Rupanya ada teknik bercakap dan peluk anak supaya mereka ni mudah nak dengar nasihat kita.

Selama ini kita sebagai ibu bapa tentu selalu bercakap dan memeluk anak tetapi kita tidak tahu rupa-rupanya ada teknik yang betul melakukan hal tersebut mengikut jantina anak.
Rupanya Teknik Bercakap & Memeluk Anak Perlu Berbeza Ikut Jantina, Barulah Anak Dengar CakapPerkongsian berguna daripada Tadika Permata Raudah tentang kaedah Neuro Languistic Programme semasa berkomunikasi dan memeluk anak mengikut jantina lelaki dan perempuan supaya apa yang dinasihatkan lebih berkesan pada anak.
Saya nak kongsikan Teknik Bercakap & Memeluk Anak Menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)

1) Teknik bercakap dengan anak perempuan & lelaki

Dengan anak perempuan, kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula ‘memandang ke tengah antara kening’ tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak2 bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai2 saja, sambil makan2 petang. Ok kan?

IKLAN

Dengan anak lelaki pula, lebihkan percakapan kita ke aras ‘telinga kirinya’. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. insya Allah,  setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang-kadang kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.

Rupanya Teknik Bercakap & Memeluk Anak Perlu Berbeza Ikut Jantina, Barulah Anak Dengar Cakap 2) Teknik memeluk anak perempuan & lelaki

IKLAN

Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Saya tepuk dan gosok-gosokan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah,  dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila-bila. Best kan bila tahu tekniknya ni.

Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan saya tu. Ok kan? Kita gosok-gosoklah beberapa saat. Bagi lah se’das dua’ nasihat. Tak boleh cakap banyak-banyak pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau.

IKLAN

Insya Allah,  sama-sama kita hasilkan anak-anak yang mendengar kata.

Selamat mencuba Teknik Islamic NLP

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI