Jika nak elak anak menangis di tadika, ibu ayah kena didik anak sejak umur empat tahun lagi. Inilah yang dinamakan belajar menyesuaikan suasana di tadika perlu dilakukan sejak awal lagi.

Pengasuh taska perlu memaklumkan kanak-kanak yang sudah cukup usia akan berpindah ke tadika. Kesediaan belajar ke tadika sangat penting untuk kanak-kanak membuat persediaan mental dan emosi.

Kanak-kanak yang begitu akrab dengan pengasuh taska dan rakannya akan merasa kehilangan apabila berada di tadika. Ibu bapa juga turut membantu kesediaan kanak-kanak untuk ke tadika. Antara kemahiran yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berusia empat dan lima tahun untuk persiapan transisi ke tadika lebih mudah.

Memperkenalkan buku kepada anak supaya anak tidak terkejut dengan persekitaran baru di tadika nanti

1.Menggalakkan kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu dan bersemangat untuk belajar. Hal ini penting untuk kanak-kanak untuk memulakan belajar dengan mempunyai kesedaran belajar adalah menyeronokan.

2.Mengetahui untuk menulis namanya sendiri. Kebanyakan guru tadika suka jika kanak-kanak berupaya menulis namanya sendiri, biarpun seluruh perkataan ditulis dengan huruf besar. Permulaan belajar di tadika kanak-kanak diajar menulis dan membaca namanya sendiri merupakan kelaziman aktiviti di tadika.

3.Mengetahui cara membilang sekurang-kurangnya hingga angka 10. Kanak-kanak yang ke tadika digalakkan untuk  memahami urutan nombor, contohnya menyedari nombor 3 selepas 2 dan sebelum 4.

4.Mengetahui abjad. Kebanyakan kanak-kanak mengetahui abjad nyanyian yang secara tidak langsung mengenal abjad dalam keadaan sendiri. Contohnya kanak-kanak mengenal huruf secara berasingan dengan menunjukkan huruf “b” dalam perkataan atau menyebut huruf “b”. Ibu bapa juga boleh melatih kanak-kanak membaca semasa dalam kenderaan melihat papan tanda dan plat kereta.

5.Boleh menggunakan gunting. Kanak-kanak yang tidak tahu cara menggunakan gunting boleh menjadikannya kecewa pada minggu pertama di tadika. Pada minggu pertama digalakkan aktiviti menggunakan gunting dan play doh  untuk membina kemahiran motor.

6.Mengetahui untuk menjaga dirinya atau keperluan fizikal. Jika ingin mengembirakan guru tadika, ajar anak anda cara mengikat tali kasut atau memakai kasut dengan betul, menggunakan tandas, boleh zip seluar atau memasang butang baju dengan sendiri dan boleh menggunakan tisu dengan betul ketika batuk atau bersin.

Semoga ibu ayah membuat persediaan awal sebelum menghantar anak ke tadika pada tahun hadapan.

Tinggalkan Komen