Selepas tiga kali keguguran, isteri Black, Naquia Yasirah Mohd Khairi, kini diberikan rezeki untuk hamil anak kedua.

Menurut penyanyi itu, biarpun trauma dengan pengalaman lalu yang menimpa Naquia atau Cira, beliau memilih untuk berkongsi berita gembira itu selepas mendapat pengesahan doktor.

“Saya berkongsi berita ini kerana ramai juga yang bertanyakan mengenai kehamilan berkenaan. Bukan apa, lebih baik tunggu sehingga kandungan sudah sihat, baru saya berani untuk berkongsi dengan orang ramai.

“Saya memohon kepada semua untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan isteri kerana sudah tiga kali saya bersedih apabila Cira mengalami keguguran. Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan.

IKLAN

“Perkongsian ini dibuat selepas kami berjumpa doktor, baru-baru ini. Begitupun, jantina anak belum dapat dipastikan. Alhamdulillah, apa yang penting isteri dan kandungan sihat,” katanya.

Mendirikan rumah tangga pada September 2013 pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Khaleef Dayyan, yang kini berusia tiga tahun.

IKLAN

Berkongsi pengalaman isterinya sepanjang trimester pertama kehamilan, Black memberitahu, Cira mengalami kesukaran untuk bangun dan makan.

Selepas 3 Kali Keguguran, Akhirnya Allah Makbulkan Doa Black Dan Isteri Timang Anak Kedua  

IKLAN

“Pada awal kehamilan, Cira sukar untuk bangun dan lebih selesa berada di rumah. Malah, dia juga tidak mempunyai selera makan.

“Ia sebenarnya tidak banyak berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman ketika isteri mengandungkan Dayyan dulu,” jelasnya.

Black memberitahu, bagi menjaga kandungan, isterinya banyak meminta pendapat dan nasihat daripada doktor pakar sakit puan, Prof Norehan, daripada Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI