Ramai ibu ayah akan marah kalau anak bermain tanpa pakai kasut. Perbuatan berkaki ayam dianggap kotor dan menjijikan bagi sesetengah orang.

Sebelum anda marahkan si anak melakukan perbuatan tersebut, ketahuilah yang berkaki ayam (dalam situasi selamat_ adalah bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Sultan Azlan Shah mengingatkan ibu bapa supaya memahami perkembangan dan fungsi kaki kepada seorang kanak-kanak supaya dapat membantu mereka membesar dengan baik.

Kanak-kanak Berkaki Ayam?

“Jangan buka selipar tu!”, jerit si ibu tatkala melihat anak lelakinya berumur sekitar 3 tahun memanjat di taman permainan.

“Nanti kuman masuk.” Sambungnya lagi memberi penjelasan agar anaknya faham.

Ini bukan perkara yang baru. Malah bertahun lamanya, kanak-kanak diharapkan untuk memakai selipar/kasut yang bertujuan untuk melindungi kaki dari cedera atau luka, dan mahu mengelak penyakit-penyakit yang boleh datang melalui kaki daripada persekitaran.

Kanak-kanak akan menanggalkan kasut untuk melakukan aktiviti fizikal kerana di situ (kaki) mempunyai kualiti tertentu yang perlu dikuasai.

IKLAN

Kaki akan digunakan untuk mencengkam (grip) lantai untuk menjaga kekuatan dan keseimbangan badan.

Setiap bahagian kaki seperti jari kaki (toes), tumit (heel), tunggal (sole), ball dan sebagainya perlu didedahkan supaya sentuhan boleh dan senang berlaku.

Jari kaki akan berpeluang untuk meregang. ‘Arch’ kaki (bahagian melengkung) menjadi lebih kuat dan kukuh.

Otot kaki dan pinggang mempunyai julat pergerakan yang lebih besar atau luas. Ia membantu untuk menguatkan kaki dan meningkatkan body alignment. Ini adalah pertalian yang semulajadi jika kita berkaki ayam.

Dr. Kacie Flegal, pakar kanak-kanak membuktikan bahawa membiarkan kanak-kanak berkaki ayam (dalam keadaan tertentu) mempunyai hubungan yang kuat dengan perkembangan saraf dan otak yang optimal.

Kaki sangat kaya dengan saraf yang menyumbang kepada pembinaaan neurological pathway ke otak. Maka, memakaikan kanak-kanak dengan kasut bermaksud kita mengurangkan peluang mereka untuk merasai pengalaman menyentuh dan membantutkan perkembangan saraf yang baru (new neural connection) dan otot!

IKLAN

Berhenti Halang Anak Tak Pakai Kasut!

Benda yang paling merisaukan ibu bapa (dan guru) khususnya ialah kebimbangan mereka anak dihinggapi kuman jika tidak berkasut.

Rupa-rupanya, kulit kita dicipta khas untuk menghalang pathogen dari masuk ke badan. Reaksi yang selalu kita akan dapat seperti gatal-gatal selepas menyentuh sesuatu.

Kadang-kadang, kita terlalu berlebihan seperti memakaikan sarung tangan ketika main tanah, pegang daun, dan sebagainya. Aktiviti yang baik tapi sayangnya, cara kita bermain dengan aktiviti tersebut mengurangkan impak yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak.

Ramai juga takut jika kaki si kecil terluka. Guru apatah lagi, begitu risau jika ada kesan luka jika membuat aktiviti di luar. Takut nak menjawab dengan ibu bapa.

Sebelum Marah Anak Tak Pakai Kasut Ketahuilah, Berkaki Ayam Bagus Untuk Perkembangan Otak Mereka

IKLAN

Yang sebenarnya, apabila berkaki ayam kaki kita berpeluang untuk menjadi lebih kuat. Melainkan jika kita suruh anak-anak berjalan di kawasan pembinaan bangunan yang penuh dengan paku, maka ia terang-terangan amatlah berbahaya!

Memakaikan bayi atau kanak-kanak kecil sepasang kasut adalah lebih menyakitkan dan memudaratkan. Kita gembira bila anak yang baru melepasi tahap bertatih dan berjalan sedikit. Maka, kita teruja untuk belikan mereka kasut baru yang comel. Ada juga yang memakaikan kasut walaupun mereka baru tahu untuk meniarap!

Kaki harus berkembang dengan semulajadi. Bukan mengikut saiz dan bentuk kasut. Penggunaan kasut hanyalah membataskan pergerakkan kaki dan dalam jangka masa yang panjang ia memberi implikasi terhadap cara kita berjalan, keseimbangan badan, perkembangan deria (sensory) dan perkembangan memahami ruang (spatial development).

Jika kita masih terlalu risau tentang potensi bahaya yang mendatang, jadikan masa-masa tertentu sebagai rutin untuk menanggalkan kasut seperti ‘barefoot time’ atau ‘tippy-toe time’. Adakan dan pelbagaikan aktiviti yang memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menyentuh persekitaran dengan kaki. Jangan pula dipakaikan socks kepada si kecil.

Persekitaran kita ini meriah. Ada batu, air, tanah, rumput kering, pasir, lantai dan sebagainya. Kanak-kanak perlu melalui perasaan memijak dengan kaki mereka sendiri tanpa ada apa-apa halangan. Kalau di sekolah tiada persekitaran yang natural, ciptalah aktiviti yang berkaitan. Contohnya seperti sediakan bekas yang mempunyai tekstur yang berbeza untuk dipijak semasa bermain.

Berkaki ayam adalah benda yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Dunia tactile yang mengelilingi mereka adalah dunia yang menyeronokkan.

 Sumber: Hazhari Ismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI