Seronoknya bergelar ibu! Bagi yang bakal melahirkan tentu tidak sabar menghitung hari menanti kehadiran permata hati. Sudah bermacam perkara dirancang buat si kecil dan pelbagai persediaan dilakukan bagi menyambut kelahirannya. Tidak dinafikan, ada kalanya kita lebih banyak berbelanja barang keperluan anak berbanding barang peribadi. Tetapi ibu harus ingat, barang keperluan selepas bersalin juga perlu diberi perhatian termasuk peralatan penyusuan susu ibu.

Bagi memastikan semua barang keperluan ibu dan bayi tidak ada yang tercicir, anda digalakkan membuat senarai semak atau checklist. Waktu sesuai membuat persediaan apabila usia kandungan menjangkau enam bulan. Anda boleh membeli sedikit demi sedikit mengikut bajet yang telah dirancang. Barangan bayi nampak cantik dan penting. Tapi harus diingat, letak keutamaan kepada apa jenis barangan yang diperlukan agar belian anda berbaloi. Jadi, tiba masanya untuk anda ‘usha’ ekspo bayi yang biasanya menawarkan harga yang lebih murah berbanding harga biasa.

 


Bagi yang tinggal di sekitar Lembah Klang, ekspo bayi terdekat yang bakal berlangsung ialah:

TCE BABY EXPO

Tarikh : 21-23 Ogos 2015 (Jumaat – Ahad)

Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC)

Masa : 10am – 9pm

Masuk: PERCUMA


 

Jadi, ini antara masanya untuk anda mendapatkan keperluan barangan bayi dan ibu yang sudah ada dalam checklist anda! Lebih menarik eskpo ini menawarkan lebih ganjaran dan lebih jimat bagi memastikan setiap pembelian anda berbaloi. Ada lebih 150 gerai dan 500 jenama boleh dipilih dan ada di antaranya menawarkan diskaun sehingga 75%! Malah semua pengunjung juga berpeluang dapat Photobook Percuma berharga RM79.90 setiap satu, 10,000 biji mug dan goodies percuma!

ANTARA KEPERLUAN BAYI (selain pakaian) YANG DIPERLUKAN:

  1. Stroller – Kalau anda bercadang beranak lebih daripada seorang, tidak rugi jika anda beli yang sedikit mahal kerana ia tahan lebih lama. Anda boleh sertai Peraduan di Facebook TCE Expo Baby kerana ada 12 biji stroller jenama Mini Cooper di samping banyak hadiah lain akan diberi percuma kepada mereka yang bertuah!
  2. Kerusi Keselamatan Bayi – Menjelang 2017, penggunaan kerusi keselamatan bayi akan diwajibkan. Jadi ia perlu menjadi keutamaan anda.
  3. Pam Payudara dan peralatan penyusuan yang lain – Sangat penting untuk ibu-ibu yang bekerja dan pada masa yang sama berhasrat menyusukan bayi secara ekslusif. Buat perbandingan harga di ekspo ini bagi mendapatkan pam payudara yang praktikal untuk anda; sesuai dengan bajet.
  4. Keperluan bayi seperti lampin, barut, bedung, selimut, tuala, dan peralatan mandian.
  5. Set Bersalin untuk ibu – Perlu diberi perhatian bagi memastikan tubuh anda kembali cergas dan bertenaga.

Jangan lupa reserve tarikh 21 Ogos hingga 23 Ogos ini untuk berkunjung ke TCE Baby Expo di SACC Convention Centre Shah Alam bermula jam 10 pagi hingga 9 malam. Sediakan senarai semak dan bawa ia bersama anda!

 


Jangan lupa sertai peraduan ini:

BUY & FREE masa ekspo nanti kalau berbelanja lebih RM RM150 dalam satu resit. Hadiah Safebies Home Safety Mini Kit bernilai RM69.90 hingga RM89.90 bagi 4,000 ibu terawal!!

FILL-IN & WIN

  • Tidak perlukan sebarang pembelian. Anda hanya perlu mendaftarkan diri di kaunter pihak penganjur sepanjang ekspo.
  • Cabutan bertuah akan diumumkan setiap hari pada jam 2.00 petang dan 7.30 malam.
  • 30 kereta sorong bayi dan 10 biji televisyen TOSHIBA untuk dimenangi!
  • 200 hadiah dengan jumlah bernilai RM120,000 menunggu anda!

 


JAWAB SOALAN MUDAH DI BAWAH & MENANG HADIAH BERJUMLAH lebih RM3000 tajaan TCE (The Concept Exhibition)!

Soalan 1 : Bila dan di mana TCE Baby Expo berlangsung?

Soalan 2 : Berapakah jenama barangan bayi, kanak-kanak dan ibu yang ditawarkan di Maternity & Children Expo ini?

Soalan 3 : Reka slogan paling kreatif tidak lebih 15 patah perkataan. BAGAIMANA PA&MA MEMBANTU SAYA MEMBUAT PERSIAPAN SEBAGAI IBU?

Soalan 4: E-melkan sekeping gambar aksi ceria anda dan anak (usia 6 tahun ke bawah).

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 23 OGOS 2015 (AHAD)


 

E-mel jawapan anda ke: pamagrup@gmail.com .

Tulis pada subject emel : PERADUAN TCE/PAMA

Sertakan butir-butir diri anda dalam emel tersebut:

Nama:

Alamat:

No telefon:

Pekerjaan:

No Kad Pengenalan:

Tinggalkan Komen