Perkenalkan makanan jejari pada anak seawal mungkin dapat elak anak mengalami masalah ketidakupayaan menulis (Dysgraphia). Keadaan ni akan beri kesan pada penulisan dan pembelajaran anak. Tahu tak dengan introduce finger food seawal mungkin kepada anak dapat mengelakkan anak anda menghadapi masalah ni.

Memperkenalkan finger food bukan sekadar untuk  kenyangkan perut tapi sangat penting untuk perkembangan motor halus (fine motor skills)

BILA PERLU PERKENALKAN FINGER FOOD?

6 BULAN 
Finger food boleh diperkenalkan seawal 6 bulan.
Kita boleh perhatikan semasa makan anak juga sibuk nak memegang makanan kan. Jadi ibu boleh beri dia finger food berbentuk “stick shapes” atau yang lebih besar supaya mudah di pegang contohnya carrot yang dah di stim, buah buahan yang di masukkan dalam food pouch bagi elakkan risiko tercekik.

7-9 BULAN
Mula perkenalkan finger food berbentuk bite – sized. Potong makanan yang lembut dalam bentuk kiub-kiub kecil. Pada umur ni baby akan mula mengutip menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Inilah skill baru yang kita sebut “pincer grasp”

IKLAN

Perkenalkan Makanan Jejari Seawal Mungkin, Dapat Elak Anak Mengalami Masalah Ketidakupayaan Menulis

Makanan yang sesuai untuk pincer grasp practice ialah:

IKLAN

– brokoli dan carrot yang di stim lembut
– pasta shapes yang direbus
– tembikai, buah naga, blueberry, avocado ( buah yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras) pastikan buah kecil seperti blueberry dipotong 2 atau 4. Elak beri dalam bentuk sebiji-sebiji bagi elakkan tercekik.

Perkenalkan Makanan Jejari Seawal Mungkin, Dapat Elak Anak Mengalami Masalah Ketidakupayaan Menulis

IKLAN

Elakkan biskut-biskut pada bayi usia ini supaya dapat elak tabiat nak makan makanan manis. Elakkan juga buah-buahan kering kerana buah kering ni manis dan boleh membentuk tabiat makan yang tak elok pada masa hadapan.

Finger food sangat penting untuk perkembangan anak. Spoon feed terlalu lama boleh membataskan perkembangan anak, kecekapan menulis dan akan bagi kesan pembelajaran semasa anak di alam pra sekolah.

Selain tu fine motor skill finger food juga menguatkan otot otot muka yang meningkatkan perkembangan percakapan.

#hernyhafiz
#babyfood

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI