Ada sesetengah pendapat kata tak boleh campur serbuk bilis dalam makanan bayi bawah umur 2 tahun kerana ia masih lagi mengandungi rasa masin daripada garam.

Bukankah perisa garam tak boleh diberi kepada bayi bawah usia itu maka kalau tambah serbuk bilis dalam makanan mereka sama sahajalah kaedahnya.

Jadi, sebenarnya boleh atau tidak? Tentu ramai ibu-ibu rasa keliru. Jom baca kupasan dan penjelasan oleh Dr Amalina Mohd Daud berkenaan hal ini. Semoga bermanfaat.

Sekarang ni tak berenti orang berkata. Kejap boleh bilis, kejap tak boleh bilis. Katanya no salt dan no sugar. Jadi kenapa pilih ikan bilis. Kan ada garam. Jadi saya terpanggil untuk buat kupasan secara ilmiah. Harap dapat membantu.

Pemprosesan

Di sesetengah negara bilis di makan begitu sahaja fresh tidak di keringkan. Jadi lepas tangkap mereka terus freeze je bilis.

Namun, untuk memastikan bilis boleh tahan lama ia dipreserve kan dengan

  1. Ditinkan dalam #oil –> ni saya belum pernah jumpa. Mungkin sebab kurang familiar. Saya agak macam tuna chunk dalam brine atau oil tu kut.
  2. Digaram dan dikeringkan –> Ini paling selalu jumpa

Bilis digaramkan dengan garam pada ratio garam:bilis = 1:4 semalaman. Kemudian dipresskan dalam kotak kayu pada suhu bilik selama 2 bulan. Proses ini masih mengekalkan nutrisi bilis dan selamat untuk dimakan berdasarkan kiraan bacteria yang sedikit. (Pubmed research).

Khasiat bilis

Kredit: Kitchen Journal with LOVE

Bilis sangat berkhasiat. Ia adalah makanan yang baik untuk pertumbuhan otak berdasarkan kandungan #omega 3. Jika tulang bilis tidak dibuang, bilis mempunyai kandungan protein dan zat besi yang tinggi.

Namun isunya di sini bolehkah bilis / serbuk bilis diberi pada bayi kurang 2 tahun? Kerana kebanyakan bilis yang kita temui adalah dari jenis dikering dan digaramkan.

Paling ideal sekali, pilih bilis yang fresh. Pilihan pertama di mana bilis difrozenkan dan dibawa ke pelanggan. Namun harganya agak mahal kerana kos tinggi diperlukan untuk menjaga #cold_chain.

Kedua paling ideal, pilih bilis yang direndam dalam oil. Bila membeli, toskan dan rendamkan bilis pada susu. Kos pun tinggi.

Dan pilihan yang paling praktikal adalah makan bilis kering yang selalu kita jumpa. Boleh sebenarnya nak beri bayi makan bilis kering.

Namun, pilih bilis dari kualiti #yang_tinggi. Bilis kualiti tinggi mempunyai kandungan garam yang lebih rendah. Dan pastikan bilis itu #direndam air dan ditukar tukar air sampai bilis tidak terasa masin.

Rendaman dalam air melarutkan garam di dalam bilis dipanggil proses diffusion. Sebab tu kena rendam dan tukar air berulang kali sampai tak terasa masin airnya. Bererti kandungan garam sudah hilang

Cara penyediaan bilis untuk bayi

Kredit: ig Hanis Zalikha

Sangai tanpa minyak di atas api dan jadikan ia serbuk.

Atau boleh beli serbuk bilis di pasaran. Namun pastikan mereka mengambil bilis dari gred yang tinggi. Pastikan mereka rendam dan tukar air banyak kali.

Mungkin mindset kena ubah. Bilis bukan dibeli sebagai penambah rasa pada makanan bayi. Bilis kita beri pada bayi kurang 2 tahun kerana #khasiatnya. Sumber omega 3 yang MURAH. Sumber protein, kalsium dan zat besi yang sangat tinggi.

Bilis selamat untuk bayi jika dari kualiti yang tinggi dan direndam banyak kali untuk hilangkan masinnya.

Sumber: Amalina Mohd Daud.

Tinggalkan Komen