Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Rupanya Ada 6 Teknik Kena Ambil Peduli Supaya Bayi Cepat Merangkak

Rupanya Ada 6 Teknik Kena Ambil Peduli Supaya Bayi Cepat Merangkak

Rupanya ada terdapat teknik yang ibu bapa perlu ambil peduli supaya bayi cepat merangkak. Secara umumnya apabila mempunyai anak tentu anda teruja untuk melihat perkembangannya. Ia termasuk melihat anak boleh merangkak. Sebenarnya kemampuan bayi untuk merangkak biasanya berlaku ketika usia mereka sekitar enam hingga 10 bulan. Ketika anak mula merangkak, lengan dan kakinya akan menampung badan di atas lantai sekali gus melatih kemampuan motorik halus bayi. Merangkak merupakan fasa yang dilalui si kecil sebelum berjalan. Dengan merangkak anak anda mempersiapkan diri untuk berjalan bahkan dengan merangkak juga dapat memperkuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.

Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza. Kebanyakan bayi menggunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada pula bayi yang merangkak dengan cara bergeser dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan bahagian pinggul dan kaki.

Tidak dapat merangkak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Berikut adalah antaranya:

*Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan

*Kekurangan nutrisi

*Kurang simulasi merangkak

*Gangguan keseimbangan

IKLAN

6 tip merangsang bayi cepat merangkak

1.Sering meniarapkan bayi sejak awal merupakan rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.

2.Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.

3.Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.

IKLAN

4.Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.

5.Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.

6.Ada kalanya simulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak. Oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.

IKLAN

Kebaikan merangkak

a)Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.

b)Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.

c)Koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan juga keterampilan jari.

d)Melatih fungsi otak kanan dan kiri.

e)Merangsang kepekaan. Dengan merangkak ia merangsang kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI