Rupanya ada teknik bercakap dan peluk anak supaya mereka ni mudah nak dengar nasihat kita.
Selama ini kita sebagai ibu bapa tentu selalu bercakap dan memeluk anak tetapi kita tidak tahu rupa-rupanya ada teknik yang betul melakukan hal tersebut mengikut jantina anak.
Perkongsian berguna daripada Tadika Permata Raudah tentang kaedah Neuro Languistic Programme semasa berkomunikasi dan memeluk anak mengikut jantina lelaki dan perempuan supaya apa yang dinasihatkan lebih berkesan pada anak.
Saya nak kongsikan Teknik Bercakap & Memeluk Anak Menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)
1) Teknik bercakap dengan anak perempuan & lelaki
Dengan anak perempuan, kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula ‘memandang ke tengah antara kening’ tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak2 bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai2 saja, sambil makan2 petang. Ok kan?
Ads
Dengan anak lelaki pula, lebihkan percakapan kita ke aras ‘telinga kirinya’. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang-kadang kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.
2) Teknik memeluk anak perempuan & lelaki
Ads
Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Saya tepuk dan gosok-gosokan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila-bila. Best kan bila tahu tekniknya ni.
Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan saya tu. Ok kan? Kita gosok-gosoklah beberapa saat. Bagi lah se’das dua’ nasihat. Tak boleh cakap banyak-banyak pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau.
Ads
Insya Allah, sama-sama kita hasilkan anak-anak yang mendengar kata.
Selamat mencuba Teknik Islamic NLP
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan buat main-main bila anak terjatuh. Walaupun tak luka, mungkin kecederaan dalaman yang kita tak tahu boleh menyebabkan masalah lebih serius.
Bagaimanapun, masih ada lagi ibu bapa yang beranggapan kalau anak mengadu sakit selepas jatuh yang terlintas di fikiran adalah untuk bawa anak pergi berurut dulu.
Bab berurut tak salah tapi adakah ibu bapa tahu punca yang sebenarnya berlaku? Sepatutnya rujuk kepada pihak doktor terlebih dahulu untuk mengetahui apa di sebaliknya yang berlaku.
Seorang bapa datang ke hospital membawa anaknya berusia 6 tahun yang jatuh 3 hari sebelumnya semasa bermain monkey-bar di taman. Anak beliau terjatuh dengan bahu kanannya terhempas ke tanah dahulu. Anak malang ini mengadu kesakitan pada bahu kanannya.
Tipikal seperti ramai ibu bapa Malaysia, Si Bapa ini terus membawa anak malang ini pergi berurut. Bahu anaknya semakin sakit. Menjerit-jerit anak ini ketika bahunya diurut dengan ramuan minyak istimewa. Bahu yang asalnya tidak bengkak menjadi bengkak dan merah.
Atas desakan isterinya, bapa ini membawa anak mereka ke hospital. Apabila kami lihat, bahunya merah menyala & bengkak. Kondisi ini kami panggil sebagai Cellulitis.
Cara Ini Perlu Yang Perlu Dibuat
Xray menunjukkan ada kepatahan pada tulang tangan (humerus) anak malang ini. Kami tidak tahu patah ini disebabkan oleh jatuh atau sebab diurut.
Kami terpaksa memasukkan anak ini ke wad bagi rawatan antibiotik. Kepatahan itu kami cuma pasangkan anduh. Ye tuan-tuan, bukan semua perkara perlu dibedah.
Tuan-tuan, jika anda atau anak anda jatuh & sakit pada tangan, kaki atau sendi, perkara pertama yang perlu anda buat ialah letak AIS & bukannya pergi mengurut.
Mengurut boleh membuatkan sendi lebih bengkak, sakit lebih kuat & jika ada retak, boleh patah & teralih.
Gunakan Prinsip RICE tuan-tuan. RICE ni BUKANNYA NASI ye tuan. Ia adalah singkatan atau mnemonic untuk:
R (Rest) – rehatkan bahagian yang tercedera, boleh immobilise dengan simen, kalau di hutan, boleh guna batang kayu
I (Ice) – letakkan air batu (ais) 20 minit setiap 2 jam. InsyaAllah bengkak akan surut. Elakkan daripada meletakkan ais secara terus ke kulit (direct contact). Letakkan ais ke dalam plastik dahulu dan balut dengan kain nipis sebelum digunakan.
C (Compression) – Anda boleh balut dengan elastic bandage untuk mengurangkan bengkak. Namun berhati-hati, jangan terlalu ketat. Jika terlalu ketat, ia boleh menyebabkan tekanan pada peredaran darah dan saraf.
E (Elevation) – Anda perlu tinggikan bahagian yang tercedera. Boleh letakkan tangan atau kaki di atas bantal. InsyaAllah bengkak akan surut nanti.
Tuan-tuan, udah-udah ler berurut tu. Orang Malaysia ni suka sangat berurut, bukan sahaja yang di kampung, tapi golongan professional pun sama. Jika anak anda jatuh, saya harap anda buat RICE yang saya kongsi ni dan jika bengkak tidak surut, segera ke hospital dahulu untuk memastikan tulang tidak patah & sendi tidak teralih.
Kalau nak urut juga, saya tak boleh kata apa. “Ikut panda mung la” kata orang Tranung.
Mulai tahun 2019, tiada lagi peperiksaan untuk murid tahap 1 (tahun 1,2 dan 3) seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Menurut beliau, pemansuhan peperiksaan ini akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.
Selepas pengumuman yang dibuat oleh Dr Maszlee, rata-rata ibu bapa, pakar kanak-kanak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana beranggapan usia kanak-kanak tak perlu diberi tekanan dan harus belajar dalam keadaan yang seronok.
Bagaimanapun, ada juga dikalangan ibu bapa yang mencadangkan agar pembaharuan ini dikaji secara teliti agar dapat memberi manfaat pada semua kanak-kanak dan guru ke arah melahirkan generasi yang bijak pandai dan serba boleh.
Apa yang boleh dibuat oleh ibu bapa selepas ini, mereka boleh memfokuskan kepada pembentukan sahsiah diri untuk membina semangat jati diri yang cemerlang dan beradab apabila dewasa.
Dunia masa kini memang bergantung hampir sepenuhnya kepada gajet. Bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak juga dilihat semakin ketagih dengan peranti yang boleh membuatkan diri leka dan alpa.
Dalam satu perkongsian oleh Puan Wawa Shauqi menerusi akaun Facebook miliknya, menurutnya memang ada banyak kajian yang sudah membuktikan bahawa kesan ketagihan gajet adalah sama seperti ketagihan judi, arak dan rokok.
Tambahnya lagi kebergantungan pada benda yang kita ketagih akan menjadi sangat kuat terutama bila menghadapi tekanan.
KENAPA BILL GATES DAN STEVE JOBS TAK BAGI ANAK GAJET? Sedangkan mereka ini pereka gajet dan teknologi terbesar dunia. Bukan mereka je!
Owner syarikat teknologi pun ikut jejak langkah yang sama.Kalau bagi pun, mereka dah tetapkan umur tertentu je layak guna.
Mesti ada sebab yang menakutkan tentang gajet ni, sampai mereka bertindak macam tu!
Baca punya baca, rupanya memang ada banyak kajian dah membuktikan, yang ketagihan gajet, kesan dia sama macam ketagihan judi, arak dan rokok. Dopamin yang dikeluarkan otak sewaktu berjudi, merokok, dadah, adalah dopamin yang sama macam apa yang berlaku pada anak yang bermain gajet/ tv.
Menyebabkan kebergantungan kita pada benda yang kita ketagih tu sangat kuat, terutama bila kita menghadapi stres.
Bayangkan anak buka almari, ambil botol arak untuk diteguk isinya. Macam itulah perlu kita bayangkan waktu anak ambil telefon dan mula tonton berjam-jam lamanya.
Memanglah anak tu tak bawak kereta langgar orang. Tapi, ketagihan tv/ gajet ini tetap memberi kesan terhadap kefungsian akal dan tubuhnya.
ANTARA KESAN KETAGIHAN GAJET : 1) Anak kurang self control, impulsif dan instant gratification Pernah tak anak mintak sesuatu contohnya susu dan dia nak benda tu muncul segera waktu tu jugak? Itu adalah contoh instant gratification yang memberi kesan kepada behavior anak.
Aplikasi pada gajet melatih anak, nak sesuatu, tekan aje dari gajet. Jadi mereka tidak faham apa itu proses.
Lebih menyedihkan, masalah ini anak akan bawa sampai dewasa. Bayangkan bagaimana mereka nak bawa diri mereka sebagai orang dewasa untuk beradaptasi dengan dunia sebenar?
2. Tempoh fokus anak semakin berkurangan Memaksa anak duduk diam di dalam kelas atau fokus sewaktu kita mengajar menjadi usaha yang sangat sukar.
ini kerana anak telah dibiasakan dengan ransangan visual dan auditory yang meriah dari tv dan gajet.
3. Kemahiran berkomunikasi anak semakin merosot Kajian mendapati anak-anak zaman kini mengalami kesukaran untuk membina deep meaningful relationship dengan manusia.Baik di dalam rumah, mahupun di sekolah/ tempat kerja.
Apabila berlaku kecelaruan emosi, mereka mengalami kesukaran untuk minta bantuan orang dewasa.
Imbalance dopamin dalam otak, serta persaingan di media sosial turut menyumbang kepada kes-kes kemurungan di kalangan kanak-kanak dan remaja.
4. Anak mengalami global development delay. Kurang bergerak dan menggunakan anggota tubuh dengan aktif turut menyumbangkepada kelewatan perkembangan sensori dan motor tubuh anak-anak.
Menyebabkan kebergantungan anak terhadap orang dewasa untuk mengurus dirinya masih tinggi walaupun anak dah mula masuk sekolah
5. Semakin advance dengan pornografi. This is scary. Kajian oleh Malaysians Against Pornografi, 80% kanak-kanak 10-17 tahun pernah menonton pornografi. Yang mana kebanyakannya amat mudah diakses tanpa sempadan melalui telefon pintar.
Judi,
Arak,
Merokok
Semua ni ada had umur penggunaan. Tapi, bab penggunaan gajet/ tv, jarang sekali orang ambil peduli had penggunaannya. Sedangkan, semua ni adalah sangat highly addictive dan mengganggu kefungsian hidup penghidapnya.
Sedikit rokok, memberi keseronokan. Bila berlebihan, ia merbahaya. Begitu juga dengan tv dan gajet.
Sekali sekala, tidak menjadi masalah. Yang menjada masalah apabila penggunaannya tidak dikawal dengan baik.
Tak salah kalau nak berikan anak-anak gajet tapi kena hadkan penggunaan dan sering pantau setiap kali mereka bermain. Bill Gates dan Steve Jobs pun tak bagi anak mereka kerana mereka tahu kesan untuk anak-anak. jadi sebagai ibu bapa pastinya anda sendiri tahu apa yang terbaik untuk si kecil tersayang.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.