Wajah tenang dan senyuman manis yang sering dilemparkan oleh YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ramai yang selesa dengannya.

Ahli politik berwajah cantik ini sentiasa mendapat perhatian daripada para penyokongnya.

Baru dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Ke-14, Nurul, 38, ini ternyata bukan sahaja seorang ahli politik yang bijak dan tegas dengan prinsipnya sejak menyertai dunia politik 20 tahun lalu namun juga seorang ibu yang penyayang pada dua orang anaknya, Safiyah dan Harith.

Penampilan Puteri Reformasi ini yang tak pernah berubah sejak dulu setia dan manis menutup aurat dengan tudung bawal mungkin menjadi daya tarikan ramai yang selesa dengan keramahan Yang Berhormat ini.

Perjalanannya untuk mengecap kejayaan dalam bidang politik penuh liku dan onak berduri. Tentu sahaja banyak masa dan tenaganya dicurahkan kepada rakyat yang menyokongnya sehingga terpaksa membahagikan masa dengan anak-anak.

Perkongsian beliau tentang harga sebuah kejayaan dengan anaknya Harith di Instagram peribadinya selepas berjaya dalam PRU14 kelmarin menerima banyak komen positif daripada netizen.

Anakku, setiap kejayaan datang dengan sebuah harga. Tak pernah tanpa pengorbanan, dan jangan sekali-kali tanpa tujuan yang lebih tinggi. Di sini, di tanah air kita, jangan lupa dari mana asal kita, dan di mana sahaja kita pergi, kita jangan kehilangan utara kita yang sebenarnya. Mama sayang kamu. 

Begitulah pesanan ikhlas daripada seorang ibu kepada si anak yang mahu anaknya sentiasa cinta akan tanahair tercinta serta tempat di mana mereka semua berasal.

Nurul Izzah sememangnya antara ahli politik yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarganya dan sering bersama-sama di dalam kempen sebelum PRU14 lalu.

Ramai follower Instagramnya mengucapkan tahniah dan kesyukuran di atas kejayaan wanita berhati kental dan tabah ini. Rata-rata kagum dengan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini yang dianggap sebagai pejuang sebenar dan ‘beauty with brain’.

United at last. Anwaristas reporting for duty ❤️#six #siblings

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on

Semoga YB Nurul Izzah dapat terus mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara apabila dia dilantik pula sebagai salah seorang menteri dalam barisan kabinet kerajaan baru Malaysia.

Sumber: Instagram Nurul Izzah


Tinggalkan Komen