Penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang Sayang, Aliff Aziz mendapat pujian netizen kerana cara yang dilakukan ketika hendak menidurkan anaknya.

Bapa berusia 27 tahun ini membacakan surah Ar Rahman kepada anaknya Ayden dengan cukup merdu dan berhati-hati dalam menjaga tajwid dan makhrajnya.

Video tersebut dimuat naik di akaun Instagram milik isterinya, Bella Astillah.

“Ayden’s fav surah. Thank you daddy tidurkan Ayden malam ini sebab habis penggambaran awal,” kata Bella.

Sementara itu, di ruang komen video tersebut, rata-rata peminat pasangan ini dihujani dengan ucapan dan doa yang baik-baik serta memuji kemerduan suara Aliff.

IKLAN

Peminat Puji Kemerduan Suara Aliff Aziz Baca Surah Ar-Rahman Tidurkan Anaknya

“Subhanallah, baik pembentukan akhlak. Sentiasa melihat dan mendengar yang baik-baik. Semoga Ayden (anak pasangan) menjadi anak yang soleh dan membawa ibu bapa ke syurga. Amin,” komen Azilah.

Peminat Puji Kemerduan Suara Aliff Aziz Baca Surah Ar-Rahman Tidurkan Anaknya

IKLAN

“MashaAllah, saya doakan semoga Ayden menjadi penghafaz alQuran supaya dapat memimpin ibu bapa masuk ke syurga bersama, amin Ya Rabb,” tulis Nur Hanissah.

“Respek. Semoga ikatan kekeluargaan Aliff dan isteri, Bella serta anak dirahmati Allah swt,” tulis Izzu.

Peminat Puji Kemerduan Suara Aliff Aziz Baca Surah Ar-Rahman Tidurkan Anaknya

IKLAN

“Sedapnya suara dia mengaji. Sebagus suara dia menyanyi. Terbaik Aliff,” komen Norita.

Aliff Aziz dan Bella Astillah berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean.

Walaupun sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi bersama pelakon wanita, Aliff dah move on dan dia kini dilihat begitu bahagia bersama isteri dan anak.

Sumber: Sinar Harian & ig Bella Astillah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI