Tanpa sedar atau mungkin tak tahu, ramai ibu menyebabkan ‘sugar rush’ dalam badan anak bertambah. Sebenarnya makanan tinggi gula berlebihan boleh membuatkan anak jadi ketagih, mudah jatuh sakit dan hilang selera makan.

Apa kesannya bila ‘sugar rush’dalam badan anak bertambah? Biasanya kanak-kanak ini akan menjadi terlalu bertenaga dan sukar untuk memberi fokus pada sesuatu kerana kenaikan kadar gula dalam darah dengan cepat. Jika makan manis berlebihan sebelum waktu tidur dia akan menjadi lebih sukar untuk tidur.

Niat si ibu untuk menyediakan anak sarapan pagi yang ringkas dan mudah serta berkhasiat rupanya bertukar menjadi punca banyak penyakit serta perubahan tingkah laku anak yang sukar dikawal.

Jadi penting sebagai ibu untuk kita mencari maklumat yang betul supaya dapat memberikan makanan yang betul-betul sihat dan berkhasiat kepada si kecil. Perkongsian maklumat yang ditulis oleh Dr Mazliana Mazlan ini diharap boleh menjadi panduan bermanfaat kepada semua ibu bapa.

Selain Bertambah ‘Sugar Rush’ Dalam Badan, Doktor Ini Kata Makanan Tinggi Gula Berlebihan Buat Anak Jadi Ketagih!

IKLAN

Ketagih Gula

Pagi-pagi kita bagi anak makan apa?
Nak cepat, letak roti enak dimakan begitu saja disapu dengan spread coklat hazelnut.
Makan bijirin sarapan ‘sihat’ dengan susu pun tak lama mana nak siapkan.
Dihidangkan lagi dengan minuman bertenaga sihat dan kuat.
Petang sikit makan aiskrim, coklat, jajan, biskut. Apa lagi?
Malam ada pulak kek berkrim yang manis. Minum susu kultur pun sedap jugak.
Bertambah-tambah sugar rush dalam badan anak setiap hari dan berulang.

Bila anak sakit, datang bawak jumpa doktor cakap lambat baik, anak tak suka makan nasi, suka makan manis saja, suka makanan proses taknak real food, mintak vitamin nak bagi anak ada selera makan.

Dah kalau gini gayanya, beri jap 3 sebab kenapa Ummi tak perlu berleter bila ada pesakit macam ni? Haih.

IKLAN

Gula dan ketagihan.

Ketagihan dan hormon dopamin.
Ummi cerita secara ringkas saja boleh ya?

Di otak ada satu bahagian yang kita panggil reward center. Apa-apa yang sampai ke sana, akan berikan rasa gembira buat seseorang.

Gula diambil, terkena pulak reward center makanya hormon gembira dopamin akan dihasilkan. Sama juga konsepnya yang berlaku apabila dadah dan alkohol diambil. Rasa high gitu.

IKLAN

Rasa gembira tadi akan turun sedikit demi sedikit asbab penurunan hormon dopamin. Tapi badan tetap nak rasa gembira berlarutan, makanya bermulalah siri ketagihan untuk up kan lagi hormon dopamin dengan makanan bergula.

Begitulah ceritanya. Jelas ya?
“Saya tak bagi makanan manis kat anak. Ada gula sikit-sikit saja.”
Anda pasti?
Tengok balik segala makanan proses, minuman proses, jajan, roti, biskut, coklat, kek dan sebagainya.
Ummi sangat yakin, gula berada samada di tangga emas, perak atau gangsa di setiap label bahan ramuan.
Dalam masakan kat rumah pun. Jangan ingat dalam sos dan kicap tiada gula ya.
Untuk anak-anak, ingat ya maksimum gula tambahan untuk mereka hanya 3 sudu kecil sahaja!

Sumber: Mazliana Mazlan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI