatkan hati pelakon Memey sebagai anak meronta ingin segera pulang ke kampung menyambut puasa bersama keluarga tersayang.

Bulan puasa mesti ramai yang mengingat kembali nostalgia menyambut bulan Ramadan bersama ahli keluarga di kampung halaman. Semua yang bergelar ibu kalau boleh ingin anak-anaknya berkumpul bersama di hari pertama menyambut bulan puasa.

Apabila seorang ibu membuat ucapan selamat berpuasa serta meluahkan perasaannya dalam nada sayu di dalam pesanan suara yang dihantar dalam aplikasi Whatsapp Grup keluarga, apa agaknya perasaan anda?

Panggilan Keramat Seorang Mak Buat Memey Bergegas Pulang Ke Kampung Sambut Puasa Pertama

Itulah yang dialami oleh Memey Suhaiza apabila menerima pesanan suara ibunya dalam Whatsapp Grup ahli keluarga. Dia berkongsi pesanan suara tersebut di laman Instagram peribadinya.

Ni namanya panggilan keramat seorang MAk ❤ Tak boleh tahannn..? Walaupun jauh perjalanan lebih 300 km.. Demi mak tercinta.. Berdesup balik.. mmg takde dlm perancangan sbb tgh byk kerja,anak plk tak cuti.. Tapi bayangkan mak cakap mcm tu tak tertahan lagi rasanya.. Kalau ikutkan baru berkumpul adik beradik semua baru ni, Tapi masuk puasa ni mungkin mak rindu kenangan riuh anak2 berebut makan? Mujurlah dapat suami yg sgt memahami,baik n rajin melayan…? Tq Love❤ dlm tak cukup rehat ,dia yg suggest “ sayang kita balik buka puasa dgn mak abah jap,lepastu kita balik kl semula” Subhanallah ? dlm sedih n teruja.. Terima kasih suami.. Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat.. Surprise utk mak abah.. Adik2 dah tau,mak abah je belum??Tak sabar nak jumpa mak abah,adik beradik semua? Shhhhh… jgn bocorkan rahsia ni tau? Harap mak tak tgk ig?

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Ni namanya panggilan keramat seorang MAk
Tak boleh tahannn..
Walaupun jauh perjalanan lebih 300 km..
Demi mak tercinta..
Berdesup balik.. mmg takde dlm perancangan sbb tgh byk kerja,anak plk tak cuti..
Tapi bayangkan mak cakap mcm tu tak tertahan lagi rasanya..
Kalau ikutkan baru berkumpul adik beradik semua baru ni,
Tapi masuk puasa ni mungkin mak rindu kenangan riuh anak2 berebut makan
Mujurlah dapat suami yg sgt memahami,baik n rajin melayan… Tq Love dlm tak cukup rehat ,dia yg suggest “ sayang kita balik buka puasa dgn mak abah jap,lepastu kita balik kl semula” 
Subhanallah dlm sedih n teruja..
Terima kasih suami..
Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat..
Surprise utk mak abah..
Adik2 dah tau,mak abah je belum.Tak sabar nak jumpa mak abah,adik beradik semua
Shhhhh… jgn bocorkan rahsia ni tau
Harap mak tak tgk ig

Ramai netizen mengaku turut rasa sayu mendengar luahan hati ibu Memey dan masing-masing turut merindui ibu ayah sendiri.

IKLAN

Panggilan Keramat Seorang Mak Buat Memey Bergegas Pulang Ke Kampung Sambut Puasa Pertama

Panggilan Keramat Seorang Mak Buat Memey Bergegas Pulang Ke Kampung Sambut Puasa Pertama

Begitulah kasih seorang ibu, walaupun anaknya sudah bersuami dan mempunyai anak namun kerinduan dan kasih sayangnya tak pernah berubah.

Bertuah Dapat Suami Yang Baik

IKLAN

Sebagai anak dan isteri yang taat dan kasih pada ibu dan suaminya, Memey bertuah kerana dikurniakan Norman Hakim seorang suami yang amat prihatin dan penyayang juga.

Panggilan Keramat Seorang Mak Buat Memey Bergegas Pulang Ke Kampung Sambut Puasa Pertama

Walaupun sibuk namun Norman sendiri yang mengajak Memey untuk pulang ke kampung menyambut puasa pertama dengan ibu ayah Memey di kampung. Agaknya Norman pun mengalir air mata dengar luahan hati ibu mertuanya!

IKLAN

Selepas menempuh perjalanan sejauh 410 kilometer dalam masa enam jam, Memey kemudian berkongsi pula video mereka sampai di kampung halaman dan bagaimana reaksi wajah terkejut namun bahagia ayahnya bila menyaksikan anak menantu dan cucu pulang menyambut Ramadan bersama.

Pemilik butik Meylana ini turut berterima kasih di atas segala doa yang dikirimkan oleh peminatnya memohon perjalanan mereka selamat dan lancar. Katanya niat berkongsi perkara ini bertujuan untuk saling mengingatkan supaya sentiasa mengharga kedua ibu bapa selagi masih ada peluang.

“Walaupun jauh balik untuk berbuka puasa sekejap dengan keluarga tersayang ia adalah sebuah nilai yang sangat indah. Syukur untuk peluang ini. Mak abah happy sangat,” kongsinya yang turut berterima kasih pada suami yang sanggup memandu dalam perjalanan yang jauh.

Baguslah Memey kerana masih berpeluang untuk berbakti dengan orang tua. Walaupun sarat mengandung sanggup menempuh perjalanan jauh demi menggembirakan hati ibu ayah tercinta di bulan puasa ini.

Sumber: Instagram memeysuhaiza

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI