Ibu bapa pasti mempunyai impian untuk memiliki anak yang baik, cerdas dan patuh dengan arahan kita. Mendidik anak-anak adalah tanggungjawab milik ibu bapa sepenuhnya.

Persoalannya bagaimanakah cara mendidik anak yang baik dan betul? Secara teori nampak mudah tapi tidak semua ibu bapa mampu melakukannya.

Ada beberapa langkah berkesan bagaimana untuk kita mengawal situasi bersama anak-anak.

Disertakan juga contoh situasi-situasi yang boleh kita belajar dan praktikkan bila bersama anak-anak.

Pilih Untuk Respond Bukan React Bila Anak Mula Buat Mak Ayah Jadi Garang

PILIH UNTUK ‘RESPOND‘ KEPADA SITUASI ANAK-ANAK BUKAN ‘REACT’

  1.  Situasi anak menangis.

“Adik berhenti menangis sekarang!” (Arahan mengejut)

Tukar ke: Adik nampak sangat sedih. Adik nak mak peluk? (atau Adik nampak sedih sangat, meh sini mak peluk).

IKLAN
  1. Situasi anak-anak bergaduh.

“Kalau awak berdua tak berhenti bergaduh sekarang, Mama patah balik kereta ni.” (Ugutan)

Tukar ke: Mama tak selesa dengar bising macam ni. Mama berhenti kereta kejap, bila kereta ni dah senyap, Mama akan sambung memandu semula. (luahan asertif dan solusi)

  1. Situasi anak membuat kesilapan.

“Apa? Adik tumpahkan lagi air jus ni?” (herdikan)

Tukar ke: Ok ow, air dah tumpah, jom ambil kain dan kita lap. (solusi)

IKLAN
  1. Situasi anak ditimpa masalah.

“Memang betul tak adil. Hidup ni tak adil. Adik kena biasakan diri dengan keadaan macam ni.” (tertutup,pasrah)

Tukar ke: Mama tahu adik sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Hidup ni adakalanya tak semua yang kita nak kita akan dapat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. (perspektif baru)

  1. Situasi anak lemah dalam pelajaran.

“Dapat ‘C’ lagi? Apa tak kena dengan kakak ni ya?” (Questioning)
Tukar ke: “Nampak macam kakak ni susah sedikit dengan subjek Math. Ada apa-apa yang Mama boleh bantu kakak tak?” (tawar bantuan)

IKLAN
  1. Situasi anak merengek atau meminta sesuatu. 

“Cukup-cukup dah lah tu…… adik ni asyik merengek/minta minta aja…” (mengeluh)

Tukar ke: “Boleh tolong gunakan suara rendah sikit masa minta mama sesuatu?” (beritahu option baru) atau: “Mama tak faham bila adik merengek macam tu, tak jelas. Boleh tak adik bagitahu Mama betul-betul, apa yang adik nak?” (option baru)

  1. Situasi ibu bapa tak dapat bersabar dengan kerenah anak-anak.

“Mak dah tak tahan dah dengan adik ni.” (keluhan dan pasrah tertutup)

Tukar ke: “Mak rasa kecewa sekarang. Mak nak jalan kejap untuk tenangkan diri mak. Nanti dah tenang mak datang balik.” (so anak tahu mak berlalu pergi semata untuk tenangkan diri bukan meminggirkan / abaikan dia) (option / kefahaman/ asertif)

Sumber: zuriat.my via FB Maznah Ibrahim

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI