Kebanyakan kanak-kanak akan mula bersekolah pada umur lima tahun. Ketika ini dia mula mempelajari sesuatu yang baru. Ada yang akan mula bertanya itu dan ini, membuat ramai kawan dan sebagainya. Banyak perkara baharu yang bakal dipelajari dan ia baik untuk perkembangan sosial dan ketahanan fizikalnya.

Tiada anak yang sempurna kerana ada pelbagai sikap yang ditonjolkannya termasuk agak garang atau menangis. Macam-macam perangai dia tunjukkan.

Bermula daripada usia lima tahun, anak anda sudah boleh memahami perbezaan boleh wujud antara satu sama lain. Ketika usia ini dia mula mengembangkan pemahaman tentang nilai dan bahawa setiap keluarga yang berbeza mungkin akan menghargai perkara yang berbeza. Berikut 10 karektor anak wajib tahu supaya menjadi garis panduan untuk mendidik anak-anak.

1.Aktif dengan kawan-kawan

Dia mungkin tidak kekok untuk bermain dengan rakan-rakan sekelas atau membuat kawan baru, namun hatinya masih lagi di rumah. Dia mungkin akan kecewa dan memberontak saat pertama kali ke sekolah.

  1. Suka menangis, mengamuk dan garang

Di tadika, dia perlu mengikuti peraturan baru yang sangat berbeza dengan keadaan di rumah. Ia mungkin boleh membuatkan dia agak keliru.

Oleh yang demikian, jangan terkejut jika di rumah, dia agak garang, mengamuk, suka menangis atau bersikap bossy. Ini terjadi kerana dia bertindak balas terhadap tekanan dengan cara tersendiri.

  1. Kawan dengan sama jantina

Pada umur sebegini juga si kecil anda mula bermain dengan kawan-kawan yang sama jantina. Jika dahulu, ada segelintir kanak-kanak mempunyai kawan bayangan, kini dia lebih selesa dengan kawan realiti yang ada.

4.Lebih berdikari

Kanak-kanak berusia lima tahun juga lebih berdikari dan pandai mengawal kelakuannya. Akan ada sedikit kerenah namun ia boleh dikawal. Pada usia ini juga si kecil sudah mula memahami apa yang dimaksudkan dengan adil dan mengikut peraturan dalam permainan.

  1. Alasan yang tidak logik

Anak anda kini boleh memberi alasan yang boleh diterima akal. Dia boleh bertanya soalan yang serius dan mahu diberi perhatian sewajarnya. Malah akan meminta kebenaran anda sebelum dia melakukan sesuatu. Hal ini kerana dia mula belajar tentang arahan dan sudah belajar menilai apa yang betul dan salah.

  1. Suka peraturan

Ketika ini dia sukakan peraturan. Maka, jika anda ingin memperkenalkan apa sahaja peraturan di dalam rumah, inilah masanya kerana ia boleh membuatkan dia lebih berdisiplin dan mendengar kata.

  1. Sudah faham masa dan ruang

Anak anda juga sudah boleh memahami tentang banyak perkara seperti ruang dan masa. Yang mungkin tidak semua boleh memberitahu waktu yang tepat apabila ditanya namun dia sudah punya sedikit gambaran tentang apakah itu masa dan ruang. Dia juga mula mengenal warna, bentuk, berat dan boleh melukis beberapa objek selain mula mengenal huruf dan nombor.

8.Tahu kemampuan diri

Waktu inilah dia seronok memanjat, bermain buaian, menari dan banyak lagi. Dia juga meneroka pelbagai kemahiran baru yang mungkin ditonton dalam televisyen atau rancangan kartun kegemaran. Ajak dia bermain bola. Tentu dia seronok dapat menangkap bola yang dihantar kepadanya.

9.Perkataan baharu

Kebanyakannya sudah boleh bertutur dengan baik. Lebih menyeronokkan apabila banyak perkataan baharu yang dia pelajari di tadika. Ada juga perkataan yang tidak pernah digunakan di rumah akan keluar daripada mulutnya. Namun jika ada perkataan yang mungkin tidak sesuai, anda perlu jelaskan kenapa dan berikan alternatif lain supaya dia lebih jelas tentang penggunaan perkataan tersebut.

  1. Yakin apabila bercakap

Pada masa ini, anak anda boleh bercakap dengan jelas dan mempunyai perbualan dengan anda tentang apa yang dipelajari di tadika. Dia juga sudah boleh memberitahu nama, alamat, umur dan hari lahirnya sendiri.

 

Tinggalkan Komen