Mesti ramai yang dapat mesej tentang keropok viral yang tidak halal di aplikasi Whatsapp baru-baru ini. 

Ibu ayah yang ada anak kecil mula risau dan bimbang kalau anak masing-masing terbeli keropok ini yang dikatakan dijual di ‘mini market’.

Kebanyakan kita terus membuat spekulasi negatif bila kisah keropok ini viral di alam maya. Macam-macam tanggapan dan tuduhan yang kita lemparkan dan mempersoalkan kenapa pihak berkuasa membiarkan keropok tidak halal ini dijual dengan mudah.

Sebelum macam-macam tuduhan kita buat, lebih baik dapatkan maklumat yang betul seperti dikongsi oleh Dr Aida Azmi Official, Pensyarah Kanan Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Awal-awal pagi ni saya menerima kiriman gambar-gambar potato chips di bawah (rujuk Foto 1 dan 2)…dikeluarkan oleh Tiger, salah satu pengeluar beer (arak) yang cukup dikenali…

Isunya, pastilah ramai yang tertanya-tanya tentang isu Halal produk ini…tambahan pula apabila ada ‘disclaimer’ di bahagian belakang produk yang mengatakan produk ini HANYA UNTUK NON-MUSLIM DAN BERUSIA 21 TAHUN KE ATAS…rujuk Foto 3..

Sebelum Ibu Ayah Risau Kisah Keropok Viral Tak Halal, Pensyarah Teknologi Makanan Ini Terangkan Cerita Sebenarnya

IKLAN

Jawapan saya ringkas…

Pengeluar tidak salah…tiada undang-undang yang mengatakan TIDAK BOLEH MENJUAL PRODUK MAKANAN YANG HARAM BAGI ORANG ISLAM (MUSLIM)…

Kewajipan mencari yang Halal itu adalah kefardhuan ke atas seorang insan yang mengaku Muslim…makanya, sebagai seorang pengguna, kita harus bijak memilih…

Belajar membaca label pada pembungkus makanan…ajarkan juga kepada anak-anak anda tentang kepetingan Logo Halal yang diiktiraf JAKIM…InsyaAllaah anda boleh bersandar kepada kredibiliti JAKIM sebagai pengeluar sijil Halal di Malaysia…

IKLAN

Bahkan, disebabkan anak saya sudah faham konsep Halal, saya terselamat daripada membeli jajan-jajan yang tiada logo Halal..seperti contoh, Kinder Bueno…dalam hati ,mama tarik nafas lega sebab dapst selamatkan duit ..(ini cerita 7-8tahun yang lalu…sekarang sudah ada logo halal daripada luar negara yang diiktiraf JAKIM…)

Namun, tidak dinafikan, ibu-ibu terutamanya merasa risau bagaimana jika anak-anak TERBELI produk-produk seperti ini?

Ada yang mencadangkan agar produk-produk yang TIDAK HALAL ini diletakkan di kawasan khas yang menempatkan produk-produk NON-HALAL…saya bersetuju dengan cadangan ini…sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko terbeli…

Untuk mendapatkan kepastian, maka saya bertanya kepada sahabat-sahabat yang aktif dalam bahagian persijilan Halal…

IKLAN

Jawapan yang diterima adalah, produk ini BUKAN UNTUK DIJUAL…benar ia boleh didapatkan di SPEEDMART, tapi hanyalah sebagai free gift jika membeli beer brand Tiger…anda boleh rujuk Foto 4..

Sebelum Ibu Ayah Risau Kisah Keropok Viral Tak Halal, Pensyarah Teknologi Makanan Ini Terangkan Cerita Sebenarnya

Jadi, buat semua pengguna MUSLIM, jadilah oengguna yang bijak…semak sebelum sebar…semoga kita semua dapat menjaga diri dan makan makanan yang Halal dan daripada sumber yang Halal juga…

Pesanan ikhlas,

Dr Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi
Pensyarah Kanan
Sains dan Teknologi Makanan
Fakulti Sains Gunaan
UiTM Shah Alam

Sumber: Dr Aida Azmi Official

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI