Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Rupanya Berenang Bantu Anak Jadi Berani Dan Yakin Diri. Ada 5 Manfaat...

Rupanya Berenang Bantu Anak Jadi Berani Dan Yakin Diri. Ada 5 Manfaat Mama Papa Kena Tahu!

Rupanya berenang bantu anak jadi berani dan yakin diri. Sememangnya setiap ibu bapa pastinya ingin anaknya lahir sebagai seorang yang sihat,  cerdas, lincah dan berani. Sehubungan itu, pelbagai aktiviti dilakukan untuk merangsang kecedasan, kekuatan fizikal dan mental anak. Antara aktiviti  yang boleh dilakukan kepada anak

Bermain adalah salah satu aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak  yang membantu bagi perkembangan anak lebih positif, kreatif dan berani. Selain itu, aktiviti berenang juga boleh merangsang keberanian anak anda.

Berenang merupakan salah satu bentuk aktiviti luar yang sangat penting bagi kecerdasan dan sekali gus merangsang keberanian anak anda. Bukan itu sahaja, ia boleh  melatih otot-otot fizikal anak lebih mantap.

Latihan berenang lazimnya melibatkan  rangsangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Aktiviti ini perlu dilakukan bersama tenaga pengajar untuk menjamin keselamatan anak anda.

Selain itu juga diperlukan beberapa alat untuk berenang iaitu pelampung dan pakaian berenang supaya anak dapat begerak dengan selesa.

5 manfaat berenang

Anda sudah boleh mulai mengajar anak berenang sebelum usia satu tahun. Ketika ini, dia memang suka bermain air. Bermain air membuat anak anda gembira. Oleh karena itu, mudah untuk anda mengajarnya berenang kerana si manja memang suka air!

1.Menghilangkan rasa takut pada air

IKLAN

Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, Jika aktiviti ini dilakukan sejak bayi, masalah ini tidak akan berlaku. Jadi ajaklah anak belajar berenang seawal usianya atau satu tahun..

2.Keseronokan baru

Bermain tidak semestinya bilik mandi atau di taman. Kolam renang boleh menjadi tempat untuk anak anda bermain dengan penuh keseronokkan.

3.Merangsang gerakan motor kasar

IKLAN

Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain, semua komponen tubuhnya akan terlatih melalui renang kerana seluruh anggota tubuh bergerak mulai dari kaki, tangan, hingga kepala walaupun tekniknya belum cukup sempurna.

4.Berani dan keyakinan diri.

Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Apabila dia berenang, dia akan melakukan dengan sendiri dan mengerakkan seluruh tubuhnya untuk membuatkan dirinya bergerak di dalam air. Aktiviti memerlukan keberanian buat si manja. Berikan kata-kata semangat kepadanya!

5.Hubungan sosial

IKLAN

Berenang bersama-sama di kolam bersama orang ramai akan membuatkan hubungan sosial berkembang dengan lebih baik. Anak dapat mengenali orang lain lebih ramai lagi. Cara ini membantunya untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, sekali gus mempengaruhi psikologinya untuk berani berenang.

Langkah belajar renang

1.Lakukan latihan awal dengan menggunakan kolam plastik di rumah sebelum masuk ke kolam sebenar. Basahkan tubuhnya seperti ketika memandi di kolam dia tidak takut pada air. Juga jadikan suasana lebih ceria semasa mandi supaya suasana itu membuatkan dia berasa gembira dan yakin selamat berada di dalam air.

2.Apabila dia sudah menujukkan keberanian, ajaklah dia masuk ke kolam sebenar. Namun hati-hati dengan kedalaman kolam itu untuk mengelak dia tenggelam di dalam kolam.

3.Kejernihan air. Pastikan kebersihan kolam untuk melatih anak berenang. Ini kerana anak mungkin tertelan air semasa anda mengajarnya berenang.

4.Gunakan pelampung yang mampu menahan tubuhnya atau yang dilingkarkan pada pergelangan tangan. Fungsi pelampung ini selain sebagai alat penyelamat, boleh membantu anak berlatih “mengapung”. Sambil menggunakan pelampung, bawa ia menyusuri pinggir kolam. Tapi ingat, jangan sesekali melepaskan pegangan. Anda perlu sentiasa mengawasinya.

5.Agar anak lebih termotivasi bereksplorasi di dalam air, ajak kanak-kanak lain untuk bersama belajar dengannya. Cara ini membuatkan dia lebih bersemangat. Secara tidak langsung, apabila ramai kawannya yang ikut serta berlatih dalam diri akan berasa yakin bawah  berenang adalah aktiviti yang menyeronokkan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI