Vitamin bukan penyebab anak menjadi pintar, menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri apabila ditanya mengenai lambakan vitamin ‘kepintaran’ kanak-kanak  yang banyak terdapat dipasaran bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Penting! Anak Pintar Bukan Sebab Vitamin, Ini Nasihat Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Prof Madya, Dr. Bustam Kamri adalah Dekan di Sekolah Sains Sosial, International College of Yayasan Melaka (ICYM). Berpengalaman luas dalam pendidikan prasekolah, kedoktoran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak dari University of Massachusetts.

“Pada saya jika anak itu sihat, vitamin tidak perlu untuk kanak-kanak itu. Kecuali atas faktor kesihatan anak-anak itu perlu vitamin atas nasihat doktor.  Ini kerana jika terlebih ia akan memberikan kemudaratan kepada kanak-kanak itu.

“Dari sudut perkembangan kanak-kanak, saya percaya setiap anak-anak itu berbeza tahap perkembangannya. Ada kanak-kanak yang tidak mahir menendang bola, ada kanak-kanak yang boleh bermain muzik dan mahir matematik. Setiap kanak-kanak potensi dirinya berbez-beza mengikut tahap perkembangannya.

“Pil vitamin tidak menjamin anak-anak itu pintar atau cekap membaca. Ibu bapa kena faham semua anak yang dilahirkan mempunyai tahap keupayaan yang berbeza. Mereka tidak sama dengan kanak-kanak lain.

“Untuk mempertingkatkan potensi diri anak, ibu bapa kena didik anak-anak itu. Perkembangan anak berpandukan kepada 7 tahap kecerdasan  sebagaimana yang dinyatakan mengikut Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal di Universiti Harvard.

“Nasihat saya, jangan mudah marah jika anak tidak pandai metamatik. Anak ini pastinya ada kecerdasan lain dalam dirinya,” jelas Dr Bustam.

9 TAHAP KECERDASAN 

Mengikut teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang menjelaskan bahawa kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah. Sehingga kini, beliau mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996). Sembilan tahap kecerdasan ialah

  1. Kecerdasan linguistik
  2. Kecerdasan logikal
  3. Kecerdasan muzikal
  4. Kecerdasan bodily kinesthetic
  5. Kecerdasan interpersonal
  6. Kecerdasan intrapersonal
  7. Kecerdasal visual/spatial
  8. Kecerdasan naturalist
  9. Kecerdasan existentialist
Penting! Anak Pintar Bukan Sebab Vitamin, Ini Nasihat Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

1) Linguistik (word smart)

Memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara berkesan,  kemampuan belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.

Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera)

2) Logikal (number/reasoning smart)

Pemikiran secara konsep, abstrak, gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle.

IKLAN

Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.

3) Muzik (Music smart)

Minat dan sensitif terhadap irama dan bunyi. Berkeupayaan boleh belajar dengan menggunakan muzik.

Kerjaya: Komposer, Penyanyi

4) Bodily / Kinesthetic (Body smart)

Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti ‘hands-on’. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus.

Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari.

5) Interpersonal (people smart)

IKLAN

Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.

Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan

6) Intrapersonal (Self smart)

Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada.

Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.

7) Visual / Spatial (Picture smart)

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

IKLAN

Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.

8) Naturalist (Nature smart)

Mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.

Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.

Cuba kita berfikir sejenak,  mengenai Mozart yang mempunyai bakat luar biasa dalam bidang muzik. Manakala Einstein pula bijak dari segi logik dan matematik. Adakah Mozart kurang cerdas berbanding Einstein?

Kesimpulannya, definisi kecerdasan mengikut tahap perkembangan seseorang invidu termasuk anak anda.

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI