Bayi baru lahir kena jaundis memang perkara normal. Jangan panik atau takut tetapi ikut sahaja nasihat dari doktor dan jururawat.
Jaundis terjadi pada bayi yang normal apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.
Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan kadangkala buah pinggang mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.
Jangan ikut sembarangan petua tradisional kerana dibimbangi ada kesan buruk pada tahap kesihatan bayi. Sebaiknya ibu ayah terutama yang baru bergelar ibu bapa rujuk kepada doktor dan jururawat untuk nasihat yang betul.
Sebenarnya cara paling terbaik dan mudah untuk turunkan tahap jaundis anak iaitu ibu kena menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya tanpa had.
Dr Ahmad Firdaus berkongsi pengalamannya sebagai doktor perubatan dan bapa tentang petua untuk turunkan jaundis bayi baru lahir.
IKLAN
Dari Diari Kelab Bapa Berpantang.
Saya kongsikan petua untuk turunkan kuning bayi (jaundice).
IKLAN
1. Tiap kali ibu menyusukan anak, sertakan dengan doa supaya bayi sihat sentiasa.
2. Apabila jururawat masyarakat (JM) datang ke rumah untuk memeriksa bayi, ucapkan kata – kata yang baik. Raikan mereka sebagai tetamu.
IKLAN
3. Apabila bayi diminta untuk ke klinik untuk ambil darah (TSB), doakan agar supaya bayi tidak kuning dan kekal sihat.
4. Jika diminta ke hospital untuk ‘phototherapy’ doa lagi. Pada masa yang sama berikan susu secukupnya kepada bayi.
Kesimpulannya DOA, DOA, DOA.
Pada masa yang sama, ikut nasihat doktor dan jururawat. Niat mereka adalah untuk memastikan ibu dan anak sihat.
Tak perlu ditampal tuala wanita diatas kepala bayi. Tak perlu lumurkan badan bayi dengan kunyit. Tak perlu calit calit, sapu sapu.
*Gambar hiasan adalah seorang bapa mithali yang penat berjaga di tengah malam tukar lampin bayi.
Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Medical Mythbusters Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin sebelum ini ada orang tua dah beri bayi makan bubur atau nestum yang dicairkan seawal umur sebulan. Niat mereka tak mahu bagi anak menangis dan cepat kenyang.
Jadi apabila ibu sekarang dalam pantang pun, bila anak tu menangis, akan ada yang cakap berilah makan sebab anak tak kenyang menyusu. Bila dalam hal ini, kita sebagai ibu pun mula rasa serba salah.
Kalau diikutkan pemberian makanan pejal kepada anak kurang dari 6 bulan boleh membahayakan nyawa anak itu sendiri. Mungkin dari awal tiada masalah tapi kesan untuk jangka panjang kita tak tahu.
Jadi ibu-ibu janganlah terlalu cepat nak bagi anak makan. Yakinlah susu ibu sebenarnya dah boleh mengenyangkan dan banyak khasiatnya. Walaupun kita rasa sikit tapi cukup sebenarnya untuk anak.
Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom untuk peringatan sema ibu boleh dijadikan peringatan bersama.
Niat Nak Bagi Bayi Kenyang, Tapi Akhirnya…
Saya sedang jaga mak mertua yang kurang sihat. Dengan Fatimah sekali. Mujurlah Fatimah ni sejenis yang dah biasa ikut ke mana pun, jadi dia baik-baik sahaja sejak semalam.
Kemudian, ada seorang pelawat yang datang dan tegur betapa ‘gebunya’ Fatimah.
Seperti biasa, soalan yang akan kerap ditanya “minum susu apa ni?”.
Mak mertua laju menjawab dalam keadaan lemah “Susu badan je. Dia ni cikgu mengajar menyusu. Kalau nak tanya, boleh tanya dia je..”, kata mak mertua tujukan pada anak pelawat tadi yang sedang sarat.
Saya macam selalu, terkuis-kuis malu.
Terus si ibu muda merangkap anak makcik itu tanya saya beberapa soalan tentang penyusuan. Saya cuba menjawab sehabis baik merujuk kepada setiap soalan beliau.
“Ala anak-anak saya semua dulu minum nestum masa sebulan..” sampuk si makcik tadi merangkap mak si ibu muda itu.
Bulat mata mak mertua saya. Segar terus muka dia yang dari semalam asyik baring sahaja.
“Minum nestum sebulan?”, tanya mak mertua saya sambil pandang muka saya. Sebagai seorang nenek yang pernah kehilangan cucunya, pandangan mak mertua saya tu jelas merisaukan.
“Bancuhlah cair-cair, lepas tu bagi minum air banyak-banyak”, kata makcik itu lagi.
Saya macam dah tak boleh berdiam. Selama ni saya memang bukan jenis berkongsi dengan semua orang yang saya tak kenal. Tapi memandangkan makcik tadi bakal menerima cucu dalam beberapa minggu lagi, saya terpaksa bersuara.
“Bahaya bagi macam tu. Usus bayi masih belum matang (apatah lagi baru sebulan jerit hati saya). Dan bagi air masak banyak pun bahaya. Boleh jadi intoxification nanti”.
“Elok je tak ada apa anak-anak semua”, jawab makcik tu.
“Dulu pun banyak kes juga yang melibatkan kematian tapi kita tak tahu sebab dulu tak macam sekarang (ada facebook belaka)”, jawab saya dengan nada masih berlembut.
“Ala.. yang jadi macam tu (mati) sebab salah bancuh. Dia tak bagi minum air banyak. Kalau bancuh cair-cair tak jadi macam tu..”
ALLAH.. Saya tidak mahu menyahut lagi dan terus diamkan diri. Saya tak nak jadi biadap.
Ini bukan soal dia beri susu apa pada anak-anak dia dulu. Tapi dia sedang cuba beritahu yang beri bayi berusia sebulan minum Nestum adalah OK sahaja.
Bagi anak minum nestum kepada bayi yang berusia sebulan adalah satu tindakan yang TIDAK WAJAR sama sekali dilakukan.
Mungkin saya tidak berjaya untuk educate makcik itu. Bukan tak nak teruskan perbincangan, tapi bila perbincangan bakal menjadi perbalahan, lebih baik saya mengalah.
Jadi saya menulis perkongsian ini dengan harapan ibu-ibu lain dapat belajar dan tidak cuba untuk merisikokan bayi masing-masing dengan memberikan nestum sebelum berusia 6 bulan walaupun nestum cair.
Air yang berlebihan boleh menyebabkan water intoxification berlaku.
Water intoxication berlaku bila bayi diberikan air melebihi keperluan tubuh badannya. Tubuh manusia mengandungi 70 – 80% air dan susu ibu atau FM mengandungi air dalam 85%.
Jika bayi kurang dari 6 bulan diberikan tambahan air masak selepas minum susu boleh menyebabkan kepekatan garam dalam darah cair. Dan bayi boleh mendapat sawan tanpa demam.
Dan memberi makanan pejal kepada bayi sebelum waktunya juga boleh merisikokan usus bayi yang belum matang. Usus bayi boleh tercedera atau tersumbat.
Jadi, sebelum perkara yang lebih buruk berlaku, ambillah langkah pencegahan. Bayi menangis bukan semestinya kerana lapar. Bayi menangis kerana itulah fitrahnya untuk berkomunikasi dan minta bantuan dari kita.
Jadi sebagai ibu dan ayah, lindungilah mereka dan jagalah hak mereka dari sesuatu yang kita tidak diingini berlaku kepada mereka.
Bedung bayi berikan banyak kelebihannya kepada bayi. Selepas lahir, bayi melalui perubahan suasana dari alam rahim ke dalam dakapan mama dan papa. Bantunya menempuh hari-hari pertamanya dengan cara membedungnya menggunakan kain.
Tindakan membedung bayi akan membantu bayi untuk menempuh hari-hari pertamanya. Ia diibaratkan seperti seni membalut bayi dengan menggunakan kain yang akan memberikan si kecil pelbagai faedah kesihatan dan sokongan kepada emosinya.
7 KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI
Antara manfaat membedung bayi ialah seperti berikut;
1.Menjadikan bayi lebih tenang dan kurang refleks Moro iaitu tindakbalas bayi apabila kehilangan dinding rahim sesudah kelahiran. Ia menyebabkan bayi kecil mereka terkejut atau tersentak dan mula menangis.
2.Bayi akan tidur lebih lena.
3.Mengurangkan risiko kematian bayi atau Sudden Death Infant Syndrome (SIDS). Elakkan meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi tidur meniarap.
4.Rasa selamat kepada bayi.
5.Bayi kecil sering kali menghadapi masalah ‘terkejut’ atau startle reflex. Membedung mengelakkan ia daripada terjadi (sehingga bayi pandai meniarap).
6.Bayi baru lahir seringkali kesejukan. Membedung memberikan kehangatan sehingga kawalan suhu tubuhnya mula berfungsi.
7.Amat disarankan untuk bayi yang menghadapi masalah neurologi atau kolik.
10 PERLU DILAKUKAN/ DIELAKKAN DALAM MEMBEDUNG BAYI
Walau pun membedung bayi memberikan banyak faedah, tapi anda harus ingat, membedung ada do’s & dont’s.
Pastikan bayi yang dibedung tidur dalam keadaan berbaring, bukan meniarap atau mengiring.
Buka bedung sekiranya nampak bayi panas berpeluh dengan pipinya kemerah-merahan.
Sesetengah bayi suka bahagian tangannya bebas bergerak. Boleh ikuti cara bedung yang biasa tapi pastikan kain bedung tidak meliputi tangan dan bahu dan berada dibawah bahagian ketiaknya.
Cara bedung perlulah betul. Jangan meletakkan apa-apa kain pada bahagian muka.
Gunakan kain bedung yang tipis yang sesuai dengan suhu sekeliling supaya bayi tidak kepanasan.
Tidak membedung ketika menyusu membantu bayi untuk melekap dengan lebih baik di mana bayi bebas menyentuh kulit (sentuhan kulit ke kulit).
Pastikan bayi tidak dibedung dalam tempoh yang terlalu lama. Mungkin boleh dibedung untuk tidur dan menyusu. Kaki dan paha bayi perlu bergerak untuk perkembangannya.
Pastikan anda tidak membedung dengan terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan masalah pada sendi paha dan pinggulnya yang masih lembut. Jangan bedung sehingga kakinya menjadi lurus dan ketat!
Hentikan membedung apabila bayi sudah mula meniarap. Semakin membesar, bayi akan lebih banyak bergerak semasa tidur.
Bayi yang dibedung akan tidur nyenyak. Jadi, mama perlu kejutkan mereka untuk menyusu supaya mereka tidak terlepas untuk sesi penyusuan.
Anda boleh belajar mengikuti langkah membedung bayi berpandukan video ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Deena Emir, Isteri kepada pelakon popular, Saharul Ridzwan telah berkongsi sebuah video di instagram dimana anaknya Muhammad Luth Ali yang berusia 1 tahu lebih yang sedang bermain dengan barang make-up nya secara senyap-senyap.
Video yang mendapat hampir 30 ribu tontonan memaparkan Ali yang comot dan keseluruhan bilik penuh dengan lipstick ibunya telah menarik minat Netizen. Video tersebut telah dimuatnaik dengan caption “Jangan percaya bila anak boleh diam je bila bermain”.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman anak-anak mereka yang sedang membesar. Tak kurang juga ada yang menasihati supaya barang-barang tersebut diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat.