Malang memang tak berbau, kadang dah ambil langkah berjaga-jaga tapi situasi seperti anak terkena air panas memang tak dapat dijangka. Bila ini yang berlaku pastinya ibu ayah rasa panik tambah pula bila ia melibatkan anak yang masih kecil. Serba tak kena dibuatnya.
Seperti juga satu situasi yang dikongsi oleh Dr Ahmad Samhan bila ada anak yang melecur terkena benda panas. Jelasnya jangan sesekali menggunakan ubat gigi untuk luka melecur kerana itu adalah langkah yang salah.
Dr Ahmad Samhan turut berkongsi langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu ayah sebelum membawa anak ke klinik atau hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan segera!
Anak Melecur, letak ubat gigi?
“Ya Allah, anak aku!”
Sekuat hati ibunya menjerit. Baru saja dia lihat anaknya yang berusia 16 bulan bermain-main di sudut dinding.
Sesekali dia kalih untuk memastikan anaknya masih leka bermain. Baru sekejap dia membaca beberapa pesanan dari whatsapp,
“Pang!”
Bunyi sesuatu jatuh dari dapur. Dia terus bergegas ke dapur. Anaknya terbaring di lantai dan meraung kesakitan.
Ads
Badannya dibasahi kopi panas. Alas meja tertarik ke bawah. Kopi panas sengaja dibiarkan atas meja biar sedikit sejuk untuk sarapan nanti.
Baju anaknya terus dibuang. Habis merah dada anaknya. Melecur.
Panik. Apa yang terbayang difikirannya adalah ubat gigi. Lantas dicapainya ubat gigi dari tandas dan sapukan di seluruh dada anaknya.
Ini langkah yang SALAH!
Ingat 3B + 3C
Saya kongsikan cara betul untuk urus anak melecur.
Ingat 3B + 3C!
Ads
“BURN STOP”
Alihkan objek panas dari mangsa. Jika pakaian terbakar buka baju, jika susah untuk dibuka, jangan memaksa untuk buka baju.
“BREATHING MAINTAIN”
Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka, tiada sekatan atau objek menghalang pernafasan.
“BODY EXAMINE”
Periksa tahap kebakaran dan anggota terlibat.
“COOL”
Sejukkan bahagian yang terbakar dengan mengalirkan air paip sekurang-kurangnya 10 minit.
“COVER”
Tutup bahagian yang terbakar dengan kain atau plastik bersih.
Ads
“CARRY”
Bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
JANGAN BUAT!
Jangan menyapu sebarang krim termasuklah minyak gamat, mentega, ubat gigi dan kicap apatah lagi tepung gandum. Ini akan meningkat risiko jangkitan.
Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
Jika kurang pasti tahap kebakaran, jangan tangguh bawa anak jumpa doktor untuk pemeriksaan.
Jangan beri mangsa makan atau minum kerana ia mungkin perlu mengambil ubat bius(anesthetic)
Situasi ini boleh berlaku pada anak kalian jika kalian cuai. Tambah lagi di musim PKPB ini. Anak-anak semuanya ada dirumah dan sukar untuk dikawal.
Kongsikan supaya lebih ramai yang dapat manfaat dan dapat belajar cara betul untuk dibuat jika hadapi situasi sebegini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memberi nama untuk anak yang baru lahir antara momen yang cukup indah buat semua ibu bapa. Mana taknya, masing-masing ada pilihan nama sendiri untuk anak lelaki atau perempuan.
Bukan itu saja, pasangan suami isteri pasti akan memilih nama yang baik maknanya. Ada yang suka dengan nama yang ringkas dan ada juga memilih untuk letak nama yang panjang. Apa sekalipun, biarlah pilihan nama itu yang elok dan jadi ‘doa’ hingga ke akhir hayat anak.
Bukti cinta dedikasikan pada nama anak
Namun bagi kisah tiga beradik ini di Indonesia, ibu bapanya memilih untuk meletakkan perkataan Dot Com di belakang nama anak-anak sebagai bukti cinta mereka bertemu di laman web Alamak Dot Com sebelum mengambil keputusan berkahwin.
Nama ketiga-tiga anak kepada pasangan ini tular di laman TikTok @ wakelotkangcopet88 pada Jumaat lalu (1/1/2021) apabila salah seorang anaknya berkongsi nama istimewa itu.
Letak Dot Com setiap nama anak
Nama tiga beradik itu adalah Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, Mustaghfirin Nazhmi Ramadan Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.
Menurut anak kedua pasangan ini, Mustaghfirin Nazhmi, nama ini cukup unik. Bila kawan atau sesiapa saja tahu nama kami adik beradik ada penambahan Dot Com di belakang, ramai yang tak percaya.
Bercerita lanjut, suatu ketika dahulu, ibu bapanya berkenalan menerusi satu laman cari jodoh, Alamak Dot Com pada tahun 1999.
Jadi sebagai mengenang kisah pertemuan dan percintaan mereka, masing-masing setuju untuk mendedikasikan nama laman web tersebut pada setiap nama anak-anak.
Dulu selalu diejek, sekarang rasa bangga
Kongsi Mustaghfirin Nazhmi lagi, memang sejak kecil mereka tiga beradik sering diejek oleh rakan-rakan di sekolah dan cikgu pun tak percaya.
“Terutama ketika memasuki sekolah baru, guru dan rakan memang tak mempercayai namanya.
“Atas sebab itulah, saya sering diminta untuk membuktikan kesahihan nama unik ini,” katanya.
Apabila ditunjukkan bukti baru mereka faham. Namun apabila semakin besar, mereka dah tak kisah dengan nama tersebut walaupun diperli tetapi berasa sangat bangga dan istimewa.
Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 181, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Bagan Serai pada Sabtu (11 Disember).
Dalam kejadian sekitar jam 3.20 petang itu, anggota tentera, Mohammad Anas Awang, 32, dan isterinya, Siti Hafissah Zamri, 34, maut di tempat kejadian.
Dua anak terselamat
Anak mereka lelaki berusia lapan tahun dan perempuan berusia enam tahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, maklumat diterima daripada orang awam memaklumkan terdapat kemalangan melibatkan melibatkan kereta jenis Mazda RX8 dan Perodua Kancil.
Menurutnya, kemalangan itu berlaku apabila kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas hingga melanggar penghadang jalan di bahagian kiri.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta Mazda RX8 yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Pulau Pinang menghala ke Taiping dengan memandu di lorong kanan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terlanggar Perodua Kancil yang dipandu di lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Meninggal dunia di tempat kejadian
Mazuki berkata, akibat kemalangan itu pemandu kereta telah tercampak ke atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia.
“Pada masa sama, penumpang hadapan turut disahkan meninggal dunia dalam kenderaan terbabit.
“Dalam kemalangan ini, dua kanak-kanak dan dua wanita yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil berusia 26 dan 65 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Jelas beliau, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Datin Shahida berkongsi beberapa keping gambar dan video di laman Instagramnya di mana mereka sekeluarga sedang melancong di Seoul dan Kepulauan Jeju, Korea selama 6 hari sempena meraikan pekerja-pekerja mereka.
Namun beberapa keping gambar anak sulung, Ammar Ahyyan bersama ayahnya, Dato Aliff Syukri curi tumpuan ramai.
Mana tidaknya, sebelum ini selalu melihat perkongsian gambar ketika dia sedang membesar. Alih-alih dah jadi anak bujang dan lebih tinggi daripada kedua ibu bapanya.
Antara komen warga maya:
harraznufail Dulu npk kechik2 jer skrg cpt membesar alhamdulilah
ctfatimahjusoh Tgk dato tu mcm dh tggi … Tp abg lg tinggi dari abah dia😆😆😆
dannyrenny69 Hensome boy.
norazifahabidin Dh makin hensem kalah ayah ni😂😂
Menurut Datin Shahida, Ammar sekarang lebih tinggi berbanding Dato Aliff dan agak sukar untuk mencari saiz kasut anak bujangnya.
“Bila anak bujang lagi tinggi dari abah dia..jenuh tau saiz kasut je dah saiz 47…:satu hari makan 7 kali..banyak nau modal besarkan #ammarahyan…lepas ni nak marah kena dongak la tinggi dia dah 182 cm”
Walaupun kini sarat hamil, Datin Shahida masih aktif bekerja dan melancong bersama keluarga.
“Kali ni saya sekeluarga serta staff berkesempatan melancong selama 6 hari 4 malam di Seoul dan juga Jeju. Nak juga menghargai staff yang dah lama berkhimat bertungkus lumus sama sama menaikkan syarikat. So apa lagi , ini lah masa yang sesuai untuk bersemut dengan @aliffsyukriterlajaklaris walaupun sedang membawa perut”
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.