Kalau hari ini merupakan hari pertama si kecil ke tadika tentu mak ayah pun rasa nervous kan? Kalau boleh tak nak anak menangis dan meragam di hari pertama tapi siapa yang boleh jangka bila berada di sekolah tiba-tiba anak yang sebelum ini excited menangis pula.

Perkongsian tips dari Puan Ashikin Hashim, seorang Pengetua di salah sebuah tadika diharapkan dapat jadi panduan berguna kepada semua mak ayah yang anaknya baru pertama kali bersekolah tadika.

Seperti yang dijanjikan ini tip untuk anda yang pertama kali anak bersekolah tadika. Terima kasih di atas maklum balas anda yang mahukan tip ini. Mesti berdebar kan? Dan super excited bila anak nak sekolah.

Tak sangka dulu dia baby, sekarang dah masuk tadika. Macamana kita dapat bantu anak kita supaya nanti anak yang menangis akan happy dan mama yang berdebar akan cool.

Tip Anak Happy, Mama Cool di hari pertama di tadika

Pengetua Tadika Kongsi Tips Untuk Anak Yang Pertama Kali Sekolah, Mak Ayah Pun Tak Nervous

1. Set Minda

Mengapa kita sekolahkan anak kita di tadika? Tak wajib pun kan? Ya. Sebab kita mahukan yang terbaik untuk anak kita. Kita nak dia belajar mengenali dunia luar. Kita nak anak kita happy. Kita bukan nak pressure anak kita. Jadi, jangan memaksa tetapi memujuk dan menggalakkan. Jika anda merasakan anak tidak bersedia, tiada masalah untuk withdraw tapi tunggu dulu. Baca sampai habis. Jangan withdraw selagi anda tak buat semua tip ini.

IKLAN

2. Konsisten dan sabar.

Jika anak anda menangis pada hari pertama sekolah bukan bermaksud anak anda tak bersedia. Bukan juga bermaksud dia tak suka sekolah berkenaan. Bukan juga bermakna anda ibu ayah yang tidak bagus.

Tidak salah anak menangis pada hari pertamanya. Pujuk anak dengan baik dan berikan kata-kata semangat buat anak. Anak juga seperti kita. Kita akan rasa janggal di tempat baru. Kita juga akan rasa takut jika berpisah. Begitu juga anak kita.

Konsisten dengan rutin baru ini. Bangun pagi seperti biasa dan tetap ke sekolah seperti yang dijadualkan. Setiap anak berbeza penerimaan mereka.

Ada yang cepat membiasakan diri tapi ada juga yang memakan masa. Mengikut pengalaman saya paling lama anak akan cuba sesuaikan diri adalah dalam masa sebulan. Tapi sesetengahnya ada yang mengambil masa yang lebih lama.

Jadi bersabarlah.

IKLAN

3. Sentiasa berkomunikasi dengan guru. Jika anak menangis, berkongsilah perasaan anda dengan guru anak anda. Guru yang professional dan berpengalaman akan sentiasa menenangkan dan memberi jaminan bahawa anak anda akan OK.

Tidak salah jika anda bertanya tentang keadaan anak dan guru akan menjawab dengan baik. Cumanya anda kena bersabar jika guru mengambil masa untuk menjawab soalan di whatsapp. Jika telefon, gunakan masa selepas waktu belajar. Anak anda adalah keutamaan guru pada waktu pembelajaran, bukan menjawab telefon dan mesej melainkan perkara penting.

Pengetua Tadika Kongsi Tips Untuk Anak Yang Pertama Kali Sekolah, Mak Ayah Pun Tak Nervous

4. Perlu kah tunggu anak depan kelas? Bagi saya cukup memberikan pelukan dan ciuman dan lambaian. Kemudian anda pergilah dating dengan husband biar kami jaga anak anda. Hehee. Berilah kepercayaan kepada kami dan yakinlah anak anda berada di dalam tangan pendidik yang berpengalaman. Nak tunggu juga? 15 minit sudah cukup.

IKLAN

5. Jika anak mengamuk berguling? Baik. Cuba pujuk dulu. Biasanya memang guru akan  bantu. Sekali lagi berikan kepercayaan kepada guru untuk mengendalikan anak anda. InshaAllah lama-lama anak akan ok bila dia tengok eh selamat rupanya saya di sini. Eh best rupanya. Eh ada kawan rupanya hehehe.

6. Peranan selepas sekolah. Tugas kita ketika selepas sekolah adalah amat penting. Bila di rumah berbuallah dengan anak tentang sekolahnya atau kenangan anda bersekolah dulu. Katakan bahawa esok kita akan ke sekolah lagi. Mama nak Wafa senyum. Nanti jumpa kawan. Dapat main dengan kawan. Tidur awal semoga mood anak nanti baik. Tak mengamuk sebab tak cukup tidur.

Percayalah kata-kata ini: Mama yang cool akan menjadikan anak lebih happy dan tenang.

Tenang-tenang sahaja Mama. Anak anda pasti akan ok. Doa banyak-banyak kepada Allah mudahan Allah mudahkan perjalanan anak kita yang baru sekolah ini. Selalu sebarkan positive vibes kepada anak agar anak dan kita lebih tenang.

Nota: Jika anak anda menangis berterusan atau anda terlalu bimbang, terdapat tanda anak kemurungan atau stress bila bersekolah, rujuklah kepada pengetua dan yang lebih pakar. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti ASD/ADHD dan sebagainya, consult dulu dengan doktor dan OT.

Pihak sekolah perlu tahu keadaan anak anda. Biasanya anak istimewa yang bersekolah biasa adalah kerana ianya salah satu terapi mereka untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru. Bagi ibu bapa yang mungkin tidak tahu anak mereka mungkin ASD dan sebagainya, pasti mengharapkan pihak sekolah untuk alert dan aware. Jadi, para pendidik awal kanak-kanak perlu tahu apakah tanda atau kelakuan anak istimewa ini. Pada saya wajib tadika untuk bekerjasama dengan mana-mana OT sebagai tempat rujuk.

Semoga tip dan perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: Ashikin Hashim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI