Semua ibu bapa akan risau apabila bayi  dijangkiti batuk dan selesema. Bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan sempurna.
Semasa bayi batuk, sudah tentu ibu bapa segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut supaya tidak menjadi terlalu serius. Namun ada segelintir anak agak sukar apabila diberi ubat.
Selain rawatan perubatan, perkongsian ibu,Farhany Ami Murad menggunakan buah delima bagi menghilangkan batuk anak kecil.

Ini perkongsiannnya yang menggunaakan buah delima.

* Untuk baby 6 bulan ke atas

Baru teringat nak share,since salsabila tetiba batuk hari tu kalut nya lah mak dia ni ,risau anak batuk lelama oi. Jangan memain, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru-paru tau ..Nauzubillahiminzalik

Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU. So far memang ramai kata bagus guna madu. TAPI, bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu.

So try cari alternatif lain. Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu, function dia sama macam madu, bersifat panas and tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus.

IKLAN

Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang, dua tiga hari baru perasan yang batuk takde langsung dah. Mak mak yang ‘over kalut’ mcm kite ni kalau anak batuk or selsema boleh lah try naaa . .

Oh lupa nak bagitau, tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar, sentiasa meleleh. So kena sedut selalu ye and lendir kahak keluar melalui poopoo baby. Ini kesan yang sy nampak dekat Salsabila.

Kalau makin teruk please refer doctor ye?

IKLAN

1. Ambil lah berapa ulas yang mak mak suka. Tapi kite ambik sikit je. Boleh buat minum sekali je ni

2. Picit-picit delima tadi biar keluar air jus dia, bijik buang tau

3. Ni lah kejadiannya, nak senang guna syringe je since Salsabila memang suka sangat sedut air guna benda alah ni, heheh

IKLAN

4. Tadaa, sedut jangan tak sedut. Tengok la feeling habis hisap jus tu.
*bagi minum sehari sekali pon okay dah. Tapi dia ni ‘hantu buah’ bagi banyak kali pon xpuas.

Takda mak yang nak anak sakit, semua mak nak yang terbaik untuk anak memasing tapi sakit demam batuk selsema tu tetap tak boleh nak elak, memang kena lalui jugak. Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai sorang mak, nanti lama-lama jadi Pro dah. Supermom gituuu !

Rupanya Buah Delima Atasi Batuk Anak. Perkongsian Ibu Ini Boleh Cuba

Anak anugerah ALLAH SWT . Amanah untuk mak ayah, usaha lah beri yang terbaik untuk anak-anak ikut kemampuan kita .

Semoga beri manfaat untuk semua

 petua ini hanyalah untuk anak kecil yang berumur 6 bulan dan ke atas sahaja.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI