Patutlah Anak Tomok, Arrian dan Andra cerdik. Rupanya ini yang dibuat ibu mereka dari kecil! Rangsangan dan stimulasi menerusi pelbagai cara memang membantu bayi dan kanak-kanak mengembangkan potensi dan kebolehannya.

Persekitaran dan orang sekeliling khususnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka pada masa akan datang.

Arrian dan Andra, dua orang anak Tomok ini memang cerdik dan petah. Rangsangan yang diterima dari kecil memang memberikan kesan yang baik kepada kedua-duanya. Nak tahu apa rahsianya, jom kita tengok apa yang telah Tomok dan isterinya, Ayu Abas lakukan kepada dua anak mereka daripada kecil. Patutlah anak-anaknya cerdik!

BERCAKAP-CAKAP

Bercakap-cakap dengan anak walau pun pada ketika itu mereka masih belum boleh bertutur dengan baik lagi ada kelebihannya. Walau pun masih belum mengerti, minda anak-anak sebenarnya seperti span yang menyerap apa yang dilihat dan didengari. Dia sebenarnya sedang menajamkan kemahiran berbahasa dan komunikasi. Lebih banyak bercakap kepada mereka, lebih baik.

I 💘 U andra 😘😘😘😘

A post shared by @ayu_abas on

MENGAGAH

Mengagah bayi adalah salah satu komunikasi awal yang boleh dilakukan kepada anak. Selain merangsang, ia juga menggalakkan deria pendengaran. Bayi yang berumur enam bulan atau tujuh bulan akan mula mengesan dan memusing ke arah bunyi itu. Menjelang usia setahun, bayi sudah mula mengenalpasti lagu kesukaannya dan cuba menyanyikannya.

BACA BUKU

Ramai yang tahu, buku jambatan ilmu. Tapi ramaikah yang membacakan buku kepada anak walau pun masik belum mengerti? Membacakan buku sejak awal lagi boleh membantu mengajar bayi tentang interaksi, komunikasi dan konsep tentang bentuk, warna, abjad, memori, nombor dan tatabahasa dalam cara yang menyeronokkan.

KAD IMBASAN

Perkenalkan kad imbasan sejak awal melancarkan sebutan dan meningkatkan penguasaan tatabahasa. Mula-mula baca dan sebutkan apa yang ada pada kad. Lama kelamaan anak-anak akan menyebutnya sendiri dan kemudian mengejanya, seperti Ayu lakukan kepada Arrian.

Z.E.B.R.A. -arrian-

A post shared by @ayu_abas on

BERMAIN

Biarkan anak-anak seronok bermain dengan permainan mereka. Ketika bermain, mereka akan mengeksplorasi, berimaginasi dan menajamkan motor halus. Ia juga merangsang skil kognitif dan penyelesaian masalah. Aktiviti mewarna dan menconteng juga salah satu cara bermain yang digalakkan untuk si manja!

AKTIVITI FIZIKAL

Berenang, bermain di taman permainan dan berjalan memberikan anak-anak peluang untuk aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan. Ia dapat menguatkan otot, keseimbangan dan sokongan tubuh. Selain itu, ia juga merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti melompat, berlari, memanjat, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar mereka.

MENYANYI

Dedahkan bayi kepada lagu kanak-kanak untuk merangsang pendengaran dan apabila anak mula mennyanyikannya, ia menggalakkan aktiviti pada kedua-dua belah otak. Anak-anak juga jadi lebih ceria dan gembira.

Jangan lupa saksikan kebijaksaan Arrian dan Andra dalam Rockstar Junior Arrian dan Andra di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, 9 malam!

Sumber: Instagram Ayu Abas

Tinggalkan Komen