Semasa tempoh berpantang, ibu lepas bersalin kena amalkan makanan yang sihat dan berkhasiat. Halia antara makanan yang amat digalakkan kepada ibu berpantang kerana khasiatnya yang terkenal sebagai makanan herba membuang angin yang terbaik.

Halia bukan sahaja mampu menghilangkan masalah angin di kalangan ibu lepas bersalin tetapi juga boleh mempercepatkan proses menyembuhkan luka serta memanaskan badan. Tetapi perlu diingat, halia HANYA boleh dimakan oleh ibu berpantang selepas bayi bebas daripada masalah jaundis!

Semua sedia maklum ibu lepas bersalin kerap mengalami sejuk-sejuk badan, jadi memang elok amalkan makan halia sebab ia membantu memanas dan menyegarkan badan. Bukan sahaja elok untuk wanita lepas bersalin, halia juga boleh menjadi penyelamat kepada ibu hamil yang mengalami alahan. Masukkan hirisan halia di dalam air suam dan campur sedikit madu, ia mampu menghilangkan rasa loya dan muntah yang dialami pada trimester pertama kehamilan.

Orang tua-tua juga percaya pengambilan halia ketika berpantang membantu pengeluaran darah nifas lebih cepat. Antara khasiat halia yang lain termasuk membantu penghadaman makanan, menghilangkan masalah mulut berbau, merawat batuk dan selesema dan banyak lagi.

Rasa halia yang agak pedas dan berangin mungkin tidak berapa digemari oleh sesetengah wanita. Ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mempelbagaikan cara makan halia. Selain ditambah dalam masakan, ia juga boleh dihiris halus dan ditambah dalam minuman, atau dimakan begitu sahaja dengan nasi panas.

Resipi serunding halia ciptaan Puan Naeilah Rejab ini sesuai dijadikan stok makanan tambah selera untuk ibu dalam berpantang. Ia juga sebenarnya boleh dimakan oleh semua orang walaupun bukan sedang berpantang. Baguslah boleh keluarkan angina dalam badan kan.

Projek membuat Serunding Halia Homemade sesuka hati reka. Inspired dari serunding halia Sarawak baru2 ni.

IKLAN

Ke arah healthy food dan healthy life.

Jom buang angin kuskus dalam badan.

Bahan2:

IKLAN

Halia diparut

Bawang putih dihiris nipis

Ikan bilis ditumbuk

IKLAN

Chilli flakes (optional)

*Goreng asing setiap bahan. Dan campurkan semua diakhirnya.

SELAMAT MENCUBA

Sumber: Naeilah Rejab

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI