Seringkali gula menjadi satu- satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan anak- anak aktif dan sukar di kawal. Namun tahukah anda, makanan lain juga memberikan kesan buruk kepada kelakuan anak- anak syurga kita.

Mungkin sebelum ini ibu tahu tapi kurang diberi penekanan. Kadang kala disebabkan campuran beberapa kandungan ini dalam pemakanan anak, ibu seolah-olah pejam mata kerana ia antara salah satu makanan kesukaan anak-anak.

Berikut antara yang perlu ibu bapa ambil tahu:

Produk tenusu

Bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.

Selain Gula Penyebab Anak Terlalu Aktif, 4 Makanan Ini Boleh Ganggu Mood Anak

IKLAN

Pewarna tiruan

Tidak ramai yang tahu pewarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactive dan perubahan tabiat. Kebanyakkan ibubapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata- mata. Hati- hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti, susu kultur dan biskut.

Gula

Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang seperti diabetis, obesiti dan sebagainya.

IKLAN

Selain Gula Penyebab Anak Terlalu Aktif, 4 Makanan Ini Boleh Ganggu Mood Anak

Bahan pengawet

Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur pada anak.

Bahan pengawet seperti formalin, kalsium benzoat, sulfur dioksida, kalium asetat, asam sorbat digunakan secara meluas terutama dalam makanan ringan kanak- kanak. Jadi ibu- ibu tolong bagi perhatian pada apa yang anak anda makan.

IKLAN

Selain Gula Penyebab Anak Terlalu Aktif, 4 Makanan Ini Boleh Ganggu Mood Anak

Bahan perasa

Jika anak anda suka makanan ringan, fast food maka kemungkinan besar anak anda telah memakan sejumlah MSG yang tinggi. MSG, atau monosodium glutamat adalah penyedap makanan yang telah digunakan di seluruh dunia. Namun, mengambil MSG dalam jumlah berlebihan dapat merosakkan kesihatan anak anda. Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactive kepada kanak kanak.

Jadi pastikan setiap makanan yang dimakan oleh anak tidak mengandungi 5 item di atas dengan kerap. Kurangkan atau tidak diberi lansung lagi bagus. Bertukarlah kepada snek sihat dan kalau boleh biarlah homemade oleh ibu tersayang.

Sumber: Aminah Hussain

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI