Bercuti bersama anak-anak memang mencabar sehingga membuatkan badan letih dan tertekan apabila tiada perancangan lengkap. Pelbagai keperluan anak-anak perlu disediakan supaya anak tidak mudah mengamuk, keletihan dan  mudah diuruskan.

Begitulah sharing daripada Puan Ainul Malik yang memberi tip supaya mudah menguruskan anak-anak ketika pergi bercuti. Ikuti  10 panduan yang sering dipraktikkannya semasa pergi bercuti. Moga dapat membantu bagi ibu ayah yang pertama kali membawa anak-anak pergi bercuti

10 Tip Supaya Suami Isteri Tenang Berjalan Bersama Anak Kecil :

1. Sediakan makanan dan minuman siap-siap, beli bekalan yang cukup di tempat kita. Kalau naik flight, takperlulah angkut semua, bawa yang penting je, terutamanya botol air

2. Bawa pampers yang cukup

3. Sediakan stroller atau carrier mengikut keselesaan suami isteri

IKLAN

4. Bincang dahulu perjalanan sebelum keluar pagi 

5. Fokuskan untuk berjalan satu tempat supaya lebih banyak masa terluang untuk anak-anak berehat.

6. Sediakan application handphone yang cukup seperti waze, waktu solat, arah kiblat, tempat makan sedap, google maps 

IKLAN

7. Print out tempat tempat menarik dari rumah supaya tak kelam kabut bila sesat/apa2 delay/masalah berlaku

8. Cari tempat yang mesra kanak-kanak supaya mereka menghargai tempat itu : Saya ada kisah menarik tentang ini

IKLAN

Semasa Aiman baru berusia 2 tahun, pernah kami ke Taman Negara Kota Kinabalu (Kaki Gunung) kerana teringin benar explore tempat itu. Rupanya tempat itu hanya disukai oleh kami suami isteri, anak tak pandai nak appreciate lagi tempat tu selain sangat seronok berjumpa dengan lopak air di tengah hutan. Hihi kelakar kan, budak-budak ni? 

9. Sediakan diri mental dan fizikal supaya sihat menguruskan anak-anak semasa berjalan.

10. Jangan letak expectation yang terlalu tinggi untuk dapat explore banyak tempat macam kembara single mingle dulu2 hihi 

Berikut antara koleksi percutian keluarga ini

Perkongsian Tip Bercuti Ibu Ini Bagus Bagi Keluarga Yang Ada Anak Kecil Semasa Pergi Bercuti
Tangkuban Parahu
Perkongsian Tip Bercuti Ibu Ini Bagus Bagi Keluarga Yang Ada Anak Kecil Semasa Pergi Bercuti
Kinabalu
Perkongsian Tip Bercuti Ibu Ini Bagus Bagi Keluarga Yang Ada Anak Kecil Semasa Pergi Bercuti
Pengalaman Naik Luge di Singapura

Sumber: ainulmalik.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI