Pelakon Faye Kusairi yang dah selamat melahirkan bayi lelaki pada 9 April lalu bersamaan dengan tarikh ulang tahun perkahwinannya teruja melalui tempoh berpantang buat kali pertama.

Menerusi entri instagram, Faye memaklumkan bayi lelakinya berkongsi tarikh sambutan ulangtahun perkahwinannya dengan pengarah Azmi Hatta.

“Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti.

“Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year anniversary kami, tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama.

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah, Mommy dan baby sihat. Mommy just still penat sikit, tu yang lambat berkongsi. Maaf ya?

“Nanti nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby,” tulis Faye.

IKLAN

Dalam post lain di instagram Faye, dia juga ada berkongsikan pengalaman berpantang dengan menggunakan khidmat Allura bermula dengan urutan, bertungku, mandian sauna, bertangas, mandian herba, sapuan pilis dan memakai bengkung.

IKLAN

Bab makanan pantang juga Faye nampaknya suka dengan menu yang disediakan untuknya dan berharap tempoh berpantang kali ini berjalan lancar.

Pelakon Faye Kusairi Teruja Lalui Tempoh Berpantang. Kelahiran Anak Sulung Sama Tarikh Anniversary

Perkongsiannya itu turut mendapat respons dari peminat dan rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Faye atas kelahiran bayi pertamanya.

Sumber: IG fayekusairi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI