Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad mengakui tidak pernah menghalang kedua-dua anaknya,  Nayra Mikaila, 5, dan Layla Damita, 3, untuk terlibat dalam bidang seni.

Malah menurut pengacara yang kini memiliki syarikat produksi sendiri ini, dia sering bersikap terbuka jika minat dan kecenderungan anak-anaknya ke arah itu.

Seawal 5 Tahun, Nabil Dah Asah Bakat Anak.  Tak Kisah Jika Ikut Jejak Langkahnya

“Saya suka mendedahkan anak-anak kepada dunia luar untuk melihat perkembangan kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

IKLAN

“Setiap kali terlibat dengan program atau acara berkaitan kanak-kanak, saya sering membawa mereka bersama agar mereka belajar macam-macam perkara di luar.

“Ini kerana saya lihat anak-anak bila di rumah, mereka bukan main aktif dan mempunyai tahap keyakinan yang cukup tinggi, tetapi sebaliknya bila berada di luar di mana mereka lebih behave dan hanya menjadi pemerhati,” ujar Nabil.

IKLAN

Justeru sebagai bapa, Nabil yang juga merupakan pengacara program Ceria Megastar ini mahu melihat anak-anaknya lebih berkeyakinan dan berani mencuba sesuatu yang baru.

Seawal 5 Tahun, Nabil Dah Asah Bakat Anak.  Tak Kisah Jika Ikut Jejak Langkahnya

IKLAN

“Kalau mereka nak masuk apa-apa pertandingan yang berkaitan dengan bidang seni seperti nyanyian atau lakonan pun, saya tak kisah dan akan menyokong.

“Saya nak anak-anak explore bakat dan kebolehan yang mereka ada kerana saya tahu mereka mempunyai kelebihan itu,” katanya.

Sumber: Sinar Harian & instagram nabilzira

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI