Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan ibu dan ayah apabila selepas 14 tahun baru dikurniakan anak. Terlalu bersyukur, gembira, sebak, teruja dan segala perasaan bercampur-baur.

Setiap pasangan yang berumahtangga sudah tentu mahukan kehadiran anak dalam hidup mereka. Tapi tak semua bernasib baik dikurniakan anak dengan mudah. Ada yang memang tunggu berbelas bahkan ada sampai berpuluh tahun untuk saat bahagia itu.

Perjalanan sebelum bergelar ibu ayah sangat pedih dan perit dilalui yang hanya Allah sahaja mengetahui bagaimana rasanya.

Jadi bila segala usaha dan doa sudah dilakukan dan Allah Yang Maha Pemurah mengurniakan anak, rasa terujanya mengatasi segala kegembiraan yang lain.

Coretan Khairul Hakimin Muhammad yang turut rasa gembira dan teruja sebaik mendapat perkhabaran gembira seorang sahabat yang menunggu kehadiran anak selama 14 tahun boleh dijadikan inspirasi dan ikutan oleh pasangan suami isteri lain yang masih menanti cahaya mata dalam hidup mereka.

Pagi-pagi ini dapat berita dari kawan lama yang beliau baru dikurniakan anak. Rasa syahdu pula.

Beliau dan isteri menutup semua akaun sosial media selepas beberapa tahun berkahwin kerana tak tahan melihat wajah-wajah bayi yang dimuat naik. Kemudiannya juga mengundurkan diri dari kami (kawan-kawan) dan sentiasa beri alasan tak mahu berjumpa.

Kami faham yang beliau ada sedikit perasaan sedih apabila ditanya tentang anak. Peringkat awal berkahwin, perkara itu jadi bahan lawak lucah. Namun apabila sudah bertahun, ia tak lagi jadi jenaka. Ia sebuah keperitan yang ditanggung sesama suami isteri itu.

Jujurnya, isteri beliau 6 tahun lebih tua dari beliau. Dan ini adalah tahun ke-14 beliau melayari rumah tangga.

Dapat seorang bayi lelaki awal subuh tadi, dan beliau mesej saya,

“Khairul, baby boy. Alhamdulillah. Penantian 14 tahun berakhir hari ini. Doakan baby dan isteri sihat.”

Selepas 14 Tahun Baru Dikurniakan Anak, Ayah Ini Kongsi Usaha Yang Dilakukan Dengan Izin Allah

Buat Amalan Disaran Ustaz

IKLAN

Bayangkan, beliau sebaya saya, 37 tahun. Isterinya 43 tahun. Saya terus telefon dia, dan kami bersembang tentang apa yang saya ceritakan tentang pesanan seorang ustaz semasa kami menunaikan umrah pada tahun 2011.

Ustaz itu cakap,

1. Sebelum berdoa nak meminta dari Allah, pastikan bertaubat dahulu. Sentiasa istighfar dan memohon dari Allah dihapuskan segala dosa, memohon keampunan sesungguhnya.

2. Sesudah itu, buat solat hajat sebanyak-banyaknya.

3. Dalam sujud yang terakhir, doa spesifik begini:

Ya Allah, kurniakan aku anak perempuan / anak lelaki yang boleh aku didik supaya menjadi anak yang soleh / solehah.

Tak disarankan berdoa Ya Allah kurniakan aku anak yang bijak, anak yang baik, anak yang soleh bla bla bla. Kena ingat, kita hamba yang banyak berdosa, untuk Allah beri semuanya dalam bentuk kesempurnaan, kena tanya diri semula.

IKLAN

Jadi minta sesuatu yang kita perlu, bukan kita mahu. Bab didikan, bijak dan pandai, kita yang kena didik. Tugas kita.

Dalam doa, terus cakap nak anak apa, perempuan, lelaki semua cakap ja.

4. Banyak-banyak memberi. Sedekah, hadiah, kudrat tenaga. Ada orang datang ke meja jual, beli atau sumbang sedikit, nampak orang menadah tangan, beri, nampak tabung, isi.

5. Sola dhuha tak boleh tinggal. Itu punca berjumpanya kita kepada banyaknya pintu rezeki, juga rezeki dapat anak.

6. Berbuat baik dengan ibu bapa. Yang ini kena sampai ke tahap puaskan hati mereka. Bantu sedaya mungkin.

7. Beri nafkah kepada isteri walau dia bekerja walau dia berduit. Tak boleh banyak, beri sedikit. Itu adalah kunci kepada keberkatan rumah tangga.

Kami pun suami isteri berusaha ke arah ini sikit demi sikit.

Takdir Allah, setahun selepas itu ‘Ain lahir. Dan kawan, rupa-rupanya kawan saya ini buat benda yang sama juga.

IKLAN

Beliau mulakan dengan pemergian ke Makkah hujung tahun 2016. Bersedekah sebanyaknya di sana, mula dengan memberi 1-2 riyal kepada pekerja dan teruskan hal itu di sini.

Disamping itu beliau berusaha menjalani rawatan dan sebagainya. Usaha tetap kena buat dan tak boleh berputus asa.

Katanya lagi tadi,

“betullah, kalau kita nak sesuatu dari Allah, kenalah beri sesuatu juga. Aku bagi RM25/bulan gaji aku pada badan-badan yang memerlukan. Serius rasa sedap dan puas. Dan akhirnya aku tak sedar pun benda itu berlaku.

Hari ni dapat baby. Allah, syukurnya!

Betul weh, nak Allah pemurah kepada kita, kita dulu kena pemurah. Sekarang aku faham kenapa orang kaya semakin kaya, sebab depa ini suka memberi apa sahaja yang mereka ada.”

Huhu syahdu pula saya. Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Dan berharap beliau kembali wujud di media sosial ini hihihi.

Alhamdulillah. Pagi jumaat yang menceriakan. Berita begini rasa macam nak sujud syukur ja kan. Huhu.

Alhamdulillah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Sukanya dapat baby.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI