Muslim mother and son relaxing at the home

 

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Latihan berpuasa boleh dilakukan seawal usia lima tahun. Tapi bagaimanakah impaknya kepada kesihatan mereka

Menurut Dr Roliza Ibrahim, Pakar Pediatrik, Avisena Specialist Hospital Shah Alam, puasa memberikan pelbagai impak positif kepada kesihatan tubuh. Antaranya ialah membuang toksin walau pun di dalam badan kanak-kanak paras toksin mungkin tidak sebanyak orang dewasa. Namun, ada antara ibu bapa yang berasa gusar apabila anak-anak berpuasa kerana bimbang kesihatan mereka akan merosot apabila berat badan menurun.

Sebenarnya Umur Berapa Anak Boleh Mula Puasa Dari Segi Kesihatan? Ini Komen Pakar Pediatrik
Elakkan memaksa tetapi berikan galakan. Jangan sindir atau salahkan mereka pada usia yang masih kecil.

USIA BERAPA BOLEH MULA PUASA?

Sebaik-baiknya anak boleh berpuasa penuh pada usia tujuh tahun kanak-kanak kerana keupayaan fizikal kanak-kanak yang semakin kuat dan baik. Bagaimana pun, jika anak yang berumur lima hingga enam tahun yang berminat untuk berpuasa sudah boleh dilatih daripada awal.

Asalkan mereka mempunyai tubuh badan yang sihat dan ingin berpuasa dengan rela hati tanpa paksaan. Tapi, anda perlu memastikan si kecil mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan mencukupi semasa sahur dan berbuka.

Walau apa pun, anak perlu dilatih awal untuk berpuasa supaya tidak timbul masalah untuk berpuasa apabila akil baligh. Boleh mulakan dengan puasa setengah hari terlebih dahulu untuk membantu si anak menyesuaikan diri dengan rutin berpuasa di bulan Ramadan.

TURUN BERAT BADAN

Bagi kanak-kanak yang berpuasa, turun berat badan adalah keadaan biasa. Ini kerana semasa berpuasa, badan akan menghadapi defisit kalori di mana badan akan membakar lemak pada tubuh.  Selain defisit kalori, badan si manja juga akan mengalami dehidrasi semasa berpuasa. Dua faktor ini menjadi menyumbang kepada penurunan berat badan mereka.

IKLAN

Oleh itu, ada di kalangan si manja yang akan kelihatan lebih kurus selepas berpuasa beberapa minggu, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang obes atau berlebihan berat badan.Namun anda tidak perlu khuatir mengenai hal ini tidak memudaratkan kesihatan si kecil.

Sebenarnya Umur Berapa Anak Boleh Mula Puasa Dari Segi Kesihatan? Ini Komen Pakar Pediatrik

 

MAKAN KURMA DAHULU

Anda perlu memastikan si kecil mengambil makanan dan minuman yang seimbang semasa berbuka dan bersahur. Semasa berbuka, pastikan si manja mengambil makanan yang mempunyai kandungan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak dan serat.

Seboleh-bolehnya elakkan makanan yang tidak terlalu manis untuk berbuka puasa. Ajar anak daripada awal untuk memakan kurma semasa berbuka dan bukannya makanan manis atau nasi untuk memastikan kenaikan paras gula dalam darah yang terlalu laju sejurus selepas berbuka. Selepas memakan kurma, kemudian barulah sajian lain boleh diambil.

IKLAN

Sebenarnya Umur Berapa Anak Boleh Mula Puasa Dari Segi Kesihatan? Ini Komen Pakar Pediatrik

MINUM AIR MENCUKUPI

Bagi mengelakkan si kecil menghadapi masalah kurang air dalam badan atau dehidrasi, anda perlu memastikan pengambilan air yang mencukupi. Semasa berbuka, kawal anak daripada meminum air bergelas-gelas sebaliknya minum sekadar untuk membasahkan tekak sahaja. Biar mereka makan makanan berbuka dahulu. Ini kerana apabila minum banyak air, perut akan cepat kenyang sedangkan makanan yang mengandungi nutrien perlu diambil belum lagi dijamah. Sajian seperti masak lemak jga disarankan untuk kanak-kanak yang mempunyai berat badan rendah atau normal.

Kanak-kanak boleh mengambil snek malam (moreh) sebelum tidur untuk menampung keperluan kalori mereka.

MESTI SAHUR & MAKAN SEIMBANG

Bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum, pengambilan makanan yang seimbang dan minuman yang mencukupi akan membantu si kecil sihat ketika berpuasa disepanjang bulan Ramadan. Pastikan mereka mengambil hidangan sahur yang mengenyangkan dan seimbang untuk memastikan fungsi tubuh berada di tahap yang baik ketika berpuasa di siang harinya. Air kosong juga perlu diambil untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengelakkan strok haba.

Sebenarnya Umur Berapa Anak Boleh Mula Puasa Dari Segi Kesihatan? Ini Komen Pakar Pediatrik

IKLAN

PANTAU AKTIVITI ANAK

Selain pemakanan, untuk memastikan kesihatan anak sentiasa di tahap optimum ketika berpuasa anda perlu memantau aktiviti anak. Elakkan anak daripada melakukan aktiviti berat, berpeluh, bermain di bawah sinaran cahaya matahari.

Jangan terlalu bertegas dengan anak yang masih kecil dengan memaksa mereka berpuasa walau pun mereka tidak mampu. Sekiranya anda mendapati anak lembik dan tidak bermaya, suruhlah mereka berbuka puasa. Anak-anak kecil yang sakit juga tidak perlu dipaksa berpuasa kerana bimbang ia boleh membawa kemudaratan. Usahakan untuk berbuka awal dan sahur ketika hampir dengan waktu imsak.

Sebenarnya Umur Berapa Anak Boleh Mula Puasa Dari Segi Kesihatan? Ini Komen Pakar Pediatrik

 

GALAKAN

Anda boleh menggalakkan si manja berpuasa dengan menceritakan sebab puasa ialah ibadah kepada Allah. Ia juga baik kepada tubuh seperti memberikan rehat kepada perut, detoks dan sebagainya. Wujudkan suasana yang menyeronokkan kepada mereka seperti memberikan ganjaran hidangan berbuka kegemaran atau berbuka puasa di luar sekiranya mereka berjaya puasa penuh. Elakkan daripada memberikan ganjaran berbentuk material atau wang kerana bimbang niat puasa lari daripada tujuan asal sebagai ibadah kepada Allah

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI