Penatnya alahai nak kemas kemas bila anak buat sepah.Mama papa boleh cuba 10 tip ini untuk elak diri jadi singa lapar marah-marah. Pendekatan psikologi & cara menyeronokkan akan membantu.

Menginjak ke usia satu tahun, ia adalah peralihan bayi ke alam kanak-kanak. Mereka malah lebih mudah bergerak kerana sudah merangkak dan berjalan. Ini menyebabkan peluang untuk meneroka dan menyelerakkan ruang kediaman lebih banyak.

Penat Kan Nak Kemas Bila Anak Buat Sepah? Mama Papa Boleh Cuba 10 Tip Ini Untuk Elak Diri Jadi Singa Lapar

Menurut Farahdilla Fadhil, Ketua Jabatan Pembangunan Kandungan, E2L Media Sdn Bhd berkaitan isu ini, ibu bapa perlu faham apabila anak-anak membuat sepah ketika bermain, mereka sebenarnya sedang merangsang sensori deria. Anak berpeluang untuk bereksperimen dengan deria sentuh, hidu, lihat dan dengar.

Selain itu, tangan mereka akan bergerak secara aktif dan secara langsung meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Secara semula jadinya, si kecil gemar bereksperimentasi kerana daya ingin tahu dan meneroka.

SUKA MENYELONGKAR

Fitrah kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap dunia persekitaran mereka. Pada peringkat umur satu hingga dua tahun, mereka sudah mula menguasai konsep yang dinamakan object permanence di mana mereka mula faham bahawa suatu objek itu wujud walaupun tidak kelihatan di depan mata.

Oleh itu, ini adalah sebab kenapa si kecil suka menyelongkar barang pada bahagian yang tersembunyi. Hakikatnya, mereka sebenarnya sedang membuat eskplorasi dengan dunia kecil mereka. Tambahan pula bunyi pintu yang terhasil apabila membuka dan menutup laci atau peti sejuk itu memuaskan seperti suatu pencapaian bagi mereka.

Penat Kan Nak Kemas Bila Anak Buat Sepah? Mama Papa Boleh Cuba 10 Tip Ini Untuk Elak Diri Jadi Singa Lapar

DISIPLIN, ADAKAH TERLALU AWAL?

IKLAN

Its never too soon to discipline. Tidak terlalu awal untuk ibu bapa mendisiplinkan anak pada usia ini menyimpan barang permainannya selepas bermain. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang akan mencorakkannya.

Anda sudah boleh mula mengajar si kecil untuk mengemaskan kembali barang permainan setiap kali sesi bermain tamat. Langkah ini bukan sahaja dapat memberi impak yang positif dalam rutin bermain mereka, malah ianya bagus untuk memupuk amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Pada masa yang sama, anda  juga sebenarnya mendidik si manja untuk lebih bertanggungjawab terhadap barang kepunyaan mereka sambil merangsang kemahiran hidup mereka.

Penat Kan Nak Kemas Bila Anak Buat Sepah? Mama Papa Boleh Cuba 10 Tip Ini Untuk Elak Diri Jadi Singa Lapar

 

5 CARA LATIH ANAK TIDAK MEMBUAT SEPAH

IKLAN

Dalam masa yang sama dalam memberi ruang untuk anak-anak membuat sepah, jangan sehingga rumah menjadi tongkang pecah pula. Jadikan tabiat mengemas selepas membuat sepah sebagai satu rutin yang menyeronokkan. Apa yang anda boleh lakukan ialah;

  1. Ajak anak-anak memasukkan barang permainannya ke dalam kotak sambil menyanyikan lagu ‘Clean Up. Apabila ritma lagu semakin laju, galakkan anak-anak mengemas dengan lebih pantas.
  2. Main permainan I Spydengan menggalakkan anak mencari objek mengikut kategori yang dinyatakan, contohnya kereta mainan atau objek berwarna biru.
  3. Anak-anak kecil memang cenderung untuk meniru perlakuan orang dewasa. Jadi, anda sendiri perlu sentiasa memastikan rumah berada dalam keadaan kemas. Begitu juga dengan abang atau kakaknya.
  4. Sebelum memulakan aktiviti, jelaskan kepada anak-anak bahawa mereka dibenarkan membuat sepah semasa bermain tetapi perlu mengemas kembali setelah tamat aktiviti.
  5. Beri ganjaran sekiranya mereka tidak membuat sepah, dan denda apabila enggan untuk mengemas kembali. Denda bukanlah bermaksud seksaan fizikal, mungkin sekadar melarang mereka bermain untuk sehari atau tidak mendapat ciuman sebelum tidur.

Penat Kan Nak Kemas Bila Anak Buat Sepah? Mama Papa Boleh Cuba 10 Tip Ini Untuk Elak Diri Jadi Singa Lapar

KAWAL DIRI DARIPADA MARAH

Walaupun situasi sebegini biasanya akan memeningkan kepala, ia merupakan suatu memori manis untuk dikongsi bersama keluarga. Ini kerana anak-anak ini tidak akan selamanya kecil, merengek dan membuat sepah.

Selain itu; berdasarkan fakta, si kecil yang membuat sepah lebih cenderung untuk menjadi orang yang kreatif kerana mereka diberi ruang yang secukupnya untuk mengekspresikan idea. Kebanyakan idea ciptaan di dunia, tercetus hasil dari penemuan tidak sengaja antaranya ialah doh mainan yang asalnya bertujuan sebagai pencuci kertas dinding.

IKLAN

Nah, mana tahu suatu hari nanti anak-anak kita mampu mencipta suatu inovasi semasa sedang bermain. Bak kata ahli saintis Inggeris; Carl Edward Sagan, Somewhere, something incredible is waiting to be known.

Penat Kan Nak Kemas Bila Anak Buat Sepah? Mama Papa Boleh Cuba 10 Tip Ini Untuk Elak Diri Jadi Singa Lapar

5 TIP ELAK JADI SINGA LAPAR

Oleh itu, mama papa perlu  bijak perlulah mengawal diri daripada menjadi ‘singa lapar’ dengan melakukan perkara berikut:

  1. GUNA RUANG LUAR RUMAH

Jika anda tidak boleh menerima situasi rumah yang bersepah, bawa anak-anak ke luar rumah dan beri mereka peluang untuk berekplorasi di luar. Contohnya, melakukan aktiviti seni dan kraf atau membuat eksperimen sains di halaman rumah.

  1. GUNAKAN DULANG ATAU KOTAK

Tetapkan peraturan yang jelas dan mudah untuk dijadikan rutin harian si kecil. Antaranya, anak-anak perlu menggunakan dulang bagi setiap aktiviti seni dan kraf atau membina lego di atas tikar mainan.

  1. DENDA

Jangan beri denda fizikal. Denda fizikal yang berterusan akan menyebabkan anak-anak hilang rasa tanggungjawab untuk mengemaskan barang-barang kepunyaan mereka. Malah, ia akan membuatkan anak-anak berasa jengkel dan susah untuk mengemas.

  1. WUJUDKAN PLAYROOM

Dedikasikan satu bilik atau satu tempat khas untuk anak-anak bermain untuk mengelakkan mereka menyepahkan mainan mereka di tempat lain. Anda juga boleh memberi mainan secara berperingkat supaya anak-anak tidak mempunyai terlalu banyak pilihan untuk membuat sepah.

  1. MAMA PAPA TENANGKAN DIRI

Mungkin kedengaran agak kelakar tetapi ibu bapa perlulah bermeditasi atau gunakan mantra untuk menenangkan perasaan sendiri. Gunakan tips seperti lagu Chichi & Chacha Jom Sabar “Bila rasa naik marah, ahai sayang. Tarik nafas panjang-panjang, ahai sayang. Kira satu sampai sepuluh, ahai sayang. Baru hati lebih tenang, sabar sayang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI