Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Rawat Anak Ekzema, Ibu Ayah Kena Cerewet! Barulah Ekzema Terkawal. Ada 4...

Rawat Anak Ekzema, Ibu Ayah Kena Cerewet! Barulah Ekzema Terkawal. Ada 4 Rawatan Mesti Tahu

Untuk merawat anak yang mengalami ekzema, ibu bapa haruslah menjadi seorang yang cerewet dan teliti. Ia untuk memastikan ekzema terkawal daripada merebak ke bahagian anggota badan yang lain. Masalah kesihatan kulit yang sering dialami oleh anak-anak kecil ialah masalah ruam kulit yang dikenali sebagai ekzema. Ekzema adalah salah satu ruam kulit kronik yang kelihatan kemerahan atau kering yang akan menjadi gatal. Malah ia akan menyebabkan anak anda berasa tidak selesa dan mungkin akan meragam!

Terdapat banyak jenis ruam kulit yang gatal. Salah satu ruam kulit yang gatal yang biasa adalah ekzema atopik (atopic aczema). Kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun yang biasanya menghidap ekzema dan kebanyakannya yang berumur antara 2 sehingga 6 bulan. Namun sebanyak 60 sehingga 70 peratus antara mereka akan hilang ekzema apabila meningkat dewasa.

Ekzema atopik mungkin disebabkan oleh reaksi keterlaluan sistem pertahanan badan. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa pun mengetahui kenapa sesetengah orang menghidapinya. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi ekzema, asma atau masalah alergi hidung contohnya bersin, hidung berair apabila terkena habuk adalah antara mereka yang berisiko untuk mendapat ekzema.

Anak-anak kecil yang menghadapi salah ekzema akan mengalami ruam merah yang wujud (eczema flare) dan hilang kerap-kali pada kulit, biasanya pada bahagian sama. Apabila ruam merah ini hilang, kulit akan menjadi kering, sensitive dan kasar. Antara faktor-faktor yang diketahui yang boleh menyebabkan ekzema berulang adalah berpeluh dan kepanasan, tekanan emosi dan alergi terhadap makanan tertentu sebagai susu lembu, telur atau pewarna makanan, boleh menyebabkan eczema flare berlaku. Jangkitan kuman bakteria terutamanya, Staphylococcus aureus, senang menyerang kepada kulit yang sudah pecah dan merah.

Ekzema boleh mengganggu kehidupan pesakitnya. Untuk mengatasinya ada yang mencuba semua jenis pembersih dan pelembap kulit, sesetengah cuba menyejukkan atau menghalang anak daripada bermain agar tidak berpeluh. Namun jangan bimbang ekzema bukan penyakit berjangkit dan tidak merebak daripada satu orang kepada orang lain. Ia akhirnya akan sembuh atau gejala-gejalanya menjadi kurang serius apabila umur anak semakin meningkat.

Rawatan

Untuk menjaga anak ekzema anda perlu menjadi seorang yang cerewet. Soal makanan, pakaian dan penjagaan diri semuanya kena diteliti. Jangan main hentam keromo sahaja. Jika tak jaga, memang keadan kulit anak akan menjadi merah, kering, gatal dan merekah.  Ada 4 rawatan yang biasa gunapakai untuk masalah ekzema. Namun, pastikan mendapat nasihat pegawai perubatan atau doktor di klinik berhampiran dengan anda.

1. Untuk kulit merah

IKLAN

Apabila kulit mempunyai tanda kemerahan atau berair (eczema flare) gunakan krim mengandungi steroid akan membantu mengawal inflamasi, kemerahan dan kegatalan. Namun penggunaannya mestilah atas nasihat doktor untuk mengelak kesan sampingan seperti penipisan kulit, jika cara penggunaan tidak sesuai. Tempoh masa menggunakan krim akan dihadkan dan bahagian mana boleh sapukan ubat akan dijelaskan. Ada juga ibu bapa menggunakan rangkaian penjagaan diri yang menggunakan produk berunsurkan organik termasuk krim, losyen,mandian dan syampu.

2.Untuk kulit kering

Emollients adalah pelembap kuat yang akan membantu mengawal kulit menjadi terlalu kering dan pecah. Kanak-kanak direndam dalam air biasa (bukan panas)yang mengandungi pembersih selama 10 minit dan badan dikeringkan dengan kain bersih. Selepas itu, pelembap diurutkan keseluruhan badan. Proses ini mengambil masa selama 20 minit dan dilakukan sekurang-kurangnya satu kali sehari.

3.Antibiotik

Jangkitan dengan kuman bakteria kerap berlaku, dan krim yang mengandungi antibiotik atau dengan kombinasi steroid akan membantu mengawal jangkitan daripada berlaku secara berulang.

IKLAN

4.Antihistamin

Ubat ini digunakan untuk membantu anak-anak kecil tidur. Ini kerana ekzema boleh menyebabkan mereka tidak selesa kerana rasa kegatalan yang dialaminya.

Perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak ekzema

a.Pakai pakaian daripada jenis kapas atau lembut.

b.Gunakan sabun lembut atau pembersih, bukan sabun untuk mandi.

IKLAN

c.Selepas mandi, keringkan badan dengan menepuk kulit perlahan dan jangan menggosok.

d.Mengelakkan daripadamenggaru, kerana senang untuk kuman jangkitkan kulit. Kuku dipotongkan pendek dan untuk bayi gunakan sarung tangan.

e.Jangan dedahkan anak kecil kepada cahaya matahari.

f.Jangan gunakan sabun wangi, atau bubble baths.

g.Sering membersihkan cadar dan pakaian anak kecil.

Info

Tiada penyebab utama berlakunya ekzema. Tetapi selalunya ia melibatkan sejarah dalam ahli keluarga yang mempunyai ekzema, asma dan alergi. Jika anda mempunyai sejarah ini, risiko anak anda sebanyak 25 peratus dan jika anda dan pasangan anda mempunyai sejarah yang sama, anak anda berisiko 55 sehingga 65 peratus.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI