Hujung minggu ini sudah merancang aktiviti bersama keluarga? Anak-anak mesti merengek mahu dibawa berjalan-jalan sama ada ke shopping mall atau ke tempat menarik. Bagi yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh pergi ke Port Dickson minggu ni! Selain main air di pantai, apa kata singgah ke Funny House. Bagi yang jauh boleh jadikan tempat ini salah satu senarai percutian cuti sekolah nanti.
Tarikan baharu
Funny House ini adalah sebuah tempat hiburan berbentuk kekeluargaan yang merupakan tarikan terbaharu di Port Dickson Negeri Sembilan. Ia baru sahaja dibuka pada 13 Oktober lalu.
IKLAN
Bersesuai dengan konsepnya, anda dibenarkan mengambil gambar supaya dapat merakamkan aksi lucu dan menakutkan semasa berada di sini.
IKLAN
Antara yang menarik ialah meja, kerusi, kunci, oven dan pinggan gergasi serta rumah terbalik. Memang membuatkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini tidak kering gusi, asyik ketawa melihat aksi keluarga merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan.
Lokasi:Lorong Aneka 1, Tman Aneka Pasir Panjang Port Dickson 71250
Waktu operasi: 10 pagi – 8 malam (Kemasukkan terakhir pada 7.30 petang)/ Dibuka setiap hari
IKLAN
Harga kemasukkan: Dewasa RM15.00/ Kanak-kanak bawah 12 tahun RM10.00/Warga emas atas 60 tahun RM10.00/ Percuma kanak-kanak ketinggian bawah 90cm
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Al Kauthar Eduqids menjalinkan kerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) dalam meneroka peluang untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Menurut Pengasas Al Kauthar Eduqids Dato Bakhtiar Aliff, “Bagi meneruskan usaha pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, Al Kauthar Eduqids menyediakan penempatan buat pelajar dari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL di Pusat Pendidikan di bawah Al Kauthar untuk menjalani praktikum. Manakala, dari segi kerjasama penyelidikan pula, UNISEL menjalankan kajian kes untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan perkembangan kanak-kanak dan hal-hal lain yang akan dikenal pasti,” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, dengan jalinan memorandum kerjasama tersebut, Alumni dari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak UNISEL diberikan keutamaan peluang kerjaya sebagai guru dan juga pentadbir di Pusat-Pusat Pendidikan di bawah Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd. Tidak terhad pada pelajar UNISEL sahaja, tenaga pengajar di Pusat-Pusat Pendidikan milik Al Kauthar Eduqids turut ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di UNISEL.
UNISEL dan Al Kauthar Eduqids turut bersetuju untuk kerjasama mempromosikan pendidikan awal kanak-kanak kepada umum melalui aktiviti promosi, bengkel, seminar dan sebagainya bagi meneruskan usaha meningkatkan tahap kesedaran kepentingan Pendidikan awal kanak-kanak. Dengan kerjasama tersebut kedua pihak turut bersetuju menubuhkan ikubator (Pusat Jagaan/Tadika) di bawah Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak.
Al Kauthar Eduqids berpegang teguh pada misinya sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan selamat berasaskan pada nilai dan ajaran Islam. Ia direka untuk membentuk dan mengukuhkan generasi baru yang mempunyai asas Islam yang baik, iman yang teguh dan nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Bukan sekadar mendidik kanak-kanak untuk cemerlang akademik dan akhlak sahaja namun Al Kauthar turut menyediakan program pakej perlesenan konsultasi dan bimbingan kepada usahawan yang mahu memulakan perniagaan tadika sendiri.
Dengan memiliki lebih daripada 500 orang pendidik dan 6000 orang pelajar di seluruh negara, maka tidak hairanlah AKE mendapat pengitirafan daripada pelbagai jenama termasuklah Jenama Pilihan Pa&Ma, SME Entrepreneur Business Awards, Malaysian Prestigious Industry Awards, Superbrands Malaysia’s Choice, The Brand Laureate dan Baby Talk Readers’ Choice Awards.
Terdahulu, Al Kauthar Eduqids turut menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa institusi pendidikan bertauliah negara iaitu Open University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokesional ERT Setapak.
Siapa yang tak sayang cucu kan? Berbanding anak, cucu selebihnya meraih lebih perhatian daripada Atuk dan Wan. Perkongsian sebuah video yang dikongsikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Ismail Sabri semalam ketika bertemu dengan cucunya, Jeanelle Nika Mandagie ternyata mencuit hati seluruh wargamaya.
Video keletah Dato’ Ismail Sabri yang keanak-anakkan dan meniru gaya Jeanelle ketika bertemu dengan Jeanelle amat mencuit hati semua.
“Bila dengan cucu kita kadang-kadang jadi lebih baby dari cucu,” katanya berseloroh.
Gelagat Atuk membuatkan kita rasa terhibur. Biarpun dihimpit dengan tugasan yang berat setiap hari namun beliau masih sempat meluangkan masa bersama cucunya kesayangannya.
Difahamkan semalam, Jeanelle dan Atuk bertemu untuk menyambut ulangtahun kelahiran anak keduanya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-5, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi. Ulang tahun kelahiran ke-32 itu disambut oleh keluarga terdekat dengan majlis serba ringkas tapi cukup meriah.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Dato’ Ismail di instagramnya cukup terhibur dengan video yang dikongsikan beliau. Tidak kurang juga yang memuji aksi comel kedua-duanya yang menghiburkan hati.
“Cuteness oveloadddddd”
“Sooo comel lah atok”
“Alololo comel je….semoga sihat selalu dato”
“Comelnya gelagat atok dengan cucu”
Jeanelle Nika Mandagie merupakan cucu sulung kesayangan Dato’ Ismail Sabri yang merupakan cahaya mata pertama pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie dan isterinya, Nina Sabri.
Cantik dan langsing, persis anak dara. Inilah yang boleh dikatakan mengenai pelakon cantik manis ini, Bella Astillah.
Sekeping gambar yang dimuat Bella di Instagramnya beberapa hari lalu menerima pujian ramai.
Mana tidaknya, walau tampil begitu ringkas dan kemeja T dan skirt berona coklat jingga, penampilan ibu kepada dua anak ini memang memukau.
Dengan ukuran saiz pinggang idaman semua, Bella dilihat berjaya mengekalkan berat badannya walau sudah punya anak dua.
“I didn’t change, I just found myself,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Dalam pada itu, isteri kesayangan Aliff Aziz yang kini tampil sebagai tunjang utama menerusi drama lakonannya, Aku Tanpa Cintamu mempamerkan lakonan berkesan malah watak Nuha yang dibawanya begitu menyentuh hati ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji Bella begitu cantik dan langsing. Tidak ketinggalan juga yang meminta ibu cantik manis ini berkongsi tip penjagaan badan yang diamalkan Bella.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreana.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).