Resipi Chicken Bone Broth yang sihat dan sedap untuk si kecil! Sangat berguna kalau nak buat makanan untuk anak-anak kecil supaya makanan lebih berperisa dan sedap.

Paling penting tiada apa-apa bahan perasa tambahan dan sememangnya selamat. Resipi ringkas dari Azreen, boleh membantu ibu yang ingin membuat sendiri chicken bone broth.

Nak buat resipi ni memerlukan masa yang panjang. Dinasihati untuk mula masak pada awal pagi. Azreen reneh broth ni dalam 3 jam macam tu. Lagi lama lagi bagus sebenarnya.

BAHAN-BAHAN :

– 3 batang daun celery (dipotong kecil)

– 4 biji tomato (dipotong dadu)

– 2 sudu besar Unsalted butter

– 1 biji bawang besar (dihiris)

– 5 ulas bawang putih (dihiris)

– 2 biji bawang merah kecil (dihiris)

IKLAN

– 1 sup bunjut

– 10 ketul ayam di bahagian tulang

– 1 batang lobak merah (dipotong kecil)

– 1 biji halia (dihiris)

– 2 sudu kecil jus perahan lemon

CARA-CARANYA :

IKLAN

Resipi Chicken Bone Broth Yang Sihat Dan Sedap Untuk Si KecilCairkan unsalted butter dalam periuk besar. Api perlahan ya.

Resipi Chicken Bone Broth Yang Sihat Dan Sedap Untuk Si KecilMasukkan bawang putih, bawang merah, bawang kecil dan halia. Tumis sampai naik bau.

Resipi Chicken Bone Broth Yang Sihat Dan Sedap Untuk Si Kecil

Masukkan segelas air dan kacau.

Resipi Chicken Bone Broth Yang Sihat Dan Sedap Untuk Si Kecil

IKLAN

Masukkan ayam.

Resipi Chicken Bone Broth Yang Sihat Dan Sedap Untuk Si Kecil

Masukkan tomato, celery dan lobak merah. Masukkan segelas air dan kacau hingga sebati. Biarkan ia masak selama sejam. Selepas sejam, masukkan jus perahan lemon dan sup bunjut. Kacau lagi.

Resipi Chicken Bone Broth Yang Sihat Dan Sedap Untuk Si Kecil

Biarkan ia reneh dalam dua jam.Tapis broth tadi dan masukkan dalam food containers.

Resipi Chicken Bone Broth Yang Sihat Dan Sedap Untuk Si Kecil

Biar ia sejuk dulu sebelum masuk ke peti ais.

Sudah siap #homemadebabyfood #chickenbonebroth

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI