Video mengucapkan ‘Selamat Poso Belako’ dari Fatimah dan Ali yang dimuat naik dalam Instagram The Family UK semalam mendapat banyak reaksi daripada netizen.

Si comel Fatimah, 4,  seperti biasa akan ditemani oleh adiknya Ali, 2 tahun setengah membuat ucapan “Selamat Poso Belako” (Selamat Puasa Semua) dalam dialek Kelantan.

Lucunya bila si cilik yang digelar panggilan ‘Timoh’ oleh netizen menerangkan maksud perkataan poso dalam dialek Kelantan dan ‘fast’ dalam Bahasa Inggeris.

Kemudian Fatimah menerangkan maksud ‘fast’ (bukan cepat) adalah berpuasa iaitu tak boleh makan dan minum sampai maghrib.

 

Marhaban Ya Ramadhan! We are so blessed to be able to see this month again. May this month of forgiveness be filled with happiness! May God shine mercy on our sins and grant all our wishes. May our families be kept in the protection of God, but most of all, may the month be filled with joy and God’s blessings! And of course, may God accept our fasts, prayers and all of our good deeds. Ramadhan Mubarak!✨ . Also, let’s not forget, when we are in the comfort of our homes, our brothers and sisters in Palestine, Syria and some part of the world are suffering. May God ease their pain and end all conflict. May peace be restored and may this holy month of Ramadhan see the end of their sufferings. Ameen…? #thefamilydotuk ©

A post shared by The Family UK ?? (@thefamily.uk) on

Sesiapa yang biasa menyaksikan gelagat dua beradik ini mesti maklum dengan gelagat Ali yang suka membuat lawak jenaka.

Di akhir video tersebut, Ali tidak ketinggalam mahu mengucapkan selamat berpuasa juga namun lucunya bila dia membuat pesanan “Sek kito jange poso belako” (Geng kita jangan puasa semua).

Ramai netizen rasa terhibur dengan pesanan lucu dari Ali.

IKLAN

Beri Ucapan ‘Selamat Poso Belako’, Ramai Netizen Kagum Dengan Fatimah Dan Ali Yang Bijak Bercakap

Beri Ucapan ‘Selamat Poso Belako’, Ramai Netizen Kagum Dengan Fatimah Dan Ali Yang Bijak Bercakap

Beri Ucapan ‘Selamat Poso Belako’, Ramai Netizen Kagum Dengan Fatimah Dan Ali Yang Bijak Bercakap

Nampaknya Ali memang tahu dalam usianya yang masih kecil tak diwajibkan berpuasa lagi. Apatah lagi tempoh berpuasa di UK pada tahun ini adalah 18 jam 23 minit.

IKLAN

Ali Protege Fatimah

Rata-rata mengakui memang geram dengan keletah dua beradik yang bijak dan cute ini.  Fatimah dan Ali sememangnya pencetus fenomena sebagai kanak-kanak terkenal di media sosial.

Beri Ucapan ‘Selamat Poso Belako’, Ramai Netizen Kagum Dengan Fatimah Dan Ali Yang Bijak Bercakap

Bahkan Fatimah turut mempunyai rancangannya sendiri di laman Instagram iaitu ‘The Fatimah Show’ yang sentiasa dinantikan oleh peminatnya.

IKLAN
Beri Ucapan ‘Selamat Poso Belako’, Ramai Netizen Kagum Dengan Fatimah Dan Ali Yang Bijak Bercakap
Fatimah yang bijak

Bahkan rancangan tersebut turut mendapat sokongan daripada beberapa selebriti seperti Diana Danielle dan Mat Dan.

Telatah adik Fatimah yang selalu meniru apa yang dibuat oleh kakaknya jelas membuktikan betapa kuatnya bonding dua beradik ini. Jarang nampak mereka bergaduh. Agaknya apa rahsia ibu ayah mereka didik keduanya saling sayang menyayang.

Nampaknya kasih sayang dan bonding yang kuat antara keduanya menjadi faktor utama mengapa Ali petah bercakap dan memberikan ideanya walaupun baru berusia dua tahun lebih.

This is Fatimah and Ali’s normal routine after their bath time in the evening. Ali will sit down and wants Fatimah to brush his hair. Ali always wants to be pampered and loves all the attention from Fatimah. And Fatimah will always brush Ali’s hair first, then only will she brush her own hair. No matter what, she always puts her lil brother as her first priority! . Dear Ali, Always remember how much love your elder sister, Fatimah has showered upon you. From day one when you were born, she has always cared for you even though she was only 1 and a half years old at the time. . Dear Fatimah, Thank you for being such a mature and responsible big sister to your brother, Ali. Your love for him is priceless. You’re truly a Princess with a Big Heart! . Dear God, Please protect the hearts of our children and make them love one another till their last breath. And may the love that they have for one another unite them again in the highest place of Your Heaven. . #PricelessMoment ♥️ #thefamilydotuk ©

A post shared by The Family UK ?? (@thefamily.uk) on

Pa&Ma doakan semoga Fatimah dan Ali terus membesar sebagai anak yang bijak dan berjaya dunia dan akhirat.

Sumber: Instagram The Family UK

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI