Tempoh berpantang adalah masa yang sesuai untuk anda menurunkan berat badan. Salah satu caranya ialah dengan menjaga pemakanan. Bagi membantu suami atau penjaga pantang menyediakan menu berpantang untuk anda, disertakan lima resipi mudah untuk diikuti.

Resipi ini dijamin boleh membantu anda mencapai matlamat membuang lemak berlebihan semasa hamil sebaik habis pantang 44 hari.

Menariknya, resipi-resipi ini boleh disediakan lebih awal dan disejukbekukan. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu minta suami bantu untuk siapkan menu ini dengan memerap bahan-bahan masakan yang dinyatakan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk beku.

Apabila tiba waktu makan, minta bantu suami atau penjaga pantang panaskannya dan hidangkan bersama nasi panas. Serunding halia pula boleh disiapkan sejak sebelum tarikh bersalin.

Ayam Bakar Lada Hitam

Bahan-bahan:

Ayam

Bawang besar

Bawang putih

Halia

Lada hitam

Madu

Garam

Cara penyediaan:

  1. Basuh ayam sehingga bersih
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia
  3. Satukan bahan kisar bersama lada hitam, madu dan sedikit garam
  4. Perap ayam dengan bahan perapan.
  5. Bakar ayam menggunakan pemanggang ajaib

Salmon Panggang Bersama Bubur Nasi

Bahan-bahan:

Filet salmon

IKLAN

Lada hitam

Serbuk bawang putih

Herba campuran

Brokoli

Bubur nasi secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Basuh filet salmon sehingga bersih.
  2. Lumurkan dengan lada hitam, serbuk bawang putih dan herba campuran pada ikan salmon. Lebihan rempah campuran itu boleh digaul pada brokoli
  3. Panggang salmon dan brokoli di atas pan selama 5 minit di setiap bahagian ikan. Jangan panggang terlalu lama.
  4. Setelah masak, hidangkan bersama bubur nasi.

Tenggiri Lada Hitam

Bahan-bahan:

Ikan tenggiri

Halia

IKLAN

Kunyit hidup

Lada hitam

Bawang putih

Daun cekur l dihiris

Cara penyediaan

  1. Bersihkan kepingan ikan tenggiri
  2. Tumbuk halia, kunyit, lada hitam dan bawang putih
  3. Lumurkan bahan tumbuk dan sedikit garam pada ikan
  4. Gaulkan ikan dengan hirisan daun cekur
  5. Perap selama satu jam.
  6. Bakar menggunakan pemanggang ajaib

Ayam Panggang

Bahan-bahan:

Dada ayam

2 sudu madu

IKLAN

Halia l diparut

2 sudu kicap pekat

3 ulas bawang putih l diparut

Minyak

Garam

Cara penyediaan:

  1. Potong kecil ayam
  2. Campurkan madu, halia, kicap pekat, bawang putih, minyak dan garam di dalam satu mangkuk
  3. Gaulkan isi ayam tersebut ke dalam bahan perapan dan perap semalaman
  4. Panggang di atas pan

Serunding Ikan Bilis Halia Muda

Bahan-bahan:

Halia muda

Minyak

Ikan bilis

Cara penyediaan:

  1. Basuh bersih halia muda dan kupas kulitnya
  2. Parut halia dan goreng sehingga rangup dengan satu sudu minyak
  3. Sementara itu, basuh ikan bilis dan rendam selama sejam bagi mengurangkan kemasinan ikan. Kemudian toskan
  4. Sangai ikan bilis tanpa minyak sehingga rangup
  5. Gaulkan bersama halia dan ikan bilis

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI