Masuk kedai mainan jadi rambang mata nak beli semua. Sebelum beli mainan anak, ibu ayah kena baca dulu tips penting ini. Barulah beli mainan sesuai dengan usia anak.

Bila alat mainan sesuai dengan usia anak, barulah ia boleh bantu merangsang perkembangan minda dan kemahiran motor kasar dan halus si kecil. Itu pesan Terapis Carakerja, Puan Mahfuzah Zainol.

Alatan permainan yang membantu meningkatkan kemahiran dalam perkembangan kanak-kanak.

Saya nak kongsikan tips memilih permainan untuk kanak-kanak mengikut umur sebagai rangsangan.

Sebagai terapis carakerja dan juga seorang ibu, semestinya saya ada banyak permainan untuk bermain dengan klien dan juga anak-anak.

Pemilihan alatan dan jenis mainan seharusnya selari dengan perkembangan kanak-kanak (milestone).

Kebiasaannya, saya akan tinggikan sedikit level mainan jika peringkat semasa telah dicapai. Itu untuk rangsangan.

0 hingga 18 bulan

Untuk bawah 1 tahun, permainan yang sesuai ialah berbentuk rangsangan sensori.

Contohnya yang berwarna terang dan berbunyi.

Sebelum Beli Mainan Anak Baca Dulu Tips Dikongsi Terapis Carakerja Ini. Barulah Sesuai Dengan Usianya

Saiz haruslah besar kerana bayi pada peringkat ini mempunyai ‘sensory seeking’ di bahagian oral motor (sekitar mulut).

Sebab itulah selalu nak masukkan segalanya dalam mulut.

Saiz yang dicadangkan ialah palmar size, sebesar tapak tangan bayi untuk digenggam. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

IKLAN

Peringkat ini, kita nak ajar dia lihat, dengar, capai, sentuh, genggam dan seterusnya tekan.

Kemahiran lihat, dengar dan sentuh adalah sensori.

Kemahiran mencapai dan menggenggam adalah untuk ‘motor coordination’.

Kemahiran menekan ialah ‘precision skills’ dan merangsang ‘hand/finger strength’.

Alatan mainan :

– Teether (boleh digigit untuk ‘sensory seeking’ sekitar oral motor)
– Cermin
– Rattle
– Mainan tekan-tekan (cause and effect toys) – piano atau lampu
– Mainan berlampu untuk rangsangan visual
– Mainan berbunyi untuk rangsangan auditori
– Bola
– Soft toys
– Permainan beroda untuk rangsangan kemahiran berjalan
– Buih dan belon untuk rangsangan fokus dan ‘social appreciation’
– Stacking game.

18 bulan hingga 3 tahun

Peringat ini kanak-kanak sudah mula boleh berjalan dan bergerak sendiri.

IKLAN

Banyakkan permainan berbentuk fizikal sebagai rangsangan kemahiran motor.

Alatan permainan yang dibeli boleh merangkumi kemahiran motor kasar, motor halus, kognitif dan visual persepsi, sosial dan pengalaman sensori.

Kemahiran motor kasar :

Sebelum Beli Mainan Anak Baca Dulu Tips Dikongsi Terapis Carakerja Ini. Barulah Sesuai Dengan Usianya

– Bola (baling, sambut, sepak)
– Bean bag (baling dan sambut)
– Mainan panjang memanjat
– Trampoline untuk Melompat
– Basikal
– Balance board

Kemahiran motor halus :

Sebelum Beli Mainan Anak Baca Dulu Tips Dikongsi Terapis Carakerja Ini. Barulah Sesuai Dengan Usianya

IKLAN

– Blok. Susun menegak dan meniru bentuk.
– Penyepit (sebarang jenis penyepit untuk finger manipulation)
– Manik dan tali
– Pensel atau crayon! Main lukis bentuk.
– Gunting. Ajar pegang gunting dengan betul.
– Buku sticker
– Fishing game
– Pegboard / Geoboard
– Lacing

Kognitif :

Sebelum Beli Mainan Anak Baca Dulu Tips Dikongsi Terapis Carakerja Ini. Barulah Sesuai Dengan Usianya

– Matching game. Padankan objek yang sama atau warna yang sama. Start small. Exposure is very important.
– Lego atau apa sahaja constructive toys.
– Matching Puzzle
– Right brain game. Permainan yang melibatkan kemahiran persepsi visual, meniru dan menyusun gambar, mengingat gambar/objek.

Sensori :

– Play dough atau theraputty
– Pasir
– Tepung
– Air atau buih sabun
– Mainan berbentuk pengalaman sentuhan objek natural dari persekitaran.

Sosial / Pretend play :

Sebelum Beli Mainan Anak Baca Dulu Tips Dikongsi Terapis Carakerja Ini. Barulah Sesuai Dengan Usianya

– Set teapot (Hehe)
– Set masak-masak atau apa sahaja mainan yang boleh merangsang perlakuan sosial dan emosi
– Finger Puppet
– Set karaoke seperti microphone dan piano.
– Teddy bear / doll
– Turn taking games! Permainan yang membolehkan mereka belajar untuk menunggu giliran.

Mainan yang saya nyatakan tidak semestinya wajib benda itu, ibu bapa boleh guna kemahiran berfikir untuk membeli mainan yang mempunyai konsep yang sama seperti yang dinyatakan.

Saya sekadar memberi tips ringkas sahaja.

Semoga bermanfaat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI