Risau anak sulung cemburu dengan kehadiran adik baru? Bagaimanapun, bagi ibu bapa, kehadiran anak kedua atau anggota keluarga baru tentunya dapat mewujudkan suasana ceria dalam keluarga anda. Namun, perkara ini tidak semestinya dirasakan oleh anak pertama. Kenapa hal ini berlaku?

Anak sulung mungkin rasa perhatian anda sudah makin berkurang dengan kehadiran orang baru hingga menimbulkan rasa cemburu pada adik. Ibu perlu bertenang dan jangan cepat nak marah. Mungkin sebelum ini perhatian anda padanya sahaja.

Keadaan ini boleh diatasi. Cuma ia mengambil masa sedikit untuk anak sulung menyesuaikan diri dengan kehadiran adiknya. Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan untuk mengawal sikap anak anda terhadap kehadiran orang baru dalam keluarga.

1) Perkenalkan kehadiran adiknya seawal mungkin

Ketika anda disahkan hamil, beritahu khabar gembira ini kepada anak sulung seawal mungkin. Biarpun anak masih belum faham tetapi apabila selalu diulang lama-kelamaan dia akan faham.

Sebolehnya anda mula menukar panggilan kepada abang atau kakak dan tunjukkan perkembangan perut anda yang semakin membesar setiap hari. Ajar anak untuk menyayangi adik walaupun masih dalam perut dan boleh ajak dia bercakap dengan bayi. Minta anak mencium perut anda setiap kali ada pergerakan bayi dalam perut agar dia akan rasa seronok.

IKLAN

Risau Anak Sulung Cemburu Dengan Kehadiran Adik Baru? Lakukan Cara Ini Seawal Mungkin

2) Ajak untuk sama menguruskan adik

Apabila anda dah selamat melahirkan anak kedua, ajaklah anak sulung untuk sama-sama menguruskan adik. Maksudnya ketika anda ingin menukar baju atau memakaikan lampin ajak anak untuk melakukan bersama. Walaupun hanya menghulur baju tetapi ia sudah cukup rasa dihargai. Sekurangnya anda tidak meminggirkannya.

Dalam masa yang sama dia akan rasa sayang apabila melihat gelagat si adik dan baharulah timbul perasaan untuk melindungi adik dari orang luar.

IKLAN

Risau Anak Sulung Cemburu Dengan Kehadiran Adik Baru? Lakukan Cara Ini Seawal Mungkin

3) Beri penjelasan  

Selain mengajak anak untuk mengurus adiknya, ibu boleh melibatkan anak sulung dalam pengurusan bayi. Mula dengan topik yang mudah seperti “kalau adik nangis dia nak apa?” Anda boleh bertanya kepada anak dan biar dia menjawab. Mungkin jawapan anak anda betul dan pujilah supaya dia rasa dihargai. Anda boleh beritahu “adik nangis nak susu, nanti ibu bagi”.

Secara automatik apabila si adik menangis, kakak atau abang akan prihatin dan memanggil ibu apabila berada agak jauh dari bayi. Cuma kalau boleh pantau sekali-sekala takut mereka akan bertindak lebih cepat dari kita.

IKLAN

Ketika si kakak atau abang mengekspresikan kecemburuannya

Walaupun kita dah beritahu awal kepada anak sulung mengenai kehadiran adik, akan ada masanya mereka akan rasa kekurangan perhatian kedua ibu bapanya dan mula akan menunjukkan perangai.

Risau Anak Sulung Cemburu Dengan Kehadiran Adik Baru? Lakukan Cara Ini Seawal Mungkin

Ketika anak sulung mula mencari perhatian seperti merengek atau mahu memukul adik, jangan sampai anda suami isteri mengatakan bahawa anak sulung anda nakal. Memberi tanggapan negatif tentu anak akan mahu memberontak dan perangainya makin menjadi-jadi.

Memang tidak mudah untuk memberikan perhatian yang sama pada kedua anak, tapi anda harus tetap berhati-hati. Minta bantuan suami untuk menguruskan jika anda rasa tidak mampu dan sentiasa berikan pemahaman sebaik mungkin agar anak tidak rasa semakin cemburu.
 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI