Sebenarnya penting latih anak berusia tiga tahun atau empat tahun mulai sekarang supaya tidak manja dan boleh berdikari untuk elak anak menangis di tadika tahun hadapan. Ini kerana biarpun dah masuk bulan ke Mac, ada juga anak-anak yang menangis disebabkan masih tidak dapat menyesuaikan diri di tadika. Jika lepas cuti sekolah, confirm ada  yang akan menangis sebab sudah selesa duduk di rumah atau rumah pengasuh.

Ia berlaku kerana ada segelintir ibu bapa yang berkerjaya, penjagaan anak biasanya dijaga oleh pengasuh sama ada di rumah atau menghantar kepada keluarga terdekat atau kenalan untuk mengasuh anaknya. Penjagaan kanak-kanak di rumah oleh pengasuh yang tidak terlatih akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Pengasuh akan memberi tumpuan sepenuhnya mengikut kehendak kanak-kanak yang dijaga. Pembetulan tingkah laku tidak diberi perhatian. Keadaan ini akan memberi kesan untuk kanak-kanak bersosialisasi dengan kanak-kanak lain di persekitaran yang berbeza.

Sekiranya penjagaan di rumah pengasuh hanya ada seorang lagi kanak-kanak yang bukan sebaya dengannya akan mengehadkan cara kanak-kanak itu bersosialisasi. Kanak-kanak yang lebih rendah usianya akan mengikut kanak-kanak yang lebih berusia. Secara tidak langsung dirinya lebih dominan. Kanak-kanak hanya biasa berkawan dengan seorang kanak-kanak sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak biasa dengan kanak-kanak di persekitaran yang baru dan tidak berkeyakinan untuk bersama bermain.

Penting. Latih Anak Sekarang Supaya Tidak Manja Dan Boleh Berdikari Nak Elak Anak Menangis Di Tadika Tahun Hadapan

IKLAN

KESAN

Kanak-kanak yang terlalu dimanjakan akan memberi kesan sikap terlalu bergantung harap kepada pengasuh dan tidak boleh berdikari. Kanak-kanak tidak tahu batas sempadan perkara yang boleh dilakukan dan tidak memahami sesuatu yang tidak dibenarkan. Kebiasaannya semua perkara dibantu oleh pengasuh sekira menghadapi sedikit kesukaran. Semua yang diminta oleh kanak-kanak dipenuhi oleh pengasuh. Malahan kanak-kanak tidak dibiasakan dengan peraturan jadual seperti di tadika. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak merasa tertekan dan bosan apabila berada di tadika.

IKLAN

Manakala kanak-kanak yang dihantar ke institusi jagaan kanak-kanak seperti di taska berdaftar, pengasuhnya boleh dikatakan telah terlatih. Mereka menetapkan jadual untuk diikuti oleh kanak-kanak. Perkembangan sosialisasinya terkawal mengikut tahap usia kanak-kanak. Kesediaan belajar untuk bersama rakan dan situasi baru tidak menjadi masalah. Kesannya kanak-kanak mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru apabila ke tadika.

Oleh itu, mulai hari ini,para ibu bapa mulai ajar anak berdikari dan sosial dengan rakan sebayanya. Mungkin boleh melibatkan anak-anak dengan kelas playgroup atau pusat perkembangan untuk anak-anak bersosial.

IKLAN

Apabila ada keyakinan dalam diri dalam diri anak akan memberikan cetusan emosi berani untuk melakukan sesuatu. Bukannya terlalu bergantungan kepada orang lain. Biarpun anak masih kecil, tetapi kanak-kanak ini mempunyai sikap ingin tahu dan perasaan ingin mencuba dalam dirinya. Justeru, biarkan anak melakukan aktiviti yang dapat merangsang keberanian dalam dirinya. Dalam pada itu, ibu bapa perlu sentiasa memberikan kata-kata dorongang kepada anak.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI