Bagi para ibu bapa yang suka mengamalkan penjimatan dalam apa jua bentuk perbelanjaan, pasti ternanti-nanti jualan murah atau jualan gudang. Ketika jualan-jualan seperti ini berlangsungm biasanya penjual akan menawarkan diskaun yang menarik dan kadang-kala tidak masuk akal.

Dalam bulan Februari 2018 ini ada beberapa jualan murah atau jualan gudang yang boleh anda kunjungi. Mana tahu, harga yang ditawarkan berbaloi dengan jumlah bajet yang telah anda tetapkan.

Di sini, disenaraikan beberapa aktiviti jualan untuk bulan Februari 2018.

14 Februari dan ke atas: Promosi Hippopo Weekdays Splash

Hippopo Malaysia sedang mengadakan Promosi Weekdays Splash! Anda boleh bawa bayi untuk menikmati sesi baby spa (berenang dan urutan) hanya pada harga RM68 dari hari isnin hingga Khamis. Anda perlu hubungi cawangan Hippopo Malaysia terlebih dahulu.

Anda boleh mengunjungi mana-mana outletnya di Centrepoint Bandar Utama, Petaling Jaya; Great Eastern Mall, Kuala Lumpur; Empire Shopping Gallery, Subang Jaya; Setiawalk Mall, Puchong; Setia City Mall, Shah Alam; Queensbay Mall, Pulau Pinang; Tesco Desa Tebrau, Johor Bharu; The Shore, Melaka; VivaCity Megamall, Kuching; AEON Klebang, Ipoh; IOI City Mall, Putrajaya atau Sunway Velocity Mall, Cheras.

2 Februari – 28 Februari: Promosi Pet Pet, Manjaku

Berita baik untuk anda semua apabila butik Manjaku ada menawarkan Promosi Februari 2018 Pet-Pet. Ada harga istimewa ditawarkan untuk anda yang membeli lampin pakai buang daripada jenama terkenal ini.

Untuk masa terhad dan selagi stok masih ada, anda turut berpeluang untuk mendapat Poney Tee Pet Pet secara percuma yang berharga RM39.90 dan baucar sampingan. Untuk tidak ketinggalan mendapatkan harga murah, anda perlu segera ke mana-mana butik manjaku di seluruh Malaysia.

8 Februari – 7 Mac 2018: Promosi Pembukaan Manjaku Baby Tampoi

Manjaku Baby Malaysia sedang mengadakan prmosi besar-besaran sempena pembukaan outlet baru di Tampoi. Dapatkan harga murah dan tawaran istimewa untuk kebanyakan barang kelengkapan dan keperluan bayi dan si kecil di outlet baru ini.

19 Januari – 18 Februari

Dapatkan diskaun perayaan untuk mana-mana pakaian kanak-kanak berjena Poney. Cepat! kerana ia akan tamat pada 18 Februari 2018 nanti. Tinggal beberapa hari lagi untuk anda rebut peluang keemasan ini.

Wow Deal yang ditawarkan ialah diskaun 20% untuk item pertama, diskaun 40% untuk item kedua dan diskaun 60% untuk item ketiga! Segeralah berkunjung ke mana-mana outlet Poney berhampiran dengan anda ya.

Kini sehingga 18 Februari 2018

Gingersnaps Suria KLCC yang berlokasi di LC206, Tingkat 2, Ramlee Mall menawarkan promosi menarik. Apabila anda berbelanja RM288 dan ke atas di outletnya, anda akan peroleh diskaun 20% untuk keseluruhan bil.

Jadi, dapatlah anda memiliki pakaian Gingersnaps sama ada untuk mama ataupun si kecil yang semenangnya elegan dan bergaya. Jangan ketinggalan daripada membeli pakaian untuk anda berdua!

1 Januari – 18 Februari 2018

Di butik Fiffy seluruh negara ada diadakan Chinese New Year Grand Sale. Anda boleh pilih dan beli bermacam-macam koleksi pakaian jenama ini pada harga yang menarik!

Tinggalkan Komen