Biasanya bila bayi nak tumbuh gigi elok bagi dia kemam biskut teeting sebab si comel akan kerap meragam dan tak selesa di bahagian gusi.

National Institutes of Health (NIH) mencadangkan pemberian sesuatu yang mudah dipegang dan dingin untuk digigit, tetapi elakkan daripada bagi bayi objek yang dibekukan atau mainan teething yang dilekat pada leher.

Biskut teething juga turut dicadangkan bila bayi sedang mengalami fasa gatal gusi nak tumbuh gigi.

Biasanya biskut bayi cukup keras dan selamat untuk dipegang sendiri tetapi mudah larut dalam air liur bayi serta boleh melegakan ketidakselesaan gusi bayi.

Bagaimanapun biskut bayi yang dijual secara komersil biasanya mengandungi gula yang tak sesuai untuk bayi.

Apa kata ibu-ibu buat sendiri biskut teething untuk bayi yang dijamin lebih sedap dan berkhasiat menggunakan bahan-bahan selamat dimakan si comel seperti dikongsi oleh Puan Ieyla Ashiya.

IKLAN

Mummy-mummy buntu nak bagi biskut apa yang sesuai untuk baby yang dah nak tumbuh gigi atau yang dah tumbuh? Apa kata mummy-mummy cuba buat aktiviti baking stok teething food untuk si manja.

RESEPI BISKUT TEETHING

Resipi Biskut ‘Teething’ Ini Sesuai Untuk Bayi Yang Nak Tumbuh Gigi

Bahan-bahan:
Sebiji pisang
3 sudu kecil rolled oat cereal.

IKLAN

Cara-cara:
1. Lenyek pisang.
2. Masukkan rolled oat cereal gaul sebati.
3. Bentukkan suka hati. Asalkan baby boleh pegang.
4. Bakar 15 – 20 minit bergantung pada saiz dan ketebalan.
5. Makan ramai-ramai. Mak-mak nak diet pun silalah makan.

Cadangan:
Sesuai untuk bayi 7mo+. Baby dah start makan boleh bagi biskut ni untuk rangsang gusi. Especially baby yang nak naik gigi.
P/s: Biskut tidak rangup seperti cream crackers

Info

IKLAN

Kebaikan memberi bayi makan teething biscuit

  • Membantu anak belajar mengunyah dan membiasakan diri makan makanan pejal.
  • Merangsang koordinasi tangan bayi untuk belajar memegang makanan sendiri.
  • Memdedahkan bayi pada pengalaman baru bereksplorasi dengan makanan.

Pastikan anda sentiasa memantau keselamatan bayi semasa memberinya makan teething biscuit untuk mengelakkan risiko tercekik. Jangan tinggalkan bayi makan sendirian.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI