Utama Bayi Perkembangan Bayi Yang Hebat! Mama & Papa Kena Tahu

Perkembangan Bayi Yang Hebat! Mama & Papa Kena Tahu

328

Perkembangan bayi perlu diketahui bagi bergelar ibu bapa. Momen indah yang dilalui bersama meninggalkan kenangan indah.Dalam tempoh itu, bayi akan mengalami perkembangan termasuk fizikal. Malah, sejak lahir hingga 12 bulan adalah tempoh untuk bayi melakukan eksplorasi persekitarannya. Ia merupakan saat paling yang menyeronokkan dalam kehidupan bayi. Jom kita terokai dunia si cilik yang begitu mempesonakan!

1.Penglihatan

Semasa dua bulan pertama dalam kehidupan, bayi tidak dapat memfokuskan objek melebihi jarak kira-kira 25cm.

2.Bergolek

Bayi yang mula bergolek, bermula dari hadapan ke belakang, kemudian dari belakang ke hadapan. Kemudian akan menggerakkan badannya. Hati-hati bayi mungkin jatuh jika bayi berada di permukaan yang tinggi atau katil.

3.Belajar duduk

Apabila bayi sudah dapat mengawal badannya, bantu dia belajar duduk dengan cara meletakkan kusyen di sekelilingnya. Cara ini membantu bayi mengimbangi badannya.

4.Merangkak

Berjalan dengan menggunakan semua anggotanya dan mungkin tidak menggunakan setiap kakinya dengan cara yang sama, Misalnya, bayi mungkin menyeret sebelah kaki dengan lutut dan pergerakan sebelah kaki lagi adalah normal.

5.Belajar berjalan

Sebaik sahaja anak anda membuat langkah pertamanya yang teragak-agak, anak anda mengambil masa beberapa hari sebelum berjalan dengan penuh keyakinan.  Dia akan membuka kakinya untuk melangkah dan mengangkat tangannya untuk mengimbangi diri. Biarkan dia tidak berkasut apabila dalam rumah. Kasut hanya digunakan apabila berjalan-jalan di luar rumah.

6.Mempelajari bentuk

Bayi boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya. Jari-jemari bayi menjadi semakin lincah. Berminat dengan barang-barang kecil.

7.Pergerakan tangan

Bantu anak anda menghalusi pergerakan tangannya dengan permainan ini. Kini boleh memasukan gegelung dengan baik. Kemahiran motor halusnya semakin berkembang. Permainan ini memerlukan tumpuan, jadi inilah masa untuk si cilik belajar menggunakan tangannya.

8.Latihan pertuturan

Memberi permainan anak patung iaitu puppet merupakan alat permainan yang amat berguna dalam melatih kemahiran berkomunikasi. Bermainlah dengan anak anda. Anak akan meniru apa yang anda lakukan.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: