Perasan tak bayi suka masukkan benda dalam mulut. Sebenarnya ibu ayah jangan halang perbuatan ini tapi pantau sebab ia penting untuk membantu perkembangan sihat mereka.

“Abang jangan bagi anak merangkak kat lantai. Nanti semua benda dia kutip masuk mulut. Bahaya tau, lagipun banyak kuman nanti,” tegas Alia membebelkan suaminya yang suka membiarkan si kecil meneroka kawasan rumah sejak pandai merangkak.

Memang ada sesetengah ibu yang agak cerewet dalam bab menjaga keselamatan bayi. Ya betul, ibu sangat sayangkan anak malah lebih dari segala-galanya. Tapi jangan sampai menyekat perkembangan normal bayi anda!

Mengutip objek dan memasukkannya ke dalam mulut memang ‘tugas’ utama seorang bayi yang sedang belajar. Jangan halang dan risau, anda cuma perlu pantau keselamatannya.

Kalau tak percaya bacalah penjelasan tahap perkembangan ini daripada sudut pandangan seorang Terapis Cara Kerja yang berpengalaman iaitu Puan Liyana Raya. Semoga bermanfaat.

Selepas usia 2 tahun, kanak-kanak tidak lagi memasukkan benda dalam mulut kerana sudah tahu fungsi objek & benda boleh makan atau tidak.

Masalah Speech delay, picky eater, tak boleh tolerate nak berus gigi adalah akibat daripada tidak memasukkan benda dalam mulut ketika bayi.

Bayi yang tidak masukkan benda dalam mulut akan ada banyak masalah di kemudian hari. Jangan halang, pantau elok!

Ibu dan ayah sila pantau benda yang dimasukkan bayi ke dalam mulut. Pantau bayi bukan sambil tengok telefon.

Lebih baik bagi seorang bayi untuk masukkan benda dalam mulut berbanding membaca. Masuk benda dalam mulut adalah perkembangan bayi!

Topik hari ni pasal perkembangan bayi memasukkan benda dalam mulut. Tak ada apa yang nak dirunsingkan. Tuhan ciptakan perkembangan macam tu mesti ada sebab.

Anak pernah tercekik masa masukkan benda dalam mulut?

Tu bukan salah perkembangan dia, tu salah kita. Kenapa tak pantau betul-betul?

Takut anak termasuk duit syiling dalam mulut? Duit syiling untuk dimasukkan dalam tabung, bukan dalam mulut. Ajarkan anak tanpa jemu untuk masukkan barang ke tempat yang betul.

Takkan selamanya nak biarkan anak masuk benda dalam mulut je kan? Sebab by right, umur 2 tahun pemikiran anak dah berkembang untuk tahu fungsi objek. Ajar selalu, lama-lama kuranglah dia nak masuk benda dalam mulut. Yang kita dok buat selalu adalah menghalang dan berkata jangan. Jadi bila masa anak nak belajar untuk kenal fungsi barang?

Takut kuman masuk dalam mulut?

Kalau tak de kuman, macam mana badan nak develop antibodi? Memang ada ye budak meninggal sebab kuman yang dimasukkan dalam mulut? Mohon pencerahan.

Things happen for a reason. Saya bagi tau perkembangan NORMAL ni…..

Sumber: Facebook Liyana Raya

Tinggalkan Komen