Adakah anda selalu melarang anak menangis? Perbuatan itu hanya akan membuatkan  stress dan suka mengamuk. Sebenarnya bila kerap sangat melarang anak menangis ia boleh mengganggu emosi anak dan si kecil akan lebih tertekan.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak, melarang anak menangis memang boleh tetapi sebelum dilarang, sebaiknya pertimbangkan beberapa faktor iaitu berapa usia anak, apa punca anak menangis dan cara yang betul untuk menyuruh anak berhenti menangi. Tahukah anda tentang kesan bahaya kalau selalu melarang anak menangis?

Contohnya kalau bayi yang masih belum boleh bercakap, menangis adalah salah satu caranya untuk berkomunikas. Setiap bunyi tangisan bayi ada maksudnya yang tersendiri seperti sakit, lapar, dahaga, tak selesa dan sebagainya.

Selalu Larang Anak Menangis Hanya Akan Buat Dia Stress Dan Akhirnya Suka Mengamuk

Begitu juga dengan si kecil yang kemampuan bercakapnya masih terbatas. Sudah tentu melalui tangisan sahaja dia dapat meluahkan perasaan kecewa, marah, letih dan sebagainya.

IKLAN

Sebenarnya kanak-kanak membesar dengan kemampuan untuk mengawal emosi dan mempunyai rasa empati yang sangat baik pada orang lain. Oleh itu penting untuk ibu ayah memberikan kesempatan pada anak untuk meluahkan emosinya terlebih dahulu iaitu membenarkan dia menangis sehingga dia akan merasa perasaannya diterima dan juga difahami oleh orang lain.

Punca Anak Kuat Mengamuk

Sekiranya ibu ayah terus melarang anak ketika dia menangis terutama pada usia kanak-kanak, si kecil akan terus-menerus menahan emosinya. Akibatnya anak akhirnya tidak dapat mengenali emosinya dan membuatkan mereka merasa tidak difahami.

IKLAN

Oleh kerana tidak dapat meluahkan perasaannya dan merasa tidak difahami oleh orang sekeliling, akhirnya anak akan menyimpan perasaan emosi yang negatif. Cara betul untuk meluahkan perasaan dan emosi juga tidak difahami oleh anak.

Akibatnya perasaan tersebut terus berkumpul dalam dirinya sendiri sehingga akhirnya menyebabkan tingkah laku yang negatif seperti mengamuk, berguling, menjerit, memukul dan lain-lain lagi.

Selalu Larang Anak Menangis Hanya Akan Buat Dia Stress Dan Akhirnya Suka Mengamuk

IKLAN

Perasaan yang tidak difahami tersebut membuatkan anak juga tidak boleh belajar cara untuk memahami dan berempati pada orang lain. Selain dari itu perbuatan ibu ayah yang gemar mengejek anak yang kuat menangis dengan gelaran seperti “gembeng”, “kememeh”, “cengeng” dan sebagainya adalah perbuatan yang salah dan tidak akan menyelesaikan masalah.

Ini hanya akan membuatkan anak terus rasa rendah diri dan percaya dirinya seorang anak yang kuat menangis. Tingkah laku tersebut juga akan diulang-ulang kerana anak merasakan itulah dirinya.

Terbuktilah betapa bahayanya kalau selalu melarang anak meluahkan perasaannya melalui tangisan. Bila anak menangis, biarkan dia meluahkan emosinya terlebih dahulu. Bila sudah tenang barulah anda memujuknya dengan sabar dan belaian kasih sayang.

Sumber: tipsanakbayi.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI