Pelakon Ezzaty Abdullah terpaksa melakukan pembedahan selepas disahkan mengidap Breast Abscess (nanah payudara) atau bengkak susu selepas kerap mengadu sakit di bahagian tersebut selepas dua bulan melahirkan bayi sulungnya.
Isteri kepada aktor Azwan Kombos ini melahirkan bayi perempuannya, Harum Dalia pada 6 Disember 2017 berkongsi dalam laman Instagramnya ia adalah pengalaman pembedahan pertama seumur hidupnya.
Sepuluh hari sebelum pembedahan, ibu muda ini sering mengadu sakit di bahagian dada dan pernah dibawa mengurut dan berjumpa doktor namun masih tiada perubahan.
Menurut Ezzaty menerusi akaun Instagram peribadinya, bagaimanapun sakit kesan daripada pembedahan itu hilang selepas melihat wajah anaknya.
Selepas selamat menjalani pembedahan tersebut, Ezzaty berkongsi pengalamannya bertarung dengan kesakitan nanah payudara dalam akhbar Berita Harian. Katanya dia belajar banyak perkara daripada kesakitan tersebut.
Oleh itu Ezzaty berpesan kepada semua wanita supaya menambah ilmu berkaitan hal keibubapaan termasuk tentang penyusuan susu ibu jika mahu mempunyai anak. Beliau menasihatkan agar jangan jadi sepertinya bila sudah kena baru hendah tersentak.
IKLAN
Bagaimanapun, Ezzaty mengakui kesakitan yang ditanggung telah membawa hikmah dan pengajaran besar dalam hidupnya.
Mastitis atau bengkak susu merujuk kepada sebarang pembengkakan pada payudara wanita dan ia tidak melibatkan jangkitan kuman. Gejala payudara kemerahan, tidak selesa dan payudara tersumbat akan muncul sekiranya payudara sudah dijangkiti kuman. Kegagalan untuk mengeluarkan susu daripada payudara mungkin menyebabkan berlakunya nanah payudara atau breast abscess yang memerlukan ibu menjalani pembedahan untuk membuang nanah tersebut seperti yang dialami oleh pelakon Ezzaty
Penjelasan dari Kaunselor Laktasi, Puan Ziela Juzaila mengenai bengkak susu atau Mastitis yang boleh mengakibatkan Breast Abscess sekiranya tidak dirawat.
Apakah itu masalah mastitis?
Mastitis adalah keradangan yang berlaku pada payudara disebabkan oleh duktus susu tersumbat dan susu kekal tersekat pada bahagian tersebut. Ia dipanggil mastitis tanpa jangkitan. Namun jika keadan ini dibiarkan rawatan segera, ini menyebabkan susu yang tersumbat mendapat jangkitan bakteria dan perlu rawatan antibiotik.
Biasanya bila boleh berlaku ke atas ibu menyusu?
Mastitis biasanya berlaku pada 3 bulan pertama usia bayi. Namun begitu, ia boleh berlaku pada semua peringkat umur di atas pelbagai punca.
Apakah puncanya?
Berpunca daripada duktus susu tersumbat menyebabkan mastitis. Punca duktus susu tersumbat adalah:
i. Penyusuan tidak kerap berpunca daripada bayi tidur lama atau ibu yang terlalu sibuk
ii. Pengeluaran susu yang tidak efektif bermaksud susu tidak dikeluarkan sepenuhnya.
iii. Bayi disusukan pada posisi yang sama menyebabkan susu hanya dikeluarkan pada kawasan tertentu saja.
iv. Penyusuan dihentikan sebelum bayi habis menyusu
v. Tekanan pada kawasan payudara akibat pemakaian coli yang tidak sesuai
vi. Posisi ibu tidur menghimpit payudara dalam tempoh yang lama
vii. Jari ibu yang menekan payudara ketika menyusukan anak
Apakah tanda-tanda ibu bukan sekadar kena bengkak susu biasa tetapi dijangkiti mastitis hingga perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah tersebut?
Bengkak susu biasa berlaku disebabkan sesi penyusuan tertangguh dan biasanya kembali normal setelah sesi penyusuan kembali kerap. Namun, mastitis jika tidak dirawat pada peringkat awal hingga jangkitan melarat akan menyebabkan payudara bernanah dan proses mengeluarkan nanah perlu dilakukan. Tanda-tanda jangkitan telah bernanah adalah:
i. Payudara berasa sangat sakit, kulit berwarna kemerahan dan panas disekitarnya
ii. Ibu mengalami demam pada suhu yang tinggi
iii. Berjumpa dengan doctor dan keputusan imbasan bunyi (ultrasound) mengesahkannya
iv. Gumpalan nanah keluar bersama susu
Apakah penggunaan petua-petua untuk mengurangkan masalah bengkak susu masih relevan digunakan bila ibu mendapat masalah nanah payudara?
Bengkak susu perlu dirawat dan jangan bertangguh untuk meredakannya. Ini kerana susu kita sentiasa dihasilkan dapatkan bantuan segera jika merasakan tidak jelas tentang tindakan yang perlu dilakukan. Apabila bengkak susu berlaku, biasanya ketulan (clogged duct) akan terbentuk dan jika ketulan ini tidak dirawat sebaiknya, mastitis berlaku dan seterusnya melarat hingga bernanah.
Petua masih relevan digunakan namun begitu perlu faham setiap satu tindakan yang diambil. Antara yang boleh dilakukan untuk merawat bengkak susu adalah:
i. Letakkan kobis di payudara. 3 kali sehari dengan tempoh 20 minit setiap sesi boleh melegakan. Perlu elak meletakkannya dalam tempoh yang lama. Ini kerana kobis mempunyai enzim yang boleh mengecutkan kilang susu dan seterusnya menyebabkan susu berkurangan selepas bengkak susu reda.
ii. Menggunakan sikat dengan mengurut payudara bermula dari atas hingga ke hujung puting boleh membantu melancarkan pengaliran susu. Lakukannya semasa mandi dengan air suam membantu melegakan bengkak susu
iii. Mengambil beberapa sudu halba yang direndam air panas dan minum airnya selepas disejukkan membantu kelancaran pengeluaran susu.
Sebagai kaunselor laktasi, apakah nasihat puan kepada ibu-ibu menyusu terutama yang baru pertama kali bergelar ibu untuk mengelakkan masalah ini daripada terkena?
Mencegah lebih baik daripada merawat. Saluran susu tersumbat dan jangkitan payudara adalah masalah yang boleh dicegah. Ibu perlu faham bahawa penyusuan yang efektif selepas melahirkan dapat mengelakkan susu terkumpul di dalam payudara.Lekapan dan posisi yang betul dapat mengelakkan puting terluka. Luka pada payudara membuka jalan kepada bakteria memasuki payudara.Kenali tanda-tanda awal susu tersumbat supaya tidak melarat kepada mastitis dan seterusnya bernanah. Dapatkan bantuan dari mereka yang terlatih supaya masalah dapat diatasi segera.
Apabila sudah bergelar ibu bapa pastinya pelbagai ilmu keibubapaan yang harus diketahui termasuk sebab-sebab kenapa anak menangis. Antara sebab anak menangis ialah lapar, sakit perut atau kembung perut.
Kebanyakan bayi menangis apabila mengalami masalah kembung perut. Oleh kerana, tiada pengalaman, rasa cemas dan tidak tenteram sukar dibendung, apabila bayi yang menangis berlarutan hingga beberapa jam. Pelbagai cara dilakukan seperti menyapu minyak pada perut atau mendodoikannya, dengan harapan tangisan reda dan bayi kembali tenang.
5 Petua elak bayi mengelami kembung perut
1.Jangan biar bayi menangis terlalu lama
Ia akan menambahkan lagi angin dalam perut bayi. Sambil dukung, tepuk secara lembut bahagian belakang bayi.
2.Minyak herba
Selepas mandi atau sebelum tidur sentiasa sapu minyak angin pada bahagian ubun-ubun kepala, perut, bahagian belakang, tapak kaki dan betis. Waktu malam jangan lupa pakaikan stoking selepas menyapu minyak pada tapak kaki bayi. Jangan culas untuk lakukan setiap hari.
3.Bedung dan bengkung bayi
Cara balutan ini mengelak bayi mengalami kembung perut. Bedung membantu bayi tidur dengan lena dan terkena angin kipas atau penghawa dingin secara terus. Manakala bengkung membuatkan bahagian perut terutama bahagian pusat dimasuki angin luar.
Sendawa
Paling berkesan untuk mengelak bayi kembung perut. Pastikan selepas menyusu anda mengosok atau menepuk bayi sehingga sendawa.
Selain empat petua di atas, petua kelima anda boleh cuba perkongsian petua daripada seorang ibu ini, Noor Azira Maswan yang menggunakan bawang merah sebagai asas untuk mengatasi masalah kembung PERUT anaknya.
Dua hari berturut-turut anak ke dua mengalami perut kembung yang tak tahu puncanya.
Alhamdulillah, Allah temukan dengan petua ni
Bahan-bahan
1) sedikit bawang merah
2) minyak kayu putih
Cara-cara
-hiris bawang merah dan tumbuk sehingga lumat
-letak dalam pinggan
-campur sikit dengan minyak kayu putih dan Gaul sebati
-sapu pada keliling pusat sambil selawat dan bacaan ayat kursi
-kalau non- muslim boleh la doa ikut cara tersendiri
Tips tambahan
– beri minum air suam setiap 10-15 minit
– boleh jugak guna demahan dengan air suam sekali sekala
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelahiran cahaya mata keempat bagi pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati pada 24 Julai lalu memberi kegembiraan untuk ahli keluarga mereka.
Dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kampung Baru, bayi lelaki seberat 3.54 kilogram itu adalah anak kelapan Fauzi Nawawi dan keempat buat Lisdawati.
Daripada perkongsian Lisdawati di instagramnya, dia ada memuat naik kapsyen “Bila mama rasa mybabyboy mcm muka babah” ramai peminatnya mengiyakan dan bersetuju dengan Lisdawati.
“Senyuman si kecil ni sebiji macam babah”.
“Iya kak..muka abahnya..siap senyum lagi”
“Senyuman tu memang muka babahnya..hehehe
Selain itu, ramai juga peminat yang kagum dengan Lisdawati kerana walaupun hamil di lewat usia, dia tetap bertenaga dan aktif.
Malah menurut Fauzi melalui BH Online, sepanjang tempoh kehamilan isterinya, Lisdawati sangat bertenaga dan dia masih boleh menyertai dua acara berbasikal sejauh 10 kilometer setiap satu ketika kandungan mencecah enam bulan, selain berpuasa penuh sepanjang Ramadan lalu.
Kata Fauzi, nama cahaya mata mereka akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh hari.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Sebelum ini Fauzi dan Lisdawati dan dikurniakan dua anak perempuan dan seorang lelaki.
kredit: ig Fauzi Nawawi & Lisdawati
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa mana tak teruja bila anak kecil-kecil lagi sudah pandai berenang. Kebanyakan ibu bapa muda hari ini, sudah mempunyai kesedaran tentang kelebihan menghantar anak mereka belajar berenang seawal usia bayi lagi.
Pelakon popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar tak terkecuali telah menghantar anak sulung mereka, Wan Khair Amir belajar berenang sejak usia lima bulan lagi di sebuah pusat renang terlatih.
Dalam hantaran di laman Instagram, Mira berkongsi gelagat Amir yang sedang mengikuti kelas renang bersama mama dan papanya.
Dalam kapsyen hantaran tersebut menjelaskan Amir semakin bagus dalam pelajaran kayuh dan tendangan di dalam kolam renang.
Hari ini, saya semakin bagus belajar tendangan dan kayuhan. Yeay! Oh oh saya juga sudah boleh masukkan kepala dalam air sekarang!
Wajah comel Amir yang berani dan berkeyakinan semasa belajar berenang membuktikan beberapa tip dikongsi jurulatih berenang yang mengesyorkan ibu bapa untuk mengajar anak berenang seawal usia bawah enam bulan kerana pada usia ini bayi masih mempunyai refleks untuk menutup mulut saat berada di bawah air.
Refleks ini dinamakan sebagai Bradycardic Effect. Akibat refleks ini, bayi akan secara semula jadi menahan nafas dan membuka mata ketika berada di dalam air.
Selain daripada itu ketika usia bayi enam bulan, dia juga sudah ada kemahiran untuk mengangkat kepala.
Antara kebaikan berenang bagi bayi iaitu membantu perkembangan otak mereka kerana berenang merangsang kelima-lima deria (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan bunyi).
Tip Ajar Bayi Berenang
1. Mulakan Dengan Tab Mandi
Ini cara mudah untuk membuatkan bayi anda terbiasa dengan air. Duduk sekali dengannya untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
2.Cari Masa Yang Tepat
Anda boleh mula memperkenalkan bayi anda kepada air seawal mungkin mengikut keselesaan anda, asalkan pusat perutnya atau kemaluannya (jika disunat), telah sembuh. Lebih awal anak anda bermula, lebih selesa dia berada dalam kolam renang.
3. Periksa Suhu Air
Bayi tidak dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa, jadi suhu kolam yang selesa diperlukan untuk memastikan suhu badan mereka tidak terjejas.
4. Bina Hubungan Dengan Bayi
Anda atau orang dewasa lain harus sentiasa berada dalam air, memegang bayi anda. Bukan sahaja untuk keselamatan, memegang bayi anda secara kulit ke kulit dan berinteraksi dengannya di dalam air akan menguatkan ikatan dengan bayi.
5. Elakkan Pelampung
Pelampung air memberikan rasa selamat yang salah. Selain itu, pelampung juga memastikan bayi dalam kedudukan menegak, sedangkan kedudukan mendatarlah yang lebih baik untuk berenang.