Lebih baik ibu buat sendiri sosej jika anak gemar memakannya kerana ia lebih terjamin sedap dan selamat dimakan. Ini kerana menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad sosej mengandungi nitrite, heterocyclic amines (HCAs), kandungan garam, gula dan MSG yang tinggi diikuti pewarna, pengawet dan lain-lain lagi.

Kajian saintifik menyatakan bahan-bahan yang ada di dalam sosej boleh meningkatkan risiko kanser pankreas dan usus serta meningkatkan risiko sakit jantung.

Bahkan ibu hamil yang kerap makan sosej berisiko memberi kesan pada diri sendiri dan mungkin boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Sosej berbahaya kerana ia merupakan makanan proses yang kaya dengan asid lemak omega 6. Asid ini tidak baik untuk badan kerana ia akan menjadi punca inflamsi dan penghasilan kolesterol dalam salur darah.

Memang sosej adalah makanan pilihan yang mudah disediakan bagi ibu-ibu yang kesuntukan masa tetapi mahu menyediakan sendiri makanan untuk anak. Jika begitu keadaannya, apa kata ibu sediakan stok sosej frozen buatan sendiri. Bila anak nak makan, boleh terus goreng. Yang penting terjamin sedap dan selamat dimakan.

Kalau tak tahu nak buat, boleh ikut resipi dikongsi oleh Ros Syamila Amat Temin di facebook beliau dan mendapat lebih 11 ribu perkongsian ini.

Homemade sausage yang sihat dan sedap

IKLAN

Bahan- bahan

Dada ayam (3 keping besar yang telah dikisar)
Sebiji telur
Carrot (optional)
4 sudu besar tepung ubi/tepung gandum
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Secubit garam
Kalau nak tambah cheese ke, daun sup ke terpulang, boleh juga.

Cara membuat

IKLAN
  1. Campur kesemua bahan.

2. Gaul sebati semua bahan tapi pastikan adunan jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Kalau lembik sangat, tambah sedikit lagi tepung (adunan akan melekat sikit pada tangan)

3. Lepas tu buat bentuk seperti sosej. Anda boleh balut guna plastik dan ikat getah kiri kanan atau guna plastik aiskrim. Kemudian masukkan dalam freezer selama 1-2 jam.

IKLAN

4. Lepas tu, keluarkan dari freezer, kemudian rebus. Tunggu air betul-betul mendidih baru masukkan sosej. Jangan lupa, buka plastik tadi. Jangan rebus dengan plastik sebab tak elok dan boleh memudaratkan. Itulah sebabnya kena chill dalam freezer sampai dia agak kental, baru boleh rebus. Bila dah timbul tu maknanya dah masak.

5. Inilah rupa setelah direbus. Toskan dulu lepas tu boleh bekukan.

6. Inilah hasilnya bila sudah siap digoreng. Boleh pilih nak goreng atau grill. Yang penting sedap!

Sumber: Ros Syamila Amat Temin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI