Rumah yang selalu bersepah dari tingkah laku anak-anak, itu petanda anda adalah ibu ayah yang BAIK dan ISTIMEWA buat anak-anak.

Tidak perlu hairan , memang inilah hakikat dan realitinya menurut pakar kanak-kanak.

Jika anda mempunyai anak, tapi rumah anda selalu kemas, tersusun, bersih, dan semuanya tidak terusik, itu petanda bahawa anda adalah ibu bapa yang tidak baik. Mengapa?

Ini kerana rumah yang selalu kemas sedangkan ada anak-anak, itu bermaksud ada tindakan melarang, memaksa, dan tangan besi yang diterapkan kepada anak-anak.

Perlu ingat, rumah yang sentiasa kemas tersusun itu menunjukkan masa kanak-kanak telah dirampas, daya imaginasi yang terpenjara, dan jiwa anak dikongkong.

Adakah ibu ayah merasakan kerusi, meja, bunga, hiasan dinding, dan karpet yang ada di rumah kita lebih penting dari masa anak-anak yang zamannya kecilnya sekali dalam seumur hidup.

Boleh Ajar Anak Peraturan

Mungkin bagi ibu ayah, anak yang suka menyepahkan rumah ini membuatkan anda rasa lebih berserabut. Ada cara yang boleh dilakukan sebenarnya tanpa melarang itu tak boleh ini tak boleh.

Apa kata jika anak bermain dan mengeluarkan mainan ataupun jika anak buat aktiviti mewarna, pensil warna bersepah dan bila anak suka menconteng, kertas merata-rata boleh buat janji dengan anak.

Maksudnya anak kena kemas bila selesai bermain dan di sinilah ibu ayah kena bertegas.

Berikan peluang anak belajar dan mengembangkan daya imaginasi sebelum anda bertindak menyekat kemahuan anak.

Walaupun kita tengok kertas bertaburan dan terkoyak di sana sini serta bersepah sehingga di bawah meja atau kerusi itu tandanya masa kanak-kanak adalah pengalaman bermakna buat si kecil.

Biarkan anak meneroka selagi tak menjejaskan keselamatannya agar mereka dapat membesar seperti kanak-kanak normal yang tidak selalu dikongkong.

Paling penting ajarlah anak tentang peraturan kerana mendidik anak dengan cara yang baik dan tertib kunci pembentukan jati diri sempurna. Jangan anda putuskan sayap mereka, tapi biarkan mereka berterbangan dengan baik dan indah.

Sumber: Muhajirin Tarbiyatul Aulad

 

Tinggalkan Komen