Betulkah rasa geram sebab utama bayi menggigit?Walau pun biasa-biasa sakit & berbekas juga kesan gusi & gigi kecilnya itu!

Tabiat suka menggigit berkembang apabila bayi meningkat ke usia 8 bulan ke atas. Ada kalanya sampai lebam digigitnya. Sakit jugalah, kadangkala berbekas dengan gigi dan gusinya tu. Bila dikenang kembali, rasa lucu pun ada.

Rasa Geram Jadi Punca Bayi Suka Menggigit? Aduh Sakit, Berbekas Kesan Gusi & Giginya Tu!

Menggigit adalah suatu fasa perkembangan  awal bagi bayi yang normal.  Mereka bereksperimen dengan menggigit atau dengan memasukkan objek ke dalam mulut. Bayi menggigit mainan teether mereka, payudara mama, lengan, jari atau bahu mama dan papa semasa dipangku atau didukung. Biasanya, mama dan papa terkejut atau atau menjerit akibat terkejut akibat tiba-tiba digigit tanpa disangka-sangka.

Rasa Geram Jadi Punca Bayi Suka Menggigit? Aduh Sakit, Berbekas Kesan Gusi & Giginya Tu!

4 SEBAB BAYI MENGGIGIT

Bayi menggigit kerana beberapa sebab seperti berikut;

IKLAN
  1. Semasa proses tumbuh gigi di mana gusinya gatal. Menggigit sesuatu akan memberikan kelegaan kepada bayi.
  2. Apabila meneroka sesuatu mainan atau objek yang baru.
  3. Bayi juga mengigit untuk mendapatkan tindak balas daripada seseorang.
  4. Menggigit juga salah satu cara bagi bayi untuk menunjukkan perasaan dan mendapatkan perhatian.

Mama dan papa perlu faham, bayi pada umur ini tidak lagi mempunyai kemahiran berbahasa untuk menunjukkan emosi seperti ketakutan,kemaraham dan kekecewaan. Apabila proses kemahiran berbahasa dan ekspresi diri dicapai, kelakuan mengigit ini akan berkurangan.

Rasa Geram Jadi Punca Bayi Suka Menggigit? Aduh Sakit, Berbekas Kesan Gusi & Giginya Tu!

BAGAIMANA MAMA DAN PAPA BERTINDAK?

Bila bayi menggigit, apa yang kita harus lakukan ialah tegas tapi tidak keterlaluan. Ini kerana proses kefahaman bayi belum  matang lagi. Ibu bapa boleh menekankan bahawa mengigit itu sakit dan tidak boleh diterima dengan menunjukkan muka atau wajah yang sedih dan menangis menandakan anda dalam kesakitan.

IKLAN

Selain dari itu apabila tahap emosi dan tenaga bayi itu tinggi atau sudah bosan dengan sesuatu, mama dan papa boleh mengalihkan pandangan dan fokus bayi kepada perkara atau suasana yang berbeza yang boleh menghasilkan tindakbalas  positif. Misalnya memberikan mainan atau membawanya ke tempat lain.

Rasa Geram Jadi Punca Bayi Suka Menggigit? Aduh Sakit, Berbekas Kesan Gusi & Giginya Tu!

JANGAN MARAH & MENGHUKUM

IKLAN

Ia membantu proses pembelajaran jika orang dewasa bertindak balas dengan kuat “Ouch! tolong jangan gigit mama sayang. ” Tetapi anda tidak perlu menyalahkan, menghukum, atau memberi ‘syarahan’ kepada bayi. Bayi perlu bereksperimen untuk belajar, maka beberapa saat yang menyakitkan  diperlukan sebelum proses pembelajaran berlaku kepadanya.

Rasa Geram Jadi Punca Bayi Suka Menggigit? Aduh Sakit, Berbekas Kesan Gusi & Giginya Tu!

Mama dan papa mesti menjaga keselamatan diri sendiri apabila bayi yang dalam fasa menggigit. Sebagai contoh,  memang tidak masuk akal untuk meletakkan jari anda di dalam mulut bayi yang sedang  menggigit, apatah lagi jika dia sudah tumbuh gigi! Sentiasa berjaga-jaga dan mengelak daripada awal sekiranya anda sudah merasakan si kecil akan menggigit dalam posisi mendukung atau duduk yang tertentu.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI