Melahirkan anak ibarat ke medan perang bertarung nyawa demi sebuah kehidupan. Begitulah pengorbanan seorang wanita melahirkan seorang zuriat kurniaan Allah. Pelbagai dugaan yang harus ditempuh bukan sahaja ketika melahirkan, malah ada juga yang sudah diduga ketika masih hamil lagi.

Berkongsi satu detik cemas seorang wanita yang melahirkan anak pramatang secara pembedahan yang akhirnya meragut nyawa sang ibu membuatkan Dr Redza Zainol terpanggil untuk menitipkan pesan buat para suami supaya lebih menghargai isteri terutamanya ketika sedang hamil.

“Selagi Ada Peluang, Hargailah Isteri Lebih-lebih Lagi Ketika Sedang Hamil,” Doktor Kongsi Detik Cemas Ibu Lahirkan Bayi Pramatang

Menurut doktor ini, Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.

Ikuti perkongsian beliau:

Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.

“O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone.
Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”

“Caesar di Red Zone?”

Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat.

Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.

Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!”

Saya macam tak percaya.

Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.

Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera. Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.

“Selagi Ada Peluang, Hargailah Isteri Lebih-lebih Lagi Ketika Sedang Hamil,” Doktor Kongsi Detik Cemas Ibu Lahirkan Bayi Pramatang

Ads

Baca: Bila Mengandung Semua Jeans Tak Muat. Zahirah Macwilson Ajar Teknik Pakai Jeans Bila Hamil. Comel Je!

Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.

Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital. Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.

Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.

Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.

3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.

Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.

Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.

Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.

Ads

Antara contoh layanan baik pada isteri:

✔️ Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung.
– Penyakit apa yang dihadapi.
– Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari.
– Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri.

✔️ Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik kesihatan.
– Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri.
– Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami.

✔️ Ambil alih kerja-kerja di rumah.
– Termasuk jagakan anak-anak yang lain.
– Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih.

“Selagi Ada Peluang, Hargailah Isteri Lebih-lebih Lagi Ketika Sedang Hamil,” Doktor Kongsi Detik Cemas Ibu Lahirkan Bayi Pramatang

✔️ Jadi pendengar yang baik.
– Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit.

✔️ Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri.
– Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah.
– Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri.

✔️ Mengurut pinggang dan kaki isteri.

Ads

✔️ Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari walaupun bentuk badannya dah banyak berubah.

Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya.

Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.

Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada pasangan suami isteri yang lain. Moga ada yang dapat manfaatnya.

Sumber: Redza Zainol

Baca: “Sayang, Pimpin Daddy Mummy dan Kakak Nanti Di Syurga,” Syafiqah Aina Keguguran Selepas Seminggu Beri Kejutan Pada Suami

“Selagi Ada Peluang, Hargailah Isteri Lebih-lebih Lagi Ketika Sedang Hamil,” Doktor Kongsi Detik Cemas Ibu Lahirkan Bayi Pramatang

EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA

Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

“Selagi Ada Peluang, Hargailah Isteri Lebih-lebih Lagi Ketika Sedang Hamil,” Doktor Kongsi Detik Cemas Ibu Lahirkan Bayi Pramatang

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI